Nia menggeliat malas di atas katil. Bunyi penggera masa rakan seasramanya, mengganggu tidurnya yang lena sedari tadi. "Hish! Maya ni kan! Dia yang set alarm, tapi dia yang tak bangun-bangun. Tidur mati betul dia ni," bebel Nia. Nia bangun juga walaupun matanya masih mengantuk.
Bantal dilempar ke arah Maya yang tidur di atas katil di sebelahnya. Kelam-kabut Maya bangun dari tidurnya.
"Weh! Mana mee kari aku?!" Itu yang Maya sebut sebaik sahaja matanya dibuka. Nia mengerutkan dahi.
"Mee kari mana pulak kau ni? Alarm kau tu berbunyi dari tadi, Maya. Jomlah bangun Subuh. Nanti nak masuk kelas pulak," tegur Nia. Maya seperti baru tersedar dari mimpi. Dia meraup wajah.
"Aku mimpi makan mee kari weh. Sedapnya~!" Nia tergelak kecil mendengarnya. Maya memang pantang jumpa makanan.
Tolak batu dengan kayu aje, semua benda ditelan. Puas Nia menasihati sahabatnya itu supaya jaga pemakanan, namun itu hanya sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.
Usai menunaikan Solat Subuh bersama Maya, Nia menyarung uniform sekolah. Tudung dipakai menutupi kepala. Maya sendiri akui, Nia Adellia memang cantik.
Kulit putih melepak, alis mata yang lentik, tubuh yang ramping. Pendek kata, apa yang ada pada Nia, semuanya idaman setiap para gadis seusia dengannya.
Satu lagi keistimewaan Nia Adellia. Hatinya tulus dan suci. Dia tidak pernah memandang rendah pada orang lain, termasuklah Maya.
Walaupun Maya berbadan gempal, Nia tidak malu hendak bersahabat dengannya.
"Kau tenung-tenung aku ni, kau tak nak pergi sekolah ke?" tegur Nia. Maya tersengih.
"Kau nak aku kena marah dengan cikgu ke? Takkan aku nak ponteng sekolah pulak?" balas Maya. Nia tergelak mendengarnya.
"Maya, semalam aku stalk IG abang Zaf. Kau ingat kan abang Zafran?" soal Nia.
"Ha, aku ingat. Crush kau dari kecik kan? Kau still suka dia lagi ke?" tanya Maya seakan tidak percaya. Nia tersengih menayangkan giginya yang putih tersusun.
"Aku suka sangat dengan abang Zaf tu. Entahlah, aku rasa dia tu first love akulah. Aku tak boleh lupakan dia. Eh, lupa nak sambung cerita. Abang Zaf dah balik Malaysia!" beritahu Nia dengan nada teruja.
"Seriouslah! Eh, aku rasa macam baru lagi dia pergi sambung belajar kat overseas tu. Dah lapan tahun rupanya," ujar Maya.
"Kan? Aku rindulah kat dia. Aku ingat nak balik rumah aje sebab mak long aku nak buat kenduri doa selamat malam ni.
Tapi kita kan kena stay kat sini sebab malam ni ada bacaan Yaasin dengan solat hajat untuk SPM. Frust betullah," keluh Nia.
"Aku macam tak percaya, kau masih ada perasaan dekat abang Zaf tu. Kau pernah confess dengan dia kan, sebelum dia fly oversea?"
"Haah. Aku pernah confess tapi dia tak terima. Dia kata dia nak fokus belajar dan dia pun kata aku masih budak lagi time tu. Tapi aku okey aje. Aku faham keadaan dia. Aku akan tunggu dia sampai dia sedia untuk terima aku."
Lapan tahun yang lalu.
"Abang Zaf!" panggil Nia. Zafran menoleh sebelum mengukir senyuman manis buat gadis itu.
"Hai, Nia! Nak ucap tahniah kat abang ke?" usik Zafran.
"Mestilah. Tahniah, abang, sebab dapat result cemerlang dalam SPM," ucap Nia.
"Thank you, adik abang. Lepas ni abang mesti rindu Nia, sebab abang kena sambung belajar kat oversea pulak," balas Zafran.
"Nia tahu. Mak long pun ada bagitahu. Abang Zaf? Nia nak cakap dengan abang sikit boleh?"
"Nia nak cakap apa?"
"Nia cintakan abang." Zafran tergamam mendengarnya. Tidak disangka Nia sebegitu berani meluahkan perasaannya.
"Nia-"
"Nia nak kahwin dengan abang lepas Nia habis SPM nanti. Masa tu pun mesti abang dah kerja kan? Nia nak jadi isteri abang sebab Nia cintakan abang."
"Nia, abang tak pernah terfikir pun pasal hal ni. Tiba-tiba sangat Nia confess dengan abang." Nia mengerutkan dahi.
"Mana ada tiba-tiba? Dari dulu lagi Nia memang sukakan abang. Abang pun pernah janji kan, nak jadi suami Nia?" Giliran Zafran pula mengerutkan dahi.
Takkan Nia serius dengan apa yang pernah dia cakap dahulu? Waktu itu kan mereka masih lagi belum matang.
"Nia, abang nak fokus belajar dulu. Lagipun Nia masih sekolah rendah lagi kan? Abang-"
"Okey, Nia boleh tunggu abang. Lapan tahun aje kan? Abang kejar aje cita-cita abang untuk jadi pensyarah. Nia takkan halang. Nia cuma nak jadi isteri abang aje."
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romansa⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...