P100 : DEMAM

215 10 0
                                    

"Bukan kata ada rombongan dari sekolah Kajang ke datang kat sini minggu ni?", Soalku kepada Pak Samad sebaik sahaja aku tiba di Dusun Sahabat.

"Ada Wafi.Cuma mereka keluar berjalan dekat pekan kejap.Semua urusan pendaftaran dah selesai.Aktiviti dorang dengan kita start esok."Jawab Pak Samad kepadaku.

"Sam takde seminggu ni siapa yang ganti tempat dia? Khai mana Pak Samad?", Soalku lagi kepada Pak Samad.

"Cupin ganti tempat Sam sementara. Itu kamu tak perlu bimbang.Khai dalam rumah rehat tak silap Pak Samad."Balas Pak Samad lagi.

"Eh pelik, jarang waktu macam ni dia dalam rumah tu.Tak sihat ke apa?", Rungut ku sendiri ketika itu.

Khai yang aku kenali memang jarang berada dalam rumah rehat terutamanya pada petang Jumaat. Kebiasaannya dia akan merayau atau membuat kerja lain.Maklumlah pada hari hujung minggu sahaja pengunjung ramai datang ke sini. Tambahan pula ada rombongan sekolah dari Kajang yang menginap di sini.

Aku memunggah beg pakaian kotorku untuk di bawa masuk ke dalam rumah rehat.Pak Samad pula pergi untuk menyambung kembali kerjanya.Sampai sahaja aku di dalam rumah,aku terus menuju ke bilik Khai.Cukup sunyi rumah pada hari ini tanpa bunyi radio.

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik Khai,aku melihat remaja berusia 20 tahun itu terbaring di atas katil dalam keadaan berselimut.Terus dia membuka matanya dalam keadaan yang lemah.
"Maaf Cikgu, saya tak berapa sihat ni", Tutur Khai dengan suara kepenatan.

"Eh takpe Khai.Kau rest je eh.Takpe hal kerja aku atau Pak Samad boleh setlekan."Ucapku kepada Khai.
Tanganku merayau menyeluk ke dalam baju Khai.Cukup panas badannya ketika ini.

"Kau demam ni Khai.Meh tido dalam bilik aku.Risau pulak aku bila kau tido sorang-2 dalam bilik ni.Takut jadi pape susah aku."Kataku lagi dengan penuh kebimbangan.

Pada awalnya Khai menolak pelawaan ku,namun selepas aku berkeras dia terpaksa mengalah.
Kerana Khai tidak larat untuk berjalan,aku terpaksa memapahnya memasuki bilikku.Kemudian aku membaringkan Khai di atas katilku.
______________________________________
"Teruk ke demam si Khai tu Wafi?", Soal Isa kepadaku ketika kami menikmati minum malam di cafe

"Panas jugak tadi badan dia saya check."Jawabku ringkas.

"Budak tu jenis tak reti duduk diam. Ada je kerja dia buat.Jarang sakit pulak, ini mau lama ni demam."
Sampuk Raja sambil menghirup kopi panas.

"Banyak benda tu dia fikirkan. Itu yang sampai jatuh sakit." Celah Pak Samad sambil menghembuskan asap rokoknya.

"Samad, bukan tadi aku nampak kau berbual panjang ke dengan budak tu. Dia okay ke tak masa tu?", Tanya Raja pula.

"Aku memang bual dengan dia tapi masa tu dia okay je.Aku rasa sebab dia fikir masalah itu yang sampai jatuh sakit."Jawab Pak Samad lagi.

"Masalah apa pulak si Khai tu Pak Samad?", Soalku setelah lama mendiamkan diri.

"Elok kamu bertanya dengan dia Wafi. Tak manis pulak kalau Pak Samad yang cakap."Jawab Pak Samad pula.

"Dah macam perempuan lah kau ni. Kejap nak bagitahu kejap taknak. Cerita tergantung."Sindir Raja yang mengundang gelak tawa kami semua di cafe ketika ini.

Selepas selesai berbual,kami semua menuju ke rumah masing-2.Kesemua kami menginap di dalam rumah yang disediakan di dalam kawasan Dusun Sahabat.Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik,aku melihat Khai masih lagi terbaring dengan mata sedikit terbuka.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now