P27 : RESEPSI NIZAM

372 11 0
                                    

Aku dan Aida telahpun tiba di Dewan Rembau untuk menghadiri majlis perkahwinan Nizam dan pasangannya Fatihah.Dalam masa yang sama juga aku bertemu dengan beberapa rakanku dari sekolah lama seperti Syafiq,Aqmal,Zaki dan beberapa orang yang lain.Shazuan juga hadir bersama Ashraff.

Dalam masa yang sama juga aku turut memperkenalkan tunangku Aida kepada kawan-kawanku yang aku temui di sini.Tersipu malu Aida apabila kawan-2 ku yang lain memuji penampilannya yang cukup menawan dan menarik hari ini.Aku turut menjemput mereka ke majlis perkahwinanku nanti yang akan berlangsung pada bulan 4 nanti.

Bunyi kompang mula kedengaran dan pengacara majlis mula mengumumkan ketibaan pengantin. Cukup segak Nizam dan Fatihah yang mengenakan baju persandingan berwarna merah maaron itu.Nizam hanya tersenyum dan melambaikan tangan sebaik sahaja menyedari kehadiranku bersama kawan-2 ku yang lain.

Cukup panjang jodoh Nizam dan Fatihah.Percintaan mereka bermula dari zaman sekolah lagi.Meskipun mereka berdua selalu clash semasa bercinta dahulu, namun jodoh memang memihak kepada mereka berdua.Selepas berbelas tahun mereka diijabkabulkan.

Nizam pastinya beruntung kerana pada akhirnya dia dapat memikat hati Fatihah yang sememangnya menjadi rebutan lelaki.Fatihah merupakan seorang wanita yang cantik dan mempunyai bentuk tubuh yang mengiurkan.Dalam masa yang sama juga Fatihah turut beruntung kerana bersuamikan Nizam yang sememangnya mempunyai saiz batang yang menjadi pujaan wanita dan lelaki songsang.

Syafiq yang kini bekerja sebagai akauntan bank di Johor Bharu sedang mengendong anak ketiganya.Siapa yang sangka Syafiq merupakan seorang suami dan ayah kepada 3 orang cahaya mata ketika ini.Malah dia antara rakan dalam betchku yang berkahwin awal.

Kami semua mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita mengenai kehidupan masing-2.
Seronok rasanya apabila dapat bertemu dengan kawan-2 lama.Sesekali kami semua tertawa apabila kenangan di asrama diungkit kembali.Aida pula ketika ini sedang rancak bersembang dengan isteri Syafiq dan rakan perempuan sekolah ku dahulu.

Majlis perkahwinan Nizam juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Cikgu Amin,Cikgu Azman dan Cikgu Farizal. Mereka bertiga merupakan guru kami sewaktu bersekolah dahulu.Bahkan Cikgu Amin turut pernah menjadi rakan sekerjaku sebelum dia pencen pada tahun lepas.Hanya Cikgu Azman yang masih bertugas di sekolah yang sama dengan ku sekarang manakala Cikgu Farizal mengajar di sekolah lain.

Kawan-2 ku yang lain ketika ini bercadang untuk membuat reunion untuk betchku.Aku katakan kepada mereka bahawa aku tiada masalah untuk menyertai program tersebut. Aku juga turut menawarkan Dusun Sahabat untuk dijadikan tempat untuk program tersebut.Fadhil diberikan tanggungjawab untuk menjemput rakan-2 kami yang lain dan mencari tarikh yang sesuai untuk diadakan reunion tersebut.

Namun dari awal aku maklumkan kepada mereka, sekiranya jadi diadakan reunion tersebut biarlah selepas berlangsungnya majlis perkahwinanku nanti supaya aku tidak terkejar kejar.Mereka semua memahami permintaanku dan bersetuju untuk diadakan reunion tersebut pada bulan 6 nanti sewaktu cuti sekolah.

Selepas hampir 3 jam, kami semua masing-2 meminta diri untuk beredar. Sebelum itu kami semua mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pengantin baru iaitu Nizam dan Fatihah di atas pelamin.Bermacam gaya dan posing kami lakukan di atas pentas tadi. Sempat juga aku memeluk Nizam dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Aku cukup gembira kerana kawan baikku dari zaman persekolahan telahpun menamatkan zaman bujangnya.Giliran aku pula selepas ini.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now