"Kamu kena pastikan jangan ada orang datang untuk berkelah dan menginap di chalet minggu ni Khai. Takut menganggu perjalanan majlis Bang Wafi kamu nanti."Pesan Pak Samad kepada Khai.
"Dah Pak Samad.Saya dah double check dah.Dekat page pun saya dah up pasal penutupan Hari Jumaat dan Sabtu.Ahad buka macam biasa." Jawab Khai pula.
"Fuhh kompem ramai Sabtu ni yang datang.Tak sabar jumpa member-2 kita."Sampuk Sam ketika itu.
"Dari hari Khamis dah ramai Sam. Family belah bini Bang Wafi kamu, keluarga Bang Wafi kamu.Sedara mara dia lagi.Pak Samad dengar staff yang dulu kerja kat sini semua datang nanti bermalam kat sini." Kata Pak Samad dengan penuh teruja.
"Betul Pak Samad, ramai jemputan ni. Hari Khamis je dah separuh bilik guna."Jawab Pak Khai ringkas.
"Pak Samad,Cikgu Wafi balik hari ni kan?", Soal Sam kepada orang yang paling di percayai oleh Cikgu Wafi itu.
"Ya mereka berdua balik hari ni.Isa dah dalam perjalanan ke KLIA. Tak pasti sama ada flight mereka on time atau delay." Kata Uncle Adnan.
"Kejap betul dorang pergi sana. Kalau saya tu Pak Samad mahu 5 hari baru balik KL balik." Kata Sam sambil ketawa.Tambahan pula Sam memang tidak pernah pergi ke Langkawi.
"Yang penting bukan berapa lama kita ke sana,bukan juga destinasi yang dituju,tapi yang penting adalah dengan siapa kita pergi." Balas Pak Samad.Ayat yang diungkapkan oleh Pak Samad itu sememangnya menarik perhatian kedua orang remaja tersebut.
______________________________________
Flight yang aku naiki hampir mendarat di KLIA.Aku jangka dalam tempoh 15 minit aku akan tiba di KLIA.Shazuan sedang tidur di sebelahku ketika ini.Kami berdua memanfaatkan masa bersama semasa kami bercuti di Langkawi.Kami berdua lebih banyak meluangkan masa dengan membuat aktiviti lasak di sana,memancing dan juga pergi ke tempat tumpuan perlancongan.Aku rasa sudah agak lama kami tidak meluangkan masa antara satu sama lain.
Sebenarnya aku ingin juga membuka cerita mengenai perancanganku selepas aku bernikah nanti,namun Shazuan segera menukar topik.Dia seolah tidak berminat untuk mengetahui perkara itu buat masa sekarang.Namun aku memahami apa yang terbuku di hatinya.
Pada waktu malam,dia memeluk ku dengan cukup erat.Ada masa dia mencium pipi dan dahiku dengan cukup lama,lebih lama dari sebelum ini.Namun aku hanya mendiamkan diri sahaja ketika itu,mungkin itu lah cara dia menghargai diriku pada detik akhir kami berdua.
Sejujurnya hatiku juga berasa berat apatah lagi selepas ini aku mempunyai tanggungjawab lain yang lebih besar.Aku sendiri tidak pasti bagaimana hubunganku dengan Shazuan selepas ini.Mungkin aku akan bercakap mengenai perkara itu pada malam sebelum aku bernikah.
Mengenai persiapan majlis pernikahan dan persandinganku nanti,aku serahkan kepada Pak Samad dan anak buahnya untuk melaksanakan perkara tersebut.Esok aku akan memantau serba sedikit kerja persiapan.Akad nikahku akan berlangsung pukul 3.00PM manakala majlis persandinganku pada Sabtu akan bermula dari 11.00AM - 4.00PM
Esok juga beberapa orang yang pernah bekerja di Dusun Sahabat dulu akan hadir.Mereka juga akan bermalam di sana lebih awal dan mahu terlibat membantu kerja-2 persiapan.Shauki orang yang pertama mengesahkan kehadirannya,begitu juga dengan Khairul, pekerja lamaku di sini yang berasal dari Sabah.
Ahli keluargaku dan Aida pula akan mula menginap di sana bermula pada esok. Manakala rakan-2 sekolahku yang lain pula akan datang pada hari Khamis petang dan Jumaat sini.Tidak lama kemudian pesawat yang aku naiki mula mendarat di KLIA.