P19 : EMOSI

289 10 0
                                    

Aku mengerti benar apa yang dirasakan oleh Shazuan ketika ini. Keadaan Uncle Adnan ketika ini benar-2 teruk, tiada tanda yang dia akan pulih seperti dulu.Meskipun aku sudah lama tidak menziarahi Uncle Adnan,namun aku sering bertanyakan khabar mengenai Uncle Adnan kepada anaknya Maimun.

Sebenarnya aku sudah lama tahu yang sakit Uncle Adnan semakin teruk.Sebab itu aku meminta Shazuan pergi dahulu menziarahinya di sana. Aku sebenarnya tidak kuat untuk melihat keadaan terkini Uncle Adnan. Aku bimbang air mataku akan mengalir sekiranya aku yang melawatnya.Mungkin aku perlu mengumpulkan dulu kekuatan dan semangat sebelum bertemu dan menziarahi Uncle Adnan di rumah Maimun.
______________________________________
"Kenapa dengan Cikgu Wafi tu? Nampak macam moody je?", Soal Khai kepada sahabat baiknya, Sam.

Khai menyedari Cikgu Wafi sedang berseorangan di dalam pejabat operasi Dusun Sahabat berseorangan tanpa ditemani sesiapa.Tambahan pula Cikgu Wafi sedang menyandarkan badannya di kerusi sambil merenung jauh ke syiling.

"Entah,kau pergi lah tegur." Jawab Sam bersahaja.

"Arghh taknak lah aku, kang tak pepasal kena tepek.Kau macam lah tak kenal Cikgu Wafi tu macamana." Balas Khai lagi.

"Haaa tahu pun kau.Lepas tu kau nak aku tegur memang tak lah", Jawab Sam pula sambil memandang Khai yang sedang tersenyum sipu.

Kedua sahabat karib itu kemudiannya berpecah,Khai menuju ke kolam manakala Sam menuju ke bengkel untuk membantu Isa melakukan servis ke atas kenderaan ATV.Kedua mereka yang berusia 18 tahun itu sudah faham dengan rutin tugasan mereka di sini.

"Aduhh, hanphone aku tertinggal pulak kat bilik.Sial kena patah balik pulak", runggut Khai sendirian apabila dia baru tersedar hanphonenya tertinggal di dalam bilik.

Dia kemudiannya berpatah balik menuju ke rumah rehat untuk mengambil hanphonenya di dalam bilik.Saat dia melintasi pejabat, kelibat Cikgu Wafi sudah tidak lagi kelihatan ketika itu di situ.Dia kemudian melajukan langkahnya ke rumah rehat.

Slipper Cikgu Wafi berada di pintu masuk menandakan cikgunya itu berada di dalam rumah.Khai kemudian memberi salam dan membuka pintu rumah.Salam yang diberikan tadi tidak berjawab dan dia yakin Cikgu Wafi berada di dalam bilik.Namun anehnya pintu bilik tidur Cikgu Wafi terbuka luas ketika ini.

Saat dia melintasi pintu bilik, dia ada mendengar tangisan dari Cikgu Wafi. Kerana bimbang dengan keadaan gurunya itu,dengan pantas dia meluru masuk ke dalam bilik tersebut.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Cikgu Wafi yang tegas dan tenang yang dikenalinya sebelum ini sedang menangis keseorangan di dalam bilik.

"Ehh Cikgu ni kenapa? Okay ke tidak? Nak saya panggil sesiapa ke?", Soal Khai bertubi tubi ketika itu.Dia sebenarnya cemas melihat keadaan cikgunya sebegini.

Cikgu Wafi ketika itu hanya mendiamkan diri dan tidak membalas soalan yang diberikan oleh Khai. Apa yang kedengaran ketika ini adalah suara Cikgu Wafi yang sedang berusaha menahan tangisannya apabila perbuatannya itu disedari oleh Khai.Dalam masa yang sama dia turut memalingkan wajahnya dari dilihat oleh bekas pelajarnya itu.

Dia sebenarnya tidak faham dengan apa yang terjadi.Sepanjang perkenalannya dengan Cikgu Wafi, tidak pernah dia melihat cikgunya itu dalam keadaan sedih, apatah lagi melihat cikgunya mengeluarkan air mata.Namun apa yang dilihatnya pada hari ini begitu janggal.

"Hmm dah Cikgu.Tak payah la macam ni.Kuatkan semangat Cikgu." Pujuk Khai sambil memeluk  dan menepuk bahu cikgunya itu.

Tangisan Cikgu Wafi semakin perlahan,ternyata cara Khai untuk menenangkan cikgunya itu berhasil. Dalam masa yang sama Khai terus menepuk tubuh cikgunya sambil memberikan kata-2 semangat.Cikgu Wafi kemudiannya membalas pelukan yang diberikan Khai ke atasnya.




GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now