Aku telah pun berada di rumah warden ketika ini.Sempat juga aku berbual mesra dengan Mak Esah dan keluarganya sebelum aku pulang ke sini.Namun aku tidak sempat untuk bertemu Azmira kerana dia masih lagi dalam perjalanan ketika aku bersiap pulang ke sini.
Bunyi bising kedengaran semula di asrama.Begitulah suasananya jika asrama ini berpenghuni.Pagar masuk ke asrama juga telah ditutup menandakan tiada lagi kenderaan ibubapa/penjaga di benarkan masuk untuk menghantar anak-2 mereka ke dalam kawasan asrama.
Aku keluar sebentar dari rumah warden dan menuju ke asrama untuk memberi peringatan kepada penghuni supaya bersiap menuju ke surau dan kelas prep pada malam ini. Di samping itu juga aku mencari Bahari atau Nazmi supaya mereka bertemuku pada malam ini.
Sedang aku berjalan di kawasan asrama, aku terserempak dengan Farhan yang baru hendak keluar menuju ke tandas untuk mandi.Dia hanya menundukkan sahaja pandangannya ketika melihatku. Mungkin dia berasa malu dan segan kerana aku telah mengetahui sejauh mana hubungannya bersama Haziq.
"Sopak,Bahari bilik ni kan? Mana dia?", Soalku kepada Sopak, penghuni asrama berusia 14 tahun.
"Dia kat tandas Cikgu." Jawab Sopak ringkas.
"Cakap kat dia lepas solat jumpa aku kat rumah."Pesanku kepada Sopak.
"Baik Cikgu." Jawab pelajar Ting 2 itu.
______________________________________
"Korang berdua kenapa nak jumpa abang ni?", Soal Shazuan sebaik sahaja dia menyambut ketibaan Khai dan Sam di rumahnya."Bang, sebenarnya saya ada masalah besar.Nak bagitahu Cikgu Wafi saya tak berani bang.Itu saya jumpa abang ni.Khai ni cuma teman je."Kata Sam dengan suara yang perlahan.
"Masalah apa tu? Duit ke?", Soal Shazuan ringkas.
"Bukan duit bang.Tapi masalah lain. Besar bang masalah ni."Balas Shazuan lagi.
"Khai, kau masuk jap rumah Uncle Adnan tu.Kau berborak lah apa-2 dulu dengan Mak Esah.Bantu apa yang perlu.Aku nak talk dengan Sam buat sementara."Arah Shazuan kepada Khai.
Shazuan mengajak Sam duduk di ruang tamu dan meminta Sam menceritakan masalah yang dihadapinya.Berkerut dahi Shazuan mendengar cerita yang disampaikan Sam.Masalah yang dihadapi oleh Sam ketika ini memang cukup besar untuk dia uruskan.Dia sedar dia perlu bertindak menangani masalah ini, jika perkara ini diketahui oleh Wafi pasti akan panjang ceritanya.
"So dia upah kau duit untuk lepak dengan dia dalam chalet? Takkan melepak je kot, takde buat benda lain?", Soal Shazuan meminta kepastian dari Sam.
Sebenarnya sebelum Sam datang ke sini, dia sudah berpakat dengan Khai untuk mengubah jalan cerita.Mereka berdua sedaya upaya menutup tentang perbuatan yang Sam cuba lakukan semalam.Oleh itu mereka bersetuju untuk menukar sedikit jalan cerita semalam.
"Dia ada bagi saya rokok daun bang, tapi saya tak tahu lah pulak tu ganja." Jawab Sam dengan nada yang kesal.
Shazuan mengaru kepalanya.Pada asalnya dia bercadang agar Sam ke balai untuk membuat laporan polis. Namun kerana bimbang Sam diarahkan untuk melakukan "urine test" terpaksa dia batalkan cadangannya itu.Pada Shazuan imej bersih Dusun Sahabat lebih penting.
"Macam ni je Sam,esok baru kau buat report polis cakap dompet kau tercicir masa bawak motor.Nanti pergi JPN buat kad baru tapi kena denda.Kau bayar je lah denda tu, gaji kau besar kat sini."Jawab Shazuan.