Sudah 2 hari Shazuan berada di KL menyelesaikan urusannya sambil di bantu oleh En Firdaus.Kesedihan yang menyelubunginya sebelum ini kerana mengenangkan Uncle Adnan sudah pun beransur hilang.Dalam masa yang sama dia sentiasa berdoa dan berharap agar Uncle Adnan dapat pulih seperti dulu.
Dia ketika ini baru sahaja memarkir kenderaannya di parkir hotel.Jika dia ada urusan di KL memang dia akan menginap di hotel.En Firdaus sebenarnya ada sahaja mempelawa Shazuan supaya bermalam di rumahnya sahaja tetapi Shazuan menolak pelawaan itu dengan baik.
Hari ini urusannya habis awal dan dia pulang ke hotel lebih awal berbanding semalam.Adik angkat kepada Wafi itu mula merebahkan tubuhnya di atas katil.Badannya berasa penat dan cukup lenguh. Urusannya di KL mungkin akan selesai dalam sehari dua lagi.
Dia kemudiannya membelek hanphonenya, mana lah tahu ada pesanan whatsapp yang ada diterimanya tanpa sedar.Dia secara tiba-2 teringat tentang Shauki dan segera bertanyakan keberadaannya.
Sementara dia menunggu mklumbalas dari Shauki, dia melayan content di TikTok.
______________________________________
Musim cuti sekolah hampir berakhir, Dusun Sahabat kini masih penuh sesak dengan kehadiran pengunjung yang mahu menghabiskan saki baki cuti mereka.Pak Samad, Isa, Khai dan Sam ketika ini tidak putus-2 melayan kehadiran dan permintaan pengunjung yang hadir pada hari ini.
Wafi pula telah keluar dari pagi tadi bersama tunangnya Aida.Pada bulan 4 ini mereka berdua bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka.Sudah pasti banyak persiapan yang perlu mereka lakukan untuk hari istimewa itu.Masa semakin hampir dan suntuk untuk mereka melakukan persiapan.
"Pak Samad, saya nak rehat dulu ye. Pape nanti panggil je lah saya." Kata Khai kepada Pak Samad.
"Haa takpe Khai. Kamu rehat dulu lagi pun kamu dari pagi buat kerja. Biar Pak Samad uruskan sementara kamu rehat." Balas lelaki pertengahan umur 50-an itu.
Khai mula melangkah masuk ke rumah rehat.Badannya di rasakan amat letih dan dia berasa mengantuk sekali.Pada hari ini sebenarnya hampir setengah hari dia melakukan kerja bersendirian kerana Pak Samad mempunyai urusan di luar.Kerana itu Pak Samad membenarkan Khai berehat kerana dia tahu dia masuk bertugas lewat pada hari ini.
Sebelum remaja berusia 18 tahun itu masuk ke bilik, dia terlebih dahulu ke ampaian mengambil pakaiannya yang dijemur sejak pagi tadi.Tambahan pula langit mula kelihatan mendung dan hujan akan turun bila-2 masa sahaja membasahi bumi Dusun Sahabat.Dia bimbang pakaiannya kembali basah ketika hujan turun saat dia sudah terlena.
Khai mula merebahkan tubuhnya di atas katil.Dia kemudiannya teringat tentang peristiwa yang berlaku di antara dia dan Cikgu Wafi 2 hari lepas.Ketika itu Cikgu Wafi dalam keadaan sedih sekali, dan untuk menenangkan cikgunya, dia memeluk dan menepuk badan cikgunya ketika itu.
Tangisan Cikgu Wafi tadi yang jelas kedengaran mula berhenti.Ketika Cikgu Wafi mahu melepaskan dakapan tangan Khai, mata mereka berdua bertentang sesama sendiri. Bibir Cikgu Wafi kemudiannya mula merapati bibir Khai.Dia pula secara tidak sengaja terus meletakkan bibirnya sendiri ke arah bibir Cikgu Wafi.
Cikgu Wafi kemudiannya membalas ciuman yang diberikan oleh remaja berusia 18 tahun itu.Lidah mereka berdua saling bertautan ketika itu. Nafas mereka berdua juga semakin kencang dan tangan mereka mula meramas tubuh masing-2.
"Ops sorry Khai.. Aku takde niat nak buat macam ni dekat kau.. Sorry aku memang tak sengaja.. Kau anggap je lah benda ni tak pernah jadi", Kata Cikgu Wafi yang tiba-2 tersedar dengan perbuatannya ke atas bekas anak muridnya itu.