Buat kali pertamanya, aku memanggil semua pemain pasukan bolasepak skuad utama berkumpul di rumahku pada tahun ini.Nazmi dan 3 orang kawannya yang dinaikkan pangkat dari skuad pelapis ke skuad utama turut berada di sini ketika ini.
Aku memulakan ucapanku dengan mengucapkan selamat datang kepada pemain baru seperti Nazmi.Dalam masa yang sama aku mula memberikan maklumat tentang latihan pasukan yang bakal bermula selepas mereka kembali ke asrama semula selepas balik wajib.
Aku turut mengingatkan kembali peraturan pasukan kepada mereka semua.Sejujurnya aku memang meminta "demand" yang tinggi kepada pemain pasukanku ketika waktu latihan dan waktu ketika perlawanan.Pada tahun ini aku mahukan pencapaian yang lebih cemerlang berbanding pada tahun lepas.
Faruki diumumkan sebagai ketua pasukan pada tahun ini dan di bantu oleh Zaki.Aku perlu mengekalkan gandingan kepimpinan mereka untuk mengharmonikan pasukan.Lagipun mereka berdua begitu berpengaruh di asrama dan sekolah kerana menjawat jawatan yang penting.
Selepas itu mengarahkan mereka bersurai dan kembali ke asrama. Cuma tinggal Zaki dan Nazmi sahaja ketika ini.Memandangkan aku terlepas makan malam tadi di dewan makan sekolah, aku mengajak mereka berdua menemaniku makan di luar.
Aku sebenarnya berhajat untuk mengajak Faruki sekali, namun ketua pelajar sekolah sesi tahun ini menolak pelawaanku dengan baik. Katanya dia mempunyai beberapa perkara yang perlu diuruskan di asrama.
Selepas 15 minit perjalanan akhirnya aku tiba di kedai tomyam di sebuah pekan di sini.Aku turut meminta Zaki dan Nazmi memilih makanan atau minuman mereka tanpa rasa malu. Sementara menunggu makanan sampai kami bertiga mengambil kesempatan untuk berbual.
______________________________________
Sam mula memasuki bilik Khai selepas ketukan pintunya sebentar tadi tidak berjawab.Rupanya kawan baiknya itu sedang berada di dalam tandas untuk mandi.Berbanding biliknya, bilik Khai berada dalam keadaan kemas dan tersusun sekali.Baru sahaja dia mahu membaringkan diri di atas katilnya sementara Khai keluar dari tandas,Shazuan secara tiba-tiba memanggil namanya dari luar.Rupanya Shazuan meminta bantuannya untuk membeli burger di luar.
"Kau belikan abang burger daging special satu, pastu kau beli lah untuk kau dengan Khai tu." Kata Shazuan sambil menghulurkan sekeping not ringgit berjumlah RM50.
Sam kemudiannya mengetuk pintu tandas, Khai yang ketika itu sedang mandi memesan burger ayam special.
Sam kemudiannya bersiap dan mula mengambil kunci motor Khai dan keluar untuk mencari dan membeli burger.Sedang Sam menunggang motosikalnya,tiba-2 dia menyedari kereta vios hitam milik Cikgu Wafi berada di hadapan kedai makan tersebut.Dia kemudiannya turun dan melihat Cikgu Wafi sedang menikmati makan malam bersama 2 orang juniornya semasa di asrama dahulu.
"Eh Sam, kau dari mana ni? Wan dengan Khai mana?", Soal Cikgu Wafi apabila Sam menegurnya.
"Dorang kat rumah Cikgu.Bang Wan suruh saya cari burger untuk makan malam ni." Jawab Sam lagi.
"Fuhh makin jambu lah abang Sam sekarang.Abang study lagi ke?", Tegur Zaki ketika itu sambil menghulurkan tangannya kepada Sam.
"Study lagi cuma aku PJJ.Eh,aku macam kenal kau ni.Sape eh?", Soal Sam sebaik sahaja menatap wajah Nazmi.
"Ni saya lah bang Nami.Abang dah lupa saya ke?", Soal Nazmi sambil menyambut tangan yang dihulurkan oleh Sam.
Sam seakan tidak percaya apabila melihat perubahan Nazmi sekarang. Semasa Sam senior, Nazmi merupakan penghuni di dalam biliknya.Susuk fizikal Nazmi semakin menarik dan wajahnya juga lebih kacak berbanding dahulu.