P148 : TEMUDUGA

175 12 5
                                    

Aku menyemak emelku untuk memeriksa resume beberapa calon yang berminat untuk mengantikan tugas Khai di Dusun Sahabat.
Sebenarnya aku memang mahu mencari calon untuk tempat tersebut, bukannya aku meragui bakat atau kepimpinan Sam, namun aku yakin Sam belum tiba masanya untuk Sam menduduki tempat Khai secara tetap.

Berbelas permohonan telah aku terima dari pelbagai bangsa dan jantina.Kali ini aku benar-2 mahu mencari calon berkelayakan untuk mengisi kekosongan tersebut dengan tempoh yang panjang.Aku mahukan seseorang yang benar-2 mencari kerja dan boleh bekerja di sini untuk tempoh yang lama.

Aku kini sememangnya sudah jarang bertandang ke Dusun Sahabat, begitu juga dengan Shazuan.Malah pakaianku dan Shazuan di rumah rehat pun sudah berkurangan.Aku kini menetap di kediamanku sendiri di Alor Gajah bersama isteriku manakala Shazuan kini telah pun menetap di Kuala Lumpur.Jadi aku mahukan seseorang yang dapat memberikan sepenuhnya komitmen di Dusun Sahabat.

Dari berbelas pemohon yang menghantar resume mereka, hanya 7 orang yang benar-2 menarik perhatianku terdiri dari 4 lelaki dan 3 perempuan.Malah tahap akademi mereka juga padaku boleh dikatakan sempurna dan sesuai dalam bidang yang aku cari.Aku mahu menemuduga mereka dalam masa terdekat dan jemputan itu telah aku hantar menerusi emel.
______________________________________
Kereta yang aku naiki telahpun tiba di Dusun Sahabat.Aku rasa inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini setelah sekian lama.Isa menyambut kehadiranku ketika itu manakala Sam dan Raja pula tidak sedar dengan kehadiranku ke sini kerana sibuk dengan tugasan mereka.

Aku kemudian di bawa oleh Isa untuk menziarahi Pak Samad sebentar di rumahnya.Pak Samad tidak lagi dapat melakukan tugasan di Dusun Sahabat memandangkan dia terkena serangan strok.Aku meluangkan masaku sebentar bersama insan yang begitu banyak baktinya di sini.Dalam masa yang sama aku bertanya khabar mengenai kesihatannya dan berbual tentang perkara yang lain.Selepas 40 minit aku meminta izin untuk mengundur diri kerana aku perlu menemuduga beberapa orang calon yang mencari pekerjaan di sini.

Sampai sahaja aku di pejabat, aku didatangi oleh seorang gadis yang bertudung.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Najwa dan dia merupakan orang pertama yang akan aku temuduga pada hari ini.Najwa mempunyai ketinggian yang sederhana dan tubuh badan yang menarik kerana dia hanya mengenakan seluar jeans jenis loose fit berwarna biru dan baju kameja bercorak hitam putih.

Gadis ayu itu memaklumkan yang dia berasal dari Kuala Pilah dan baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma Perlancongan. Wajah anggun gadis berusia 24 tahun ini sememangnya mengancam keimananku.Senyumannya yang manis dan lesung pipit yang kelihatan ketika dia senyum membuatkan aku tertarik kepadanya.

Selepas itu pula aku di datangi oleh seorang calon lelaki yang berusia 34 tahun yang bernama Fatimi. Bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu pula berasal dari Sentul, Kuala Lumpur.Dia memaklumkan kepadaku yang dia sudahpun mempunyai keluarga dengan 4 orang cahaya mata. Meskipun dia memiliki later belakang yang baik namun hatiku amat keberatan untuk menerimanya bekerja di sini kerana aku benar-2 memerlukan orang yang boleh memberi komitmen.

Bukanlah kerana dosa dia untuk berumah tangga, namun dengan keberadaan keluarganya di Kuala Lumpur aku berasa bimbang dia tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik disini.Kes yang berlaku kepada Khai aku jadikan sebagai contoh.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now