Shazuan dan Syafiq baru sahaja tiba diperkarangan Dusun Sahabat selepas Khai tamat memberikan taklimat kepada rombongan daripada Johor.
Syafiq yang melihatku terus sahaja menghampiriku untuk bersalaman.
Makin kacak dan jambu pula wajah Syafiq aku lihat kini."Kau dari mana dengan bang Wan kau?", Soalku kepada bekas pelajarku itu.
"Dari KL bang, abang Wan minta saya teman dia buat kerja kat area sana." Jawab Syafiq selepas dia menguncup tanganku.
Timbul rasa bersalah pula aku kepada Shazuan.Sebelumnya tadi aku menganggap dia sengaja melarikan diri untuk keluar berjalan-jalan dengan Syafiq dan tidak mahu membantu urusan di sini.Kini baru lah aku tahu yang dia ke KL untuk menyelesaikan urusan kerjanya di sana.
"Saya tidur bilik Cikgu, boleh ke? Kalau tak boleh saya tumpang bilik Khai atau Sam." Soal Syafiq lagi sambil mengejutkan lamunanku.
"Eh takpe Syafiq.Kau lepak je la dalam bilik tu.Aku tumpang bilik Khai je." Jawabku kembali sambil melemparkan senyuman.
"Bang,dah lama sampai?", Soal Shazuan sebaik sahaja dia menghampiriku.
"Adalah dalam 3-4 jam.Macamana? Settle dah urusan kat KL tu?", Tanyaku kembali.
"Setle macam tu je la bang.Susah jugak nak uruskan benda tu semua, buat pening kepala je", Rungut Shazuan kepadaku.Aku hanya tertawa kecil sahaja.
"Syafiq,nanti kau tumpang bilik Sam atau Khai ya.Ni Cikgu Wafi dah balik.", Arah Shazuan kepada adik angkatnya yang masih berada di situ.
"Eh takpe Wan,abang lepak bilik Khai je.Korang dua lepak je la bilik tu." Kataku lagi kepada Shazuan.
______________________________________
Sam sebenarnya berasa amat cemburu apabila mendapat tahu yang Cikgu Wafi akan menumpang bilik Khai buat sementara waktu.Pada mulanya dia berasa tidak percaya, namun setelah mendapatkan kepastian dari Khai,barulah Sam percaya.Sekiranya dirinya menjadi Khai, sudah pasti dia cukup beruntung kerana dapat mencuci mata melihat tubuh cikgunya itu.Tubuh cikgunya yang menarik itu sudah pasti menjadi pujaan mana-2 gadis dan lelaki songsang sepertinya.Namun Khai bukanlah lelaki seperti itu,sudah pasti dia tidak merasa apa-2 seperti yang dia rasakan.
Sejak diri Sam diterokai oleh cikgunya itu semasa menerima tawaran model pakaian,minatnya kepada kaum sejenis tiba-2 membuak. Ada juga Sam membuat carian di internet mengenai kecelaruan masalah minat seksualnya ketika ini.Hasil dari pembacaannya,rupanya Sam tergolong dalam golongan biseks kerana meminati 2 jenis jantina yang berbeza.
Sejujurnya hanya 2 lelaki sahaja yang sering diperhatikan Sam sejak akhir-2 ini iaitu Cikgu Wafi dan Shazuan.Pada mulanya dia mahu mengabaikan sahaja perasaan itu,namun entah mengapa dia gagal menepis perasaan itu.Mungkin kerana kedua pemuda itu menepati citarasanya.Meskipun Khai merupakan seorang yang tampan,namun dia tidak pernah mempunyai perasaan seperti itu kepada kawan baiknya itu.
"Kau termenung apa tu wei?", Soal Syafiq kepada juniornya semasa di sekolah dahulu.
"Eh bang,takde apalah.Hahaha.Abang dari mana tadi?" Soal Sam kembali.
"Kalau teringat kat Sue terus terang jelah.Pergi amik cuti keluar dating dengan dia.Abang baru lepas lepak dengan Khai tadi kat kabin hujung tu." Jawab Syafiq kembali.
"Haa Khai melepak? Jarang-2 benda tu terjadi." Balas Sam sambil ketawa.
"Apa nak pelik ya? Dia pun manusia biasa macam kita gak." Kata Syafiq lagi.