Bab 20

822 13 2
                                    

Teruja sungguh Nia pada hari itu. Tercapai juga hajatnya untuk sambung belajar. Dan yang membuatkan dia lagi teruja, dia dapat belajar di kampus yang sama tempat suaminya berkhidmat. Dia merenung ke arah Zafran yang sedang memandu keretanya menuju ke UiTM Merbok. "Nia cintakan abang," ucap Nia tiba-tiba.

"Kau tak bosan ke asyik ulang benda yang sama aje? Aku yang dengar ni pun dah muak tau?" selar Zafran. Jujur, dia tak suka luahan perasaan Nia itu. Baginya, luahan perasaan isterinya itu ibarat beban yang menghempap kepalanya.

"Takkan Nia nak bosan pulak? Memang Nia cintakan abang pun, dari dulu lagi. Perasaan tu tak berubah sampai sekarang dan insya-Allah sampai bila-bila Nia akan cintakan abang." Tiba-tiba sahaja kereta Toyota Harrier milik Zafran berhenti.

"Dah sampai. Kau turun sekarang!" arah Zafran sambil menarik brek tangan. Nia memerhati ke arah luar tingkap kereta.

"Lah, dah sampai ke? Cepat betul abang bawak kereta?" komen Nia seraya membuka tali pinggang keledar. Namun Nia tidak terus keluar sebaliknya dia kembali merenung ke arah suaminya.

"Kau nak apa lagi, Nia? Keluarlah. Kau nak kena daftar kolej pukul 2 kan?" halau Zafran.

"Ala, awal lagi ni. Tengok, students yang baru sampai pun tak berapa ramai lagi. Masih ada sejam lagi kan?" balas Nia sambil menjengketkan keningnya, nakal.

"Aku sengaja hantar kau awal-awal. Serabutlah otak aku bila tengok muka kau." Tanpa memikirkan perasaan Nia, laju mulut Zafran menuturkan ayat berbisa itu.

"Eh, bukan mata abang ke yang tengok muka Nia? Kenapa otak abang pulak nak serabut?" Dah mula dah dia buat lawak bodoh. Zafran menjeling tajam ke arah isterinya. Nia tersengih melihat reaksi suaminya.

"Alolo, suami Nia ni. Nia buat lawak ajelah, sayang. Biarlah Nia nak berlama kejap dengan abang. Lepas ni, Nia kena duduk kolej sampai habis semester. Tak boleh tinggal dengan abang lagi.

Nia nak tengok muka handsome abang sepuas-puas hati Nia. Nak buat bekal sepanjang duduk kat asrama," ujar Nia.

"Tapi aku rimas kau tahu tak? Dahlah pandang macam nak terkam orang. Gatal jugak kau ni kan? Tak padan dengan perempuan. Gedik, macam tak ada maruah langsung," selar Zafran lagi. Nia cuba menyabarkan hatinya.

"Apa salahnya? Menggatal, menggedik dengan suami sendiri? Kalau suami pun kayu, isteri kenalah pandai goda suami kan?" balas Nia.

"Kayu?" Zafran mengerutkan dahi.

"Yelah, abang tu kayu. Nia dah cuba goda abang pun, abang tak ada respons langsung. Kayulah tu." Giliran Nia pula mengutuk Zafran.

"Sedap mulut kau aje mengata aku kayu? Aku tak tergoda dengan kau, sebab aku benci dengan kau. Kau ni sejenis benak kepala otak ke apa?" Wah, melampau betul dia mengutuk aku! Desis hati Nia.

Tanpa berbalas perang mulut dengan Zafran, Nia meraih tangan kiri Zafran sebelum meletakkan tangan itu ke pipi kanannya. Terpaku Zafran dengan tingkah Nia itu. Dengan gaya menggoda, Nia mengucup tangan Zafran yang melekap di pipinya.

Tidak cukup dengan itu, Nia mula merapati tubuh Zafran sebelum pipi kiri suaminya dikucup lama. Kemudian beralih ke arah tepi bibir. Zafran pantas menolak Nia menjauhinya sehingga kepala isterinya terhantuk pada cermin kereta.

"Aduh!" Nia mengaduh sambil memegang belakang kepalanya.

"Kau memang perempuan tak ada maruah kan?! Tergedik-gedik nak cium aku, dah macam pelacur kau tau tak?" maki Zafran. Walaupun ngilu hati Nia mendengar kata makian Zafran, namun dia masih mampu mengawal air mata dari tumpah.

"Tak apalah, abang. Nia turun dulu. Dah agak ramai student yang nak mendaftar." Ada nada sebak di hujung ayat Nia. Belumpun sempat Nia turun daripada kereta, Zafran memanggilnya.

"Tunggu!" Nia menoleh ke arah suaminya.

"Kenapa, abang?" soal Nia.

"Kau tanggalkan cincin kahwin kau tu," arah Zafran. Nia terus mengerutkan dahinya.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now