"Khairol, aku nak keluar jumpa awek aku jap.Kau boleh stay sorang tak kat rumah?", Soal Shazuan kepada Khairol.
"Tak payah gila.Apahal kau nak bawak aku pulak jumpa awek kau. Kau pergi je aku boleh lepak sini." Jawab Khairol dengan loghat Sabah nya.
"Haa kalau macam tu kau lepak lah sini.Sam ada tu kau borak lah dengan dia.Khai petang kang baru balik dia follow Pak Samad keluar", Kata Shazuan lagi kepada Khairol.
Khairol tiada masalah untuk berseorangan di sini.Padanya ia bukan masalah kerana dia juga pernah bekerja dan menetap di Dusun Sahabat seperti dulu.Angin sepoi-2 bahasa serta bunyi aliran sungai yang mengasyikkan sangat dia rindukan sebelum ini.
Masih dia ingat lagi ketika dia ingin berhenti bekerja di sini.Dia berbincang dengan Wafi mengenai perkara itu terlebih dahulu.Alasan terbesarnya untuk berhenti bekerja ketika itu ialah kerana dia perlu menjaga keluarganya di Sabah. Meskipun Wafi berat hati untuk melepaskannya, namun pengurus Dusun Sahabat itu tiada pilihan selain dari menerimanya.
Benar apa yang didengarinya selama ini, jika seseorang berbakti kepada kedua ibubapa dan keluarga, Tuhan akan memberikan rezeki yang tidak disangka.Hampir sebulan juga Khairol tidak bekerja, pada suatu hari sebuah syarikat pencetakkan yang terbesar di Kota Kinabalu menawarkan peluang kerja untuknya.
Hendak dibandingkan suasana kerja di Dusun Sahabat dan tempat kerjanya sekarang sudah tentu jauh. Namun Khairol tetap bersyukur kerana gaji yang diterimanya boleh dikatakan cukup besar, tambahan pula dia tidak perlu berjauhan lagi dengan keluarganya.Kini Khairol dan ahli keluarganya menetap di Kota Kinabalu.
Tiada pengunjung pun yang berada di Dusun Sahabat pada hari ini.Mungkin kerana hari ini merupakan hari bekerja dan hari bersekolah.
Meskipun begitu kakitangan Dusun Sahabat yang lain tetap menjalankan tugas hakiki masing-2 di sini.Sumber pendapatan di Dusun Sahabat bukan hanya dari penyewaan bilik dan chalet sahaja, namun dari pembelian ikan yang diternak di kolam ikan dan sayuran yang ditanam di kebun berhampiran.Khairol sebenarnya amat kagum dengan kebijakkan Wafi merancang pembangunan di sini.Ketika dia bekerja di Dusun Sahabat dahulu, memang Dusun Sahabat menjadikan kehadiran pengunjung sahaja sebagai sumber pendapatan.Namun kini tidak lagi.
Kata Shazuan,mereka dalam perancangan untuk membeli tanah yang berhampiran di sini untuk menternak lembu dan ayam pula. Beberapa projek juga bakal dilaksanakan di sini untuk meningkatkan lagi kemudahan fasiliti di Dusun Sahabat.
"Khairol,kamu buat apa sorang kat situ?", Jerit Isa kepadanya.
"Takde apa Pak Cik.Nak ambil angin je", Jawab Khairol kepada Pak Isa yang lama dikenalinya.
Shauki yang baru keluar rumah ketika itu tersenyum sahaja melihat Khairol yang bersendirian ketika ini.
Shazuan pastinya keluar kerana keretanya tidak berada di sini manakala Khai dan Pak Samad masih lagi berada diluar dan akan pulang pada petang ini.Ini bermakna hanya dia dan Khairol sahaja yang akan berada di rumah rehat sebentar lagi."Bang, boleh tolong saya tak? Macam ada benda peliklah kat bilik saya tu." Kata Samdengan wajah cemasnya. Dia berpura pura beraksi sebegitu untuk mendapatkan perhatian Khairol.
"Boleh Sam.Benda pelik apa kat bilik kau tu.Rasanya bilik kau abang dah bersihkan dah dengan Shauki.Jom lah tengok." Jawab Khairol lagi.
"Entah lah bang.Tapi pada saya memang pelik lah.Itu yang saya panggil abang mintak tolong tu." Balas Sam pula.