Perut yang sakit, ditekan sambil dahi berkerut menahan kesakitan. 'Masa nilah kau nak datang, kan? Allah, sakitnya!' gumam hati Nia. Dengan susah payah dia melangkah ke arah dapur, mencari ubat tahan sakit. Puas digeledah peti kecemasan namun ubat tersebut tiada.
"Aduh, mesti ubat dah habis. Aku nak keluar tapi tak larat pulak nak jalan," bisik Nia. Tatkala itu, Zafran keluar dari bilik tidur, bersedia untuk pergi kerja.
"Abang?" panggil Nia. Zafran hanya buat tidak peduli. Nia mengejar langkah Zafran dengan susah payah sehingga ke muka pintu hadapan.
"Abang, boleh tolong Nia tak? Abang boleh tak belikan ubat tahan sakit untuk orang period? Perut Nia sakit sangat ni, abang. Nia pun tak tahu kenapa bulan ni sakit teruk sangat," adu Nia.
"Aku dah lambat. Kau pergilah beli sendiri, Nia," balas Zafran, dingin.
"Abang, Nia tak larat nak jalan pergi kedai. Tak apa, kalau abang dah lambat nak pergi kerja. Lepas abang habis kerja baru abang belikan pun tak apa. Nia, boleh tahan sakit ni sementara. Tolong ya, abang?"
"Tengoklah macam mana." Hanya itu balasan Zafran sebelum dia keluar dari rumah. Tidak sempat Nia hendak menyalami tangan suami. Nia mengatur langkah ke arah bilik tidur sebelum membaringkan tubuh di atas katil.
Rasa sakit di perut cuba ditahan. Dahinya mula berpeluh walaupun bilik dipasang alat penghawa dingin. Bibirnya pucat. Akhirnya perlahan-lahan, Nia terlelap di atas katil.
PETANG itu, Nia duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Sesekali matanya memandang ke arah pintu, menanti kepulangan Zafran. Perutnya masih terasa sakit walaupun sudah sedikit surut. "Mana abang ni? Busy sangat kot?" omel Nia sendirian.
Bunyi pintu dikuak mengalihkan pandangan Nia daripada televisyen ke arah pintu utama. Perlahan-lahan Nia bangun untuk menyambut kepulangan suami. Tangan kanan dihulur sambil menanti Zafran menyambutnya.
Baru sahaja Nia hendak mencium tangan suaminya, Zafran sudah menarik kembali tangannya. Nia mencuba untuk terus tersenyum. "Abang, abang ada belikan tak ubat yang Nia mintak tadi?" tanya Nia sambil mengambil beg kerja dari tangan Zafran.
"Tak." Ringkas jawapan Zafran. Dia merenggangkan tali leher sebelum duduk di atas sofa, melepaskan lelah. Hari ini, seharian suntuk dia mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar-pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan minggu hadapan.
"Kenapa abang tak beli? Abang tak sempat nak beli, eh?" tanya Nia lagi.
"Sengaja. Kau dah besar kan? Pergi beli sendiri. Kedai ada, kau nak pergi klinik pun pergilah," balas Zafran sambil memejamkan matanya. Nia terasa sebak mendengar balasan Zafran itu. Zafran memang sudah berubah 180 darjah.
Sewaktu kecil dahulu, Nia jatuh basikal pun terus Zafran tidak izinkan Nia naik basikal lagi. Sekarang, berubah betul karakter Zafran. Air mata yang bertakung cuba ditahan dari tumpah.
"Tak apalah, kalau abang terlupa. Abang nak minum air apa-apa tak? Makan ke? Nia boleh buatkan." Nia masih berlembut walaupun hatinya ngilu.
"Tak payah. Aku dah dinner tadi," jawab Zafran.
Nah, dia makan sendiri tanpa peduli sama ada Nia sudah makan atau belum. Sekali lagi hati Nia dijentik rasa sebak. Waktu tengah datang haid inilah, emosinya jadi sensitif tiba-tiba. "Oh, abang dah makan ke? Tak apalah, Nia masuk bilik dulu." Nia terus berlalu ke dalam bilik tidur mereka.
Zafran membuka sedikit matanya. Kelibat Nia yang sudah menghilang di sebalik pintu bilik, dipandang dengan penuh rasa benci. Lantak kaulah nak sakit macam mana sekalipun. Hati aku lagi sakit. Sakit dengan kegedikkan kau tu. Maki Zafran dalam hati.
Sementara itu, Nia menangis sendirian di dalam bilik. Sensitif betul emosinya kala ini. Sedangkan sebelum ini, macam mana teruk pun layanan Zafran padanya, dia tidak kisah pun. Tetapi hari ini lain.
"Benci betul abang dekat Nia, sampai Nia sakit pun abang buat tak peduli. Ya Allah, lembutkan hati suami aku untuk terima aku sebagai isteri dia. Aku sayangkan dia, ya Allah," doa Nia dalam hati.
Selama sebulan dia menjadi isteri kepada lelaki bernama Izz Zafran, dia banyak makan hati. Suaminya makin hari makin dingin. Pelbagai cara Nia gunakan untuk menggoda Zafran namun suaminya langsung tidak terjentik sedikit pun.
Tetapi Nia tetap sabarkan hati. Dia yakin, Allah akan menjawab doanya suatu hari nanti. Dia percaya cinta selepas kahwin itu lebih indah.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Roman d'amour⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...