Bab 29

731 15 6
                                    

Zafran mengukir senyuman apabila dia terlihat kelibat Raihana menghampirinya. "Sorry, Zaf. Hana terlambat sikit sebab tadi kena jumpa dekan. Zaf dah lama ke tunggu Hana?" tanya Raihana. "Tak adalah lama mana. Zaf pun baru sampai aje. Hana duduklah dulu. Zaf dah order makanan untuk Hana," beritahu Zafran. Raihana melabuhkan duduk di hadapan Zafran.

"Kenapa Zaf tiba-tiba nak jumpa Hana ni? Suara Zaf dalam phone call tadi pun macam lain aje. Zaf ada masalah ke?" tanya Raihana, prihatin.

"Zaf stress dengan perempuan tu. Semalam dia cuba nak goda Zaf lagi. Tapi Zaf tak layan. Entahlah, Zaf rasa rimas dengan dia. Makin hari, makin tebal rasa benci Zaf pada dia.

Ikutkan hati Zaf ni, Zaf nak ceraikan dia aje. Tapi-" Belum sempat Zafran menghabiskan ayatnya, Raihana segera menyampuk.

"Zaf, Hana dah nak habis belajar. Zaf pernah cakap kan, lepas Hana habis belajar, kita akan kahwin? Tapi Hana tak kisah tau kalau kita kahwin awal sikit. Sekurang-kurangnya, bila kita dah jadi suami isteri nanti, Hana boleh usaha sedaya upaya Hana untuk bahagiakan Zaf.

Hana tak suka tengok Zaf stress macam ni. Kalau dengan isteri Zaf yang sekarang ni, Zaf tak bahagia. Hana harap Zaf akan izinkan Hana untuk bahagiakan Zaf," ucap Raihana.

"Betul ke ni? Hana tak kisah kalau kita percepatkan perkahwinan kita?" soal Zafran, teruja. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya dia di kala ini.

"Betul, Zaf. Tapi, macam Hana cakap sebelum ni. Kita kahwin dengan cara yang betul. Isteri dan mama Zaf kena tahu pasal perkahwinan kita. Hana tak nak rahsiakan perkahwinan kita dari pengetahuan diorang," pesan Raihana.

"Tak apa. Pasal hal tu, Hana jangan bimbang. Zaf tahu macam mana nak pujuk mama untuk terima Hana sebagai menantu dia. Dan untuk perempuan tu, dia takkan ada pilihan lain selain daripada setuju untuk benarkan Zaf kahwin dengan Hana."

NIA meletakkan secawan kopi di atas meja untuk suaminya. Zafran hanya memerhatikan tingkah isterinya. Sebelum Nia sempat bangun, Zafran memaut lengannya. Terkedu Nia dengan perlakuan Zafran itu.

"Duduk. Aku nak cakap dengan kau," arah Zafran. Nia hanya menurut tanpa banyak soal seperti selalu.

"Aku nak cakap, aku nak kahwin dengan Hana bulan depan. Jadi sama ada kau setuju atau tak, itu tak penting. Itu aje aku nak cakap dengan kau," ujar Zafran. Nia tergamam mendengarnya.

"Abang nak kahwin dengan Hana?" ulang Nia.

"Yelah, aku nak kahwin dengan Hana. Kau pekak ke?" tempelak Zafran.

"Kenapa, abang? Kurang apa lagi Nia pada abang?" tanya Nia, sebak. Zafran menatap mata Nia tanpa sedikit pun rasa simpati.

"Sebab aku cintakan dia. Hanya Raihana gadis yang layak untuk jadi isteri aku. Bukan kau," balas Zafran.

"Nia tak izinkan abang kahwin dengan dia. Kalau abang masih tetap nak kahwin dengan dia, Nia-" Belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, Zafran memotong.

"Kau nak buat apa? Ingat Nia, kuasa talak ada pada aku. Kalau kau tak nak bermadu, aku boleh ceraikan kau. Tapi kalau kau masih dengan muka tak malu nak jadi isteri aku, kau boleh aje terima Hana sebagai madu kau.

Aku bagi kau dua pilihan, Nia Adellia. Kau pilih untuk terus jadi isteri aku, atau kau nak jadi janda. Tapi perempuan tak tahu malu macam kau, aku tak heran kalau kau pilih untuk terus jadi isteri aku.

Eh, tapi kalau kau jadi janda pun okey apa? Kau boleh mengorat mana-mana jantan kat luar sana dengan bebas. Tak ada halangan, sebab memang itu kepakaran kau kan? Menggedik dengan jantan macam perempuan tak ada maruah," hina Zafran.

Air mata Nia mengalir lagi malam itu. Kali ini, pertama kali di hadapan Zafran. Namun sayang, air matanya bagaikan tiada nilai untuk suaminya.

"Rupanya kau pun boleh menangis ya? Aku ingatkan kau ni keras hati sangat," ejek Zafran sambil tersenyum sinis.

"Nia, Nia iz...izin...izinkan abang kah....kahwin lain. Asalkan.... abang tak ce..ceraikan Nia," bisik Nia bersama tangisan air mata yang mengalir laju di pipinya. Zafran tersenyum meleret mendengar bisikan Nia itu.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now