Terkejut Nia apabila dia membuka pintu bilik. Hampir sahaja dia terpijak tubuh Zafran yang tidur mengiring menghadap bilik tidurnya. Zafran terpisat-pisat bangun apabila dia merasakan tangannya seperti dipijak seseorang tadi. "Eh, sayang dah bangun? Masuk waktu Subuh dah. Jom, kita solat sekali?" ajak Zafran.
"Awak buat apa lagi kat sini? Kan semalam saya dah halau awak balik?" soal Nia.
"Sayang lupa ni, abang kan dah cakap yang abang takkan tinggalkan Nia sorang-sorang kat rumah ni? Lagipun, dah alang-alang abang masuk, memang taklah abang nak keluar kan?" usik Zafran sambil tersengih ke arah isterinya. Cemberut sahaja wajah Nia waktu itu.
"Susah bercakap dengan orang tak faham bahasa," omel Nia seraya berlalu dari situ. Zafran terus mengekori langkah Nia ke bilik air. Nia pantas menghalang apabila Zafran hendak masuk sekali ke dalam bilik air.
"Awak nak buat apa ni?" marah Nia.
"Nak masuk bilik airlah. Nia nak mandi kan? Abang temankan?" Zafran sudah tersengih.
"Tak payah nak buat lawak pagi-pagi buta macam ni. Kalau awak nak menggatal, awak pergi balik. Kalau awak tak nak balik, awak behave sikit. Pilih salah satu," ujar Nia sebelum menghempas pintu bilik air dengan kuat.
Zafran terkedu. Marah betul isterinya. Sabar, Zafran. Dulu kau layan dia lagi teruk daripada ni. Sekarang kau kenalah hadap kebencian dia pulak, pujuk hati Zafran.
USAI menunaikan Solat Subuh, Nia keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan. Semalam hanya jamah biskut sahaja, rasa lapar pula pagi ini. Nia menggoreng cucur udang pagi itu. Leka Nia memasak sehingga tidak sedar, Zafran sudah berdiri di belakangnya.
Pinggang Nia dipeluk erat dari belakang menyebabkan gadis itu terkejut. Nia tergamam seketika. Namun pantas sahaja Nia meleraikan pelukannya sambil menjeling tajam ke arah suaminya. "Sorry, abang tak boleh kawal diri abang.
Nia cantik sangat, walaupun cuma pakai baju lengan panjang dengan track suit. Tapi tudung tu, abang tak berapa suka. Kenapa kena pakai tudung dengan abang? Abang rindu nak tengok rambut Nia, sayang."
"Saya tak heranlah dengan ayat manis awak tu. Dulu saya pakai baju seksi, tayang rambut saya, ada awak kisah? Awak tak heran pun kan? Saya nampaklah muka awak. Awak jijik tengok perangai saya yang tak ubah macam pelacur kan?" selar Nia.
Pedih hati Zafran mendengarnya. Namun itu juga ayat yang pernah dilemparkan pada Nia. Nia berpaling membelakangi Zafran sebelum menyambung kerjanya. Zafran mengatur langkah ke meja makan sambil memerhati perbuatan isterinya.
Zafran telan liur. Bau cucur udang yang digoreng Nia itu, benar-benar membuka seleranya. Rindu pula dia pada masakan Nia. Dia memerhatikan Nia lagi. Sementara menunggu cucur udang siap digoreng, Nia membancuh teh panas.
Tidak ramai gadis muda yang sebaya Nia rajin ke dapur. Dalam diam, Zafran berasa bertuah kerana memiliki isteri seperti Nia Adellia. Cuma, Nia sahaja yang tidak bertuah kerana bersuamikan lelaki seperti Izz Zafran.
Nia meletakkan teh panas di atas meja bersama dua cawan. Seketika pandangan mereka bertaut. Cepat-cepat Nia mengalihkan pandangannya. Zafran menuangkan air teh ke dalam cawan untuk Nia dan dirinya.
Baik betul hati isterinya. Masih lagi menjaga makan minumnya walaupun hatinya terluka. Sebaik selesai menggoreng, Nia membawa sepinggan cucur udang sebelum diletakkan di atas meja. Nia terus berlalu dari ruang dapur.
"Nia, nak pergi mana? Jom makan sekali?" ajak Zafran. Nia menjeling ke arah suaminya.
"Saya memang nak makan. Tapi selera saya tiba-tiba dah tak ada bila tengok muka awak. Nak buang cucur tu macam membazir pulak. Kalau awak nak makan, awak makan. Kalau tak, awak boleh balik aje." Nia terus masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan Zafran.
'Aku tak berselera nak makan bila tengok muka kau. Menyakitkan hati.' Kata-kata yang pernah dihamburkan pada Nia dahulu terngiang-ngiang di telinganya. Ya Allah, besarnya dosa aku pada isteri aku, kesal Zafran.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romansa⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...