P131 : PERUBAHAN

170 11 0
                                    

Sudah hampir 2 minggu Wafi bergelar suami kepada wanita yang dia cintai iaitu Aida.Ketika ini pasangan pengantin baru itu menetap di rumah yang dibeli oleh Wafi di Alor Gajah. Rumah teres 2 tingkat itu dibeli sebagai lambang cinta dan kasihnya kepada isteri yang dia cintai.

Meskipun begitu,dia tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua warden di asramanya.Wafi secara bergilir gilir akan tidur di kuarters di sekolah dan di rumahnya bersama Aida.Lagipun kedua pasangan ini sudah sepakat.Wafi hanya akan menjadi warden di sekolahnya sehingga hujung tahun ini sahaja.

Wajah Wafi cukup ceria setiap hari berbanding dahulu.Dia kini sudah mudah untuk melemparkan senyuman.Mungkin itulah aura pengantin baru.Namun apa yang berubah adalah dia sudah lama tidak  bertandang ke Dusun Sahabat sejak dia bersanding di sana.

Nazmi pula seolah dapat menerima hakikat yang Wafi bukanlah guru yang dikenalinya dulu.Jika dahulu Wafi sering memanggilnya untuk melepak di kuarters, kini tidak lagi. Suka atau tidak dia perlu memahami yang cikgunya itu bukan lagi bujang seperti dahulu.

"Aakif, ada apa-2 masalah di asrama yang kau nak bagitahu aku?", Soal ketua warden itu kepada Aakif.

"Setakat ni tak ada apa Cikgu.
Semuanya berjalan dengan baik dan tak ada masalah."Jelas Aakif lagi.

"Ni Hakimi mana?, pesan kat dia jangan kuat sangat main game tu.Ada masa ronda setiap bilik asrama tak kisah masa budak-2 kat sekolah ataupun asrama." Pesan Wafi.

"Baiklah Cikgu.Pesan Cikgu tu nanti saya sampaikan pada Hakimi", Balas Aakif.
______________________________________
"Rajin kau kemas bilik Khai.Macam orang nak pindah pulak?", tegur Shazuan kepada Khai.Remaja itu kelihatan sibuk mengemas biliknya ketika ini.

"Eh bang Wan.Sorry bang tak perasan pulak abang kat sini.Hehehe", Kata Khairol sambil tersenyum.

"Kau ni kenapa tiba-2 kemas bilik ni?", Soal Shazuan sekali lagi.

"Ermm Cikgu Wafi takde cakap pape ke dekat abang?", Soal Khai kembali kepada pemuda berusia 30 tahun itu.

"Abang sendiri dah lama tak jumpa dia Khai.Takde pulak dia cakap apa-2. Kenapa tu?", Shazuan kembali meminta penjelasan.

"Minggu depan saya last kerja dekat sini bang.Saya terpaksa berhenti sebab saya kena jaga adik-2 saya kat rumah.Mak saya kena pindah jauh pulak dari tempat kerja yang dulu." Jelas Khai dengan nada yang berat.

Sememangnya Shazuan terkejut mendengar penjelasan daripada Khai.
Menurut remaja berusia 20 tahun itu dia telah pun memberitahu Wafi mengenai hasratnya untuk berhenti kerja di Dusun Sahabat sebelum Wafi bernikah lagi.Namun apa yang mengecewakan Shazuan adalah dia langsung tidak di maklumkan, malah Wafi langsung tidak berbincang apa-2 mengenai perkara ini dengannya.

"Kita perlu bincang balik pasal ni Khai, nanti datang opis.",Kata Shazuan kepada Khai.

"Tapi bang saya dah bincang benda ni dengan Cikgu Wafi.Pak Samad pun tahu pasal ni bang." Jawab Khai lagi.

"Khai, ini arahan.Selagi kau bekerja dengan aku kau kena dengar arahan aku.Jumpa aku kat opis 10 minit dari sekarang." Arah Shazuan ketika itu dengan nada yang keras.

Shazuan terus keluar dari rumah rehat dengan penuh kemarahan.Dia terus menuju ke pejabat urusan Dusun Sahabat sambil menghubungi abang angkatnya Wafi untuk meminta penjelasan.Namun panggilannya itu langsung tidak dijawab.
"Aduhh, susah lah macam ni.Dah la tak bincang dengan aku, call langsung tak berangkat." Rungut Shazuan sendirian.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now