Bab 94

925 14 2
                                    

Minggu study week sudah bermula. Nia tekun menelaah pelajaran di perpustakaan sementara menunggu suaminya selesai mengajar. Maya dan Farhan tidak dapat menemaninya kerana mereka ada temujanji khursus perkahwinan. 

Mereka berdua ingin disatukan sebagai suami isteri semasa cuti semester nanti. Yelah, tak manis bertunang lama-lama. Lagipun mereka jauh dari keluarga masing-masing.

Nia terlalu leka belajar sehingga tidak sedar Zafran sudah melangkah menghampirinya. Zafran mengukir senyuman apabila dia melihat isterinya seperti sedang mencuba memahami sesuatu topik.

"Ada apa-apa yang sayang tak faham ke?" bisik Zafran di telinga kanan Nia. Nia yang terperanjat dengan bisikan yang tiba-tiba itu, terus mengurut dadanya.

"Abang~! Nasib baik Nia tak ada sakit jantung tau," marah Nia sambil cuba mengawal nada suaranya. Zafran tergelak kecil sebelum melabuhkan duduk di sebelah isterinya.

"Sayang abang ni, serius sangat muka tu. Ada apa-apa yang abang boleh tolong ke?" tanya Zafran. Nia menggaru kepalanya yang dibaluti tudung biru itu.

"Ni ha, Nia tak faham soalan ni." Nia terus menyatakan masalahnya. Zafran mengambil kesempatan itu dengan memeluk bahu isterinya. Tidak cukup dengan itu, Zafran merapatkan wajahnya dengan wajah Nia sehingga pipi mereka berlaga sesama sendiri.

'Oh, ni dah melebih dah ni. Miang sangat suami aku ni,' bisik hati Nia. Nia terus mencubit paha suaminya. Zafran terus berdesis, menahan pedih.

"Apa sayang ni, cubit-cubit abang pulak?" rajuk Zafran.

"Abang tu gatal sangat. Kita kat library tau, tempat awam. Kalau student lain nampak macam mana?" tegur Nia. Zafran tersengih macam kerang busuk.

"Alah, abang tak boleh control diri bila duduk dekat dengan sayang. Kalau ikutkan hati, abang nak kiss aje sekarang ni," usik Zafran. Merona merah wajah Nia mendengar usikan suaminya.

"Dahlah, tak ada mood nak belajar dah," ujar Nia seraya bangun dari kerusi. Namun Zafran sempat menahan isterinya dari bangun.

"Okey, sayang. Abang mintak maaf, okey? Kita study kat pejabat abang ajelah. Lebih privacy," bisik Zafran. Nia menjeling ke arah suaminya.

"Tak payah. Abang lebih pada nak menggatal kan sebenarnya?" ujar Nia. Zafran melebarkan lagi senyumannya. Tangannya mendarat di atas perut Nia.

"Airin, pujuk mama ikut papa boleh tak? Papa akan bagi special revision untuk mama. Mama sorang aje yang dapat special revision ni. Tak ada student lain boleh dapat tau." Zafran mengenyitkan matanya pada Nia.

"Airin, cakap kat papa. Tak payah mengada-ngada sangat okey? Pesan jugak kat papa, yang Airin ada kat dalam ni. Jadi suruh papa behave sikit. Jangan nampak sangat miang tu," sindir Nia. Zafran mengangkat kedua-dua tangannya mengaku kalah.

"Okeylah, sayang abang menang. Jomlah, kita balik? Dah pukul 5.30 petang ni," ajak Zafran sambil melihat jam di tangan.

"Lah, pukul 5.30 dah ke? Cepat betul masa berjalan," komen Nia.

"Sayang leka sangat belajar. Dah solat Asar ke belum?" tanya Zafran. Nia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Belum...." balas Nia sebelum tersengih macam kerang busuk. Zafran menjegilkan matanya.

"Kita singgah masjid dulu. Sayang solat, lepas tu baru kita balik," putus Zafran. Nia menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan beriringan meninggalkan kawasan perpustakaan. Zafran memandu ke arah pusat Islam berhampiran dewan utama.

Nia masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat Asar sementara Zafran menunggunya di luar kereta. "Sayang ni, abang ingatkan sayang dah solat. Rupanya culas jugak ya," omel Zafran sambil menggelengkan kepalanya.

Sementara menunggu cik isteri selesai solat, Zafran mengambil telefon bimbitnya. Gambar-gambar arwah Raihana yang tersimpan di dalam galeri telefonnya, dipadam.

"Maafkan Zaf, Hana. Maafkan Zaf. Bukan niat Zaf nak lupakan Hana. Hana dan arwah anak kita tetap akan ada dalam ingatan Zaf sampai bila-bila. Hana tetap cinta pertama Zaf." Saat itu, Nia yang baru keluar dari pusat Islam terdengar kata-kata Zafran.

Jantungnya seakan terhenti apabila terdengar luahan hati Zafran itu. Zafran menoleh dan dia tergamam melihat Nia berdiri di belakangnya. Sayu wajah isterinya. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Marah akal Zafran.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now