Angin bertiup kencang di Dusun Sahabat pada petang ini.Kehadiran pengunjung pada hari ini tidaklah serancak seperti musim cuti sekolah, namun keadaannya tetap meriah pada hari ini.Shazuan dan Khai masing-2 sedang memeriksa dewan sebagai persiapan tempahan untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan di sini esok.
Aku sebenarnya berasa cukup kesal pada diriku hari ini terutama kepada Haziq.Sebelum kami berdua beredar dari asrama tadi,dia seolah ingin mengajakku melakukan hubungan seks dengan menyerang tubuhku. Namun aku memintanya untuk berhenti kerana aku memberitahunya bahawa tidak lama lagi aku bakal menjadi suami orang.
Aku tidak pasti apa yang aku lakukan tadi betul atau tidak.Perasaanku berbelah bahagi sebenarnya.Aku mahu menikmati kenikmatan itu dan dalam masa yang sama aku perlu menjaga diriku.Haziq sememangnya hampir sahaja membuatkan aku tumpas sebentar tadi.
Dia amat menghormati permintaanku untuk berhenti tadi.Dia memandangku dengan penuh senyuman sebelum melepaskan ciuman di pipiku.
"Kau always sedap bro", bisik Haziq ke telingaku ketika itu.
Kami berdua kemudian berjabat tangan dan berpelukan sebelum berpisah menuju ke destinasi masing-2.Sempat juga Haziq meramas lembut punggungku seketika semasa itu.Lamunanku yang panjang tadi tiba-2 berhenti apabila aku mendapat panggilan telefon daripada Wahab, menantu Uncle Adnan.Dia memaklumkan yang dia dalam perjalanan ke sini untuk membincangkan sesuatu denganku.
Tidak lama kemudian Wahab pun tiba dengan kereta Hilux berwarna putih miliknya.Aku dan Shazuan masing-2 menyambut ketibaannya dengan penuh mesra.Selepas itu kami berdua mengajak Wahab menuju ke cafe Dusun Sahabat.
"Tujuan saya datang ke sini untuk maklumkan yang ayah mertua saya dah dibenarkan keluar oleh pihak hospital", Kata Wahab menyampaikan tujuan kedatangannya ke sini.
"Kalau macam tu baguslah bang. Uncle Adnan kira dah okay la kalau macam tu."Jawab Shazuan dengan senyumannya yang berseri.
"Bukan,Uncle Adnan masih sama Wan.Cuma dia tak bergantung pada mesin pernafasan dah.Doktor yang suruh ayah bawak balik untuk menikmati hari-2 terakhir dia." Jawab Wahab dengan suara yang sayu.
Shazuan kembali terdiam dan memandangku.Aku dari awal dapat menjangka yang kehadiran Wahab ke sini bukanlah semata mata mahu memberitahu tentang Uncle Adnan telah dibenarkan keluar dari hospital. Dia boleh sahaja memberitahuku di telefon tadi.
"So apa yang aku dan Wan boleh bantu kau?", Soalku kepada Wahab.
"Ayah minta untuk dia tinggal balik kat rumah dia.Tapi adik beradik Maimun berat nak bagi sebab dorang semua dengan kerja masing-2.
Semuanya duduk area KL dengan Johor.Kalau Jumaat sampai Ahad tu bolehlah dorang balik kampung." Kata Wahab lagi."Takpe lah Wahab.Hantar je Uncle Adnan kat rumah dia balik.Aku atau Shazuan boleh jaga dia kat sini." Jawabku kepada Wahab.Shazuan juga menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Wahab menyampaikan ucapan terima kasih kepada kami berdua sebelum bertolak pulang ke Nilai. Aku kemudian meminta Shazuan memanggil Sam dan Khai untuk bertemuku sebentar.
"Sam mana Khai? Tak nampak pun dari tadi."Soalku kepada Khai."Err dia ada Cikgu tapi ada hal sikit kejap lagi dia sampai lah." Jawab Khai kepadaku dengan sedikit gagap.
Belum sempat aku bertanyakan hal yang diuruskan Sam, kelibat remaja itu semakin hampir menghampiri kami bertiga sambil berlari.
"Maaf Cikgu lambat sikit", Kata Sam dengan tercungap."Aku nak minta tolong korang berdua ikut Bang Wan balik rumah untuk bersihkan rumah dia dan rumah Uncle Adnan.Hal lain kita sembang malam nanti", Kataku kepada mereka bertiga.