'Malam tadi abang jual mahal kan? Nia akan pastikan pagi ni abang pulak mengalah dengan Nia. Abang takkan boleh tolak kali ni,' bisik Nia dalam hati. Sarapan pagi yang dibuatnya selepas solat Subuh tadi diletakkan di atas meja makan. Hampir semua menu merupakan makanan kegemaran Zafran. Tidak lupa juga makanan untuk Datin Zahra, ibu mertua kesayangannya.
Bau masakan yang dimasak oleh Nia itu menghentikan langkah Zafran yang turun bersama beg bagasi di tangan. Sedap betul bau masakan budak ni. Tapi bau aje kot sedap, rasa belum tentu. Sempat Zafran komen dalam hati.
Nia yang ternampak kelibat encik suami di anak tangga itu, segera melangkah merapati Zafran. "Abang, jom breakfast dulu? Nia tahu abang nak balik Kedah hari ni. Tapi abang makanlah sikit, buat alas perut. Nanti on the way balik, abang taklah lapar sangat," ajak Nia.
Zafran hanya menurut. Setakat makan sarapan yang dibuat Nia, takkan buat dia jatuh hati pada gadis itu. Baru sahaja Zafran hendak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan, Nia terlebih dahulu cedokkan untuknya.
"Tak apa, abang. Biar Nia buatkan untuk abang. Abang duduk aje," ujar Nia. Zafran hanya diam memerhati tanpa berniat untuk berbual dengan isterinya. Nasi goreng disuap ke mulut. Sedap! Pandai jugak budak ni masak, puji Zafran dalam hati.
"Sedap tak?" tanya Nia sambil menongkat dagu memandang suaminya.
"Hmm." Hanya itu jawapan Zafran. Nia mencebik.
"Hmm tu, sedap ke tak?" Nia menyoal lagi. Kali ini, dia mengusap-usap pipi kiri Zafran.
"Sedap," balas Zafran terpaksa sambil menepis perlahan jari Nia. Nia tersenyum mendengar komen Zafran itu. Tidak berapa lama kemudian, Datin Zahra turun ke tingkat bawah untuk bersarapan.
"Selamat pagi, anak-anak mama. Amboi, makan tak tunggu mama ya? Mentang-mentang dah ada isteri sekarang," usik Datin Zahra pada Zafran. Kerusi ditarik sebelum Datin Zahra melabuhkan punggungnya.
"Mama, makan sekali," pelawa Nia sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng ke arah ibu mertuanya. Sejuk hati Datin Zahra melihat cara Nia melayannya. Nia memang budak yang baik, pandai menghormati orang tua. Cantik itu bonus padanya. Kerana itulah dia melamar Nia untuk Zafran.
Dia yakin Zafran akan bahagia hidup bersama Nia. Saat mulutnya baru hendak menyuap makanan, matanya tertancap pada arah beg bagasi milik Zafran yang diletakkan di muka pintu utama.
"Eh, Zaf nak pergi mana dengan beg bagasi tu semua?" tanya Datin Zahra.
"Zaf nak balik Kedah, ma. Minggu ni Zaf sibuk sikit sebab student dah nak exam. Sebab tu Zaf kena balik hari ni," jawab Zafran.
"Balik sorang? Nia tak ikut?" soal Datin Zahra sekali lagi apabila dia tidak melihat beg bagasi milik Nia di situ. Nia memandang ke arah suaminya melalui ekor mata. "Biarlah Nia tinggal kat sini dulu, ma. Lepas dia dapat result SPM, baru dia boleh ikut Zaf balik sana," putus Zafran.
"Nia, kemas baju-baju Nia sekarang. Nia ikut Zaf balik Kedah. Zaf, Nia ni isteri Zaf. Tempat seorang isteri di sisi suaminya. Mama nak Zaf bawak Nia ikut Zaf ke Kedah. Lagipun result SPM lambat lagi nak keluar. Kesian menantu mama ni, kena tinggal lama-lama dengan suami." Datin Zahra sudah mula masuk campur.
"Tapi, ma...."
"Tak ada tapi-tapi. Nia, pergi kemas baju Nia. Lepas tu ikut Zaf." Belumpun sempat Zafran membantah, Datin Zahra sudah mencantas kata-katanya. Nia terus bangun dari kerusi meja makan sebelum berlalu ke tingkat atas.
Sempat dia menyimpul senyuman. Dapat juga dia ikut Zafran pulang ke Kedah. Mudahlah kerja dia untuk buat Zafran jatuh cinta padanya apabila sudah duduk berdua nanti.
"Sampai hati mama kan?" luah Zafran setelah kelibat Nia menghilang dari pandangan mata.
"Zaf kena terima hakikat. Nia tu dah jadi isteri Zaf. Jangan abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami pada isteri," pesan Datin Zahra. Zafran meletakkan sudu di atas pinggan. Hilang sudah seleranya.
Sangkanya apabila pulang ke Kedah nanti, dia dapat hidup tenang seketika tanpa sebarang gangguan. Namun sangkaannya meleset. Bila Datin Zahra sudah masuk campur, memang dia akan kalah.
Zafran tidak tahu bagaimana dia hendak menghadap perangai mengada-ngada Nia nanti. Nekad betul gadis itu hendak membuat dia jatuh cinta. Tak, hati aku tetap untuk Hana. Sampai bila-bila. Tak ada perempuan lain lagi dalam hati aku selain Hana, termasuk Nia, gumam hati Zafran.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Любовные романы⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...