Disaat Fatih Akmal dikerumuni oleh rakan-2 nya yang lain sambil menerima ucapan tahniah, berbeza pula keadaanya dengan Faruki yang memilih untuk membawa dirinya terus ke dalam bilik.Sememangnya dia tidak menyangka dengan penguguran namanya sebagai Ketua Asrama.
Dia merasakan bahawa selama ini dia telah melaksanakan tugasnya dengan baik meskipun dia turut memegang jawatan sebagai ketua pelajar di sekolah.Dia dapat merasakan penguguran dirinya dari jawatan itu berkait rapat dengan kes yang melibatkan Cikgu Haziq.
Cara dia digugurkan di anggap memalukan apatah lagi penguguman itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dengannya.Pada Faruki Cikgu Wafi atau Ustaz Razak perlu berbincang terlebih dahulu dengannya sebelum memutuskan perkara itu.Air muka Faruki seakan jatuh apabila perkara itu diumumkan di hadapan penghuni junior asrama yang lain.
Rasa geram dan tidak puas hatinya kini kian membara.Dia sekarang seolah ingin melepaskan geramnya dengan menumbuk seseorang.Dia kemudian melepaskan geramnya dengan menumbuk sendiri lockernya hingga membuatkan penghuni biliknya tergamam.
"Korang tunggu apa lagi bangsat??!! Pergi tidur sekarang!! Arah Faruki kepada ahli dormnya yang lain."Kau kenapa gelak-2 masa pandang aku? Kau ingat ni kelakar ke? Kau tak puas hati dengan aku ke?", Soalnya dengan nada yang cukup marah kepada Kamal.
Mantan ketua asrama itu kemudian meluru ke arah Kamal lalu menumbuk muka pelajar Ting 4 itu. Tumbukan itu membuatkan pelajar berusia 16 tahun itu jatuh tersembam ke atas lantai dan Faruki kemudiannya terus menyepak tubuh pelajar bertubuh lampai itu tanpa belas kasihan.
Perkara tersebut membuatkan semua penghuni biliknya itu berada di atas katil masing-2 dan mendiamkan diri kerana ketakutan.Kamal terus dibelasah ketika itu,tiada sesiapapun yang berada di situ mahu membantunya kerana takut menerima nasib yang sama.
"Weh kau apsal ni? Rileks lah Iki!!", Jerit Shakir Razak, Timb Ketua Asrama yang masih kekal memegang peranan tersebut.Dia kemudiannya berusaha menghalang dan mententeramkan Faruki yang naik minyak ketika itu.
______________________________________
"Kau tau cerita semalam,Kamal kena pukul dengan Faruki?", Soal Irwan, pelajar Ting 2 kepada kawannya Zulkarnain."Eh takde pulak aku dengar.Pasal apa pulak tu?", Soal Zulkarnain kembali.
"Tak tahu aku.Tapi dengar semalam Bang Iki badmood gila lepas kena ganti dengan Bang Fatih.Kamal pulak macam ada gelak masa Iki tegur tu." Jawab Irwan kembali.
"Memang padan pun Bang Iki tu kena ganti.Dia tu bukan baik sangat.Poyo je lebih, depan korang dengan Cikgu je macam malaikat, belakang macam setan."Luah Zulkarnain.Dia umpama ada menyimpan dendam kesumat terhadap mantan ketua asrama itu.
"Wah betul marah kau.Pasal dia pow kau ke? Rileks lah bukan kau sorang je kena pow dengan dia."Kata Irwan pula.
"Bukan pasal pow.Ada benda lain lagi. Kau tak payah tahu lah."Balas Zulkarnain ringkas.
"Tapi tak lama lagi aku rasa meletup ni.Takkan lah Abbas nak diam je tengok budak betch dia kena pukul macam tu." Kata Irwan lagi.
"Maksud kau apa? Riot ke?", Soal Zulkarnain meminta kepastian.
"Tak mustahil sebab takkan Abbas dengan budak form 4 lain nak diam je? Nak pulak sekarang takde warden kat asrama tu."Kata Irwan.
"Benda tu susah nak jadi, kalau jadi pun benda tu berlaku kat luar. Takkan jadi dalam asrama.Cikgu Wafi ada lagi kat sini,kena fikir panjang kalau nak riot pun", Balas Zulkarnain semula.