Tangan kanan Zafran dikucup selepas selesai solat Subuh berjemaah. Nia membuka telekungnya. "Abang, Nia nak pergi ambik Airin kat bilik abang long kejap tau. Kesian dia, mesti dia dah lapar sekarang ni," ujar Nia sebelum mencapai tudung. Zafran menarik tangan Nia, menyebabkan isterinya jatuh ke dalam pelukannya.
"Abang, Nia nak ambik anak kejap aje."
"Hm, abang tak bolehlah tak jumpa sayang sekejap. Abang ikut?" Parah betul penyakit angau Zafran ni. Sampai nak berenggang sekejap pun tak boleh.
"Mengadalah abang ni. Kalau macam tu, abang pergi ambik Airin. Nia tunggu abang dalam bilik," balas Nia. Zafran masih tidak melepaskan pelukannya. Nia menjegilkan matanya ke arah Zafran.
"Okeylah, abang pergi ambik Airin. Sayang tunggu dalam bilik, jangan pergi mana-mana," pesan Zafran sebelum melangkah ke arah pintu bilik. Nia menggelengkan kepalanya.
'Hisy, kalau aku nak pergi mana-mana pun, memang tak sempatlah. Bilik hotel abang long dengan Kak Fiya tu sebelah bilik ni aje,' desis hati Nia.
Beberapa ketika kemudian, Zafran kembali ke dalam bilik mereka sambil mendukung Airin yang sedang menangis itu. Nia terus mendapatkan anaknya.
"Ala, kesiannya anak mama lapar ya? Okey, mama susukan sayang dulu okey?" pujuk Nia sambil menyusukan anaknya. Nia memandang suaminya.
"Nampak? Kesian Airin tau, mesti dia lapar sangat," tegur Nia. Zafran menggaru belakang kepalanya. "Sorry, Airin. Papa tak sengaja. Papa mintak maaf okey?" ucap Zafran sebelum mengucup dahi Airin.
Setelah selesai menyusukan Airin, Nia membetulkan kedudukan bajunya sebelum menepuk belakang badan Airin. Airin yang ternampak kelibat papanya, terus menghulurkan tangan, minta didukung.
"Aik? Cepatnya dia baik dengan papa eh?" tegur Nia apabila Airin sudah tersengih di dalam dukungan Zafran.
"Mestilah. Papa kan buah hati Airin Inara." Nia memuncungkan mulutnya. Zafran tergelak melihat tingkah isterinya.
"Tengok tu Airin. Mama jealous lah. Tadi dia mengata papa tak boleh berenggang dengan dia. Tapi rupanya mama Airin yang tak boleh berenggang dengan papa. Sayang merajuk ke?" soal Zafran sambil menahan tawa.
Nia tidak menjawab pertanyaan suaminya. Mukanya dipaling ke arah lain. "Papa Airin sayang mama sangat-sangat tau. Kalau mama nak berkepit dengan papa 24 jam sehari pun, papa lagi suka.
Cepat sikit Airin dapat adik kan?" usik Zafran. Nia terus mencubit lengan Zafran.
"Gatal!" kutuk Nia.
"Gatal dengan isteri abang aje," bisik Zafran. Airin yang seakan memahami, tergelak kecil melihat tingkah mama dan papanya. Bahagia hati Nia dan Zafran mendengar ketawa Airin itu. Zafran menggenggam tangan Nia sementara tangan sebelah lagi mendukung Airin.
"I love you so much, Nia Adellia. Abang nak Nia jadi bidadari syurga abang kat sana nanti," ucap Zafran ikhlas.
"I love you too, Izz Zafran. Nia akan cuba jadi isteri solehah untuk abang, supaya Nia boleh jadi bidadari syurga abang kat sana nanti," balas Nia.
Zafran mengucup dahi Nia, lama. Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kebahagiaan dalam rumah tangga kami. Jauhkanlah kami dari segala anasir jahat. Bawalah derita itu jauh-jauh. Biarlah hanya kenangan indah yang akan terlakar selepas ini.
Benarlah, bahagia Nia Adellia hanya bersama Izz Zafran. Sampai mati, cinta Nia Adellia hanya pada Izz Zafran, suaminya dunia akhirat.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...