P107 : HAJAT

192 10 0
                                    

2 minggu sudah pun berlalu,aku masih meneruskan rutin kehidupanku seperti biasa.2 minggu lagi aku bakal menjadi suami kepada insan yang aku cintai iaitu Aida.
Kerja persiapan telah pun dilakukan lebih awal,jadi aku dan Aida tidak perlu berkejar.

Shazuan juga seakan sudah mula mendapat rentaknya kembali.Dia sudah mula bekerja seperti biasa namun ada kalanya dia tetap termenung jika berseorangan.Sebab itu aku meminta Pak Samad atau Khai menemani Shazuan sekiranya dia berada di sini.

Aakif dan Hakimi juga sudah membiasakan diri dengan peranan baru mereka selaku warden di asrama.Malah aku dapat melihat penghuni asrama sekarang dapat memberikan kerjasama dan mengikuti arahan yang telah diberikan.Fatih pula setakat ini berjaya mengetuai asrama dalam keadaan yang baik.

"Wafi,bagaimana dengan persiapan perkahwinan kamu? Semuanya sudah siap ke?", Soal Ustaz Razak kepadaku ketika aku menemuinya di pejabat pengetua.

"Ada beberapa perkara lagi nak selesaikan Ustaz.Sebab tu saya berhajat nak jumpa tuan pengetua ni. Ada beberapa perkara yang saya nak mohon."Ucapku kepada Ustaz Razak.

"Biasa kalau pengantin baru nak mohon cuti panjang je,takde yang lain", Teka Ustaz Razak ketika itu, aku hanya mampu tersenyum sahaja.

"Saya ada 2 perkara yang saya nak sampaikan, pertama berkenaan cuti. 7 hari pada minggu hadapan untuk persiapan majlis saya dan 7 hari lagi selepas majlis saya."Jelasku kepada Ustaz Razak.

"Saya tiada masalah untuk meluluskan cuti kamu Wafi.Maklum pengantin baru memang banyak aktivitinya," Kata Ustaz Razak itu mengundang tawa dariku.

"Kamu kata tadi ada 2 perkara, apa lagi satu tu Cikgu Wafi?", Soal Ustaz Razak kembali.

"Yang kedua ni agak berat sikit.Tapi saya terpaksa cakap sebab saya dah berkeluarga Ustaz.Saya nak letak jawatan sebagai ketua warden, jika Ustaz tak benarkan sekarang pun takpe, tapi saya harap pada hujung tahun nanti tuan pengetua dapat menerima permohonan saya yang ini. Jadi pihak sekolah ada masa untuk mencari pengganti saya di sekolah ni."Jelasku terus terang ketika itu.

Wajah Ustaz Razak yang tadi ceria mulai berubah.Dahinya mula berkerut dan dia juga mula menanggalkan songkoknya dan meletakkan songkoknya itu di atas meja.Memang itu lah cara Ustaz Razak apabila mendengar sesuatu yang dia tidak gemari.

"Permintaan kamu yang pertama saya tiada masalah untuk luluskan Cikgu Wafi.Namun permintaan kamu yang kedua itu cukup berat bagi saya.Bagi saya selagi saya menjadi pengetua di sekolah ini selagi itulah kamu akan menjadi ketua warden di sini." Jawab Ustaz Razak selepas itu.
______________________________________
"Aku nak meronda asrama kejap Kimi.Kau nak ikut tak?", Soal Aakif kepada Hakimi.

"Takpe kau roundlah.Nanti petang aku pulak round."Jawab Hakimi ringkas.Dia sedang sibuk bermain PES di dalam hanphonenya.

Aakif kemudiannya berlalu pergi meninggalkan pejabat asrama dan melakukan pemeriksaan di setiap aras asrama.Semua pintu bilik di asrama dalam keadaan berkunci, malah setiap bilik juga sunyi ketika ini kerana semua penghuni berada dalam kelas masing-2 ketika ini.

Penghuni asrama sekarang bukanlah seperti di zamannya dahulu,jauh lagi bezanya ketika Cikgu Wafi masih bergelar pelajar dan berasrama di sini.Remaja ketika ini lebih manja dan mahukan tumpuan.Namun sekiranya mereka di tegur dan didenda,para pendidik ini akan dipersalahkan.

Tidak semua penghuni asrama ketika ini bermasalah.Hanya segelintir sahaja sebab itu sebelum ini Cikgu Wafi dari awal sudah memberitahunya dan Hakimi tentang beberapa orang pelajar yang perlu diperhatikan segala tindak tanduk mereka.Namun ketika ini keadaan semuanya berjalan baik dan lancar.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now