Bab 12

692 10 4
                                    

Zafran yang sedang menonton televisyen itu dihampiri. Malam itu, Nia mengenakan baju tidur berwarna merah hati. Rambutnya yang separas pinggang itu, diikat ponytail. Anak-anak rambut dibiarkan menari di tepi telinga. 

Punggung dilabuhkan di sisi encik suami. Zafran yang masih fokus menonton televisyen, dipandang lama. Bukan Zafran tidak perasan cara pandangan Nia itu, namun dia hanya buat tidak tahu sahaja.

Nia memeluk lengan sasa milik Zafran sebelum melabuhkan kepalanya di atas bahu suaminya. Zafran mencuba menolak kepala Nia menjauhinya namun gadis itu mengeratkan lagi pegangan pada lengannya.

"Kau ni memang spesis ulat bulu ke?" kutuk Zafran. Nia memanggungkan kepalanya.

"Abang~ tak baik tau guna 'kau-aku' macam tu. Nia kan isteri abang, cuba guna nama panggilan elok-elok. Macam 'abang-sayang' ke?" tegur Nia sambil melarikan jemari runcingnya pada dada Zafran. Zafran pantas menepis.

"Suka hati akulah kalau aku nak guna panggilan mana pun. Kau punca aku jadi macam ni, Nia. Jangan harap aku akan jatuh cinta kat kau. Cinta aku, cuma untuk Hana!" ujar Zafran. Jelas nada kebencian dalam nada suaranya, namun Nia buat tidak peduli.

"Abang tak sayang Nia ke? Hmm?"

"Kalau kau tak terima lamaran mama, mungkin aku masih boleh sayang kau macam adik aku sendiri. Tapi sekarang, aku benci kau. Kau faham kan?" balas Zafran sebelum bangun dari sofa. Nia pantas memeluk tubuh Zafran dari belakang.

"Alah, abang nak masuk tidur dah ke? Nia baru nak bermanja dengan abang~" Mula dah!

"Lepaslah, Nia!"

"Tak nak! Abang, pandanglah Nia. Kejap aje~" Sengaja dimanjakan nada suara. Zafran mengeluh sebelum memusingkan tubuhnya menghadap cik isteri. Jeda. Hanya mata bertentang mata.

"Kau nak apa, Nia?" tanya Zafran setelah agak lama mereka diam membisu.

"Tak ada apa. Nia saja aje nak tengok muka handsome abang tu. Jantung Nia berdegup laju tau setiap kali tengok muka abang. Cuba abang rasa," balas Nia sebelum dia mengambil tangan kanan Zafran lalu diletakkan di atas dadanya yang hampir terdedah itu.

Zafran meneguk liur. Saat tangannya menyentuh aset Nia itu, jantungnya tidak semena-mena berdegup kencang. Sama rentak dengan degupan jantung cik isteri. Dia cuba mengawal nafsu. Tapi betullah orang kata, hanya mulut yang boleh menipu tapi bukan anggota tubuh yang lain.

Zafran mengalihkan tangannya dari dada Nia ke arah pipi gadis itu pula. Nia hanya membiarkan. Sumpah, dia bahagia saat itu. Zafran merapatkan wajahnya ke arah wajah Nia, namun hanya separuh jalan dia kembali menarik wajahnya menjauhi Nia.

"Abang?"

"Kau jangan salah faham. Aku tak berniat pun nak cium kau." Zafran terus berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Nia berdiri di tengah ruang tamu sendirian. Air mata yang sudah mula bertakung di kolam mata segera ditahan.

Sementara itu, Zafran membaringkan diri di atas katil. Berkali-kali dia beristighfar kerana hampir terlanjur dengan Nia. Terlanjur? Bukankah Nia isteri kau dan kau berhak sentuh dia? Akal Zafran menempelak tuannya.

Diamlah! Benci mana pun aku kat dia, aku takkan sentuh dia. Aku takkan buat macam tu kat dia. Hati memberontak. Tombol pintu dipulas namun Zafran awal-awal lagi dah mengunci pintu biliknya.

"Abang? Abang terkunci pintu ni. Bukaklah, Nia nak masuk." Kedengaran suara Nia memanggilnya sambil mengetuk pintu. Zafran hanya memekakkan telinganya sebelum memejamkan mata. Tanpa sedar, dia terlelap.

Nia berhenti mengetuk pintu bilik. Nafas dihela perlahan. Betullah, Zafran memang bencikannya sampai tergamak membiarkan Nia tidur di luar bilik.

"Abang buatlah apapun. Nia tetap takkan putus asa untuk buat abang jatuh cinta pada Nia. Walaupun Nia tahu, sekarang agak mustahil untuk benda tu berlaku. Nia akan cuba, abang. Nia takkan bencikan abang.

Tak ada sebesar kuman pun benci dalam hati Nia untuk abang. Abang cinta pertama Nia, dan abang jodoh yang Allah beri pada Nia. Nia akan jaga abang, akan sayang abang sampai bila-bila," janji Nia. Dia melangkah ke arah ruang tamu sebelum membaringkan tubuh di atas sofa.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now