Selesai sahaja urusan tahlil aku terus beredar menuju ke Dusun Sahabat.
Hanya aku sahaja yang pergi ke sana manakala Shazuan tinggal di sini.
Aku sebenarnya risau dengan keadaan Khai ketika ini di sana apatah lagi dia berseorangan di dalam bilik.Sampai sahaja di dalam rumah,aku mendapati Khai tiada.Cemas juga aku memikirkan di mana keberadaan remaja tersebut sedangkan kereta myvi miliknya masih diparkir di halaman rumah.
"Haa Wafi, kamu cari Khai ke?", Soal Pak Samad di muka pintu rumah rehat."Ye Pak Samad.Ada nampak dia tak? Satu rumah saya carik tapi takde pulak dia.Ke dia dah sihat pergi buat kerja?", Soalku kembali kepada Pak Samad.
"Ibu dia datang ambil tadi sebab Khai sendiri yang call ibu dia.Dalam 10 minit tadi dia keluar."Jawab Pak Samad.
"Oh takpe lah kalau macam tu.Ni mesti lama dekat rumah ni.Pak Samad boleh cover kerja dia ke buat masa ni?", Soalku lagi.
"Pak Samad bukan baru dekat sini Wafi.Yang itu kamu jangan risau.
Kamu pulang lah dulu ke rumah Shazuan selesaikan urusan yang perlu.Pak Samad faham keadaan kamu berdua ketika ini,ada baiknya kamu berehat dulu seketika."Kata Pak Samad ketika itu."Saya okay je Pak Samad.Tak perlu lah Pak Samad bimbang."Kataku sambil tersenyum.
"Bukan setahun dua Pak Samad kenal kamu.Tinggalkan kerja kamu seketika.Bawalah Shazuan ke mana dulu untuk tenangkan diri kamu berdua.Urusan kerja jangan fikir, selagi hidup kerja tak akan habis." Balas Pak Samad lagi.
______________________________________
Tak silap Shazuan hari ini merupakan hari terakhir abang angkatnya, Wafi bercuti.Esok abang angkatnya akan kembali bekerja seperti biasa.Namun berbeza keadaannya dengan Shazuan kerana dia tidak terikat dengan mana-2 majikan.Jadi dia boleh bekerja pada bila-2 masa yang dia mahu.Sebenarnya Shazuan masih lagi rasa terkesan dengan pemergian Uncle Adnan.Selepas ibubapanya meninggal dunia, pada Uncle Adnan dan Mak Esah lah dia menumpang kasih. Tambahan pula Shazuan lah yang menjaga Pak Samad pada hari-2 terakhirnya.Sudah pasti dia merasakan kesedihan yang mendalam.
Wafi yang ketika itu baru keluar dari bilik melihat sahaja tingkahlaku adiknya yang masih termenung di kerusi malas yang terletak di balkoni rumah.Wafi faham apa yang dirasai oleh Shazuan kerana dia juga turut merasakan benda yang sama.Namun bagi Wafi tidak perlu lah menangisi perkara tersebut terlalu lama kerana yang mati tidak akan hidup kembali.
Setiap malam Shazuan menangis kerana kesedihan dan Wafi yang tidur disebelahnya berusaha memujuknya. Dia berharap Shazuan dapat "move on" dengan segera.Dia sendiri sudah mati akal bagaimana untuk memujuk Shazuan untuk menerima kenyataan.
Wafi kemudiannya dalam menghubungi Azmira,kekasih lamanya semasa di sekolah yang kini menjadi kekasih Shazuan.Dia meminta bantuan Azmira untuk memujuk Shazuan dan Azmira berjanji akan cuba membantu.Ini adalah kali pertama mereka berdua berbual melalui telefon selepas sekian lama.
Shazuan memandang sahaja rumah Uncle Adnan ketika ini.Dia terbayang bayang tangan Uncle Adnan melambainya seperti dulu.Dia juga terbayang di mana Uncle Adnan membunyikan hon kereta supaya mereka cepat untuk dihantar ke asrama suatu ketika dulu.
Susah senang yang dia lalui bersama Wafi disaksikan oleh Uncle Adnan. Malah Uncle Adnan juga antara orang kuat yang menubuhkan Dusun Sahabat ketika itu.Jasa dan budi baik Uncle Adnan tidak sesekali dia akan lupakan.Semoga Uncle Adnan tenang dan diberikan balasan baik di alam sana.