Maya mengambil tempat berhadapan dengan Nia di dewan makan. Leka sungguh sahabatnya mengusap perutnya sampaikan tidak menyedari Maya sudah duduk di hadapannya.
"Kau sayang anak kau kan, Nia?" soal Maya. Nia memanggungkan kepalanya. Dia mengangguk sambil mengukir senyuman. "Aku sayang Airin, Maya.
Walaupun aku pernah benci dia, tapi makin dia membesar dalam rahim aku, makin dalam kasih sayang aku pada dia," balas Nia. Maya mengangguk faham.
"Kau kan mama dia. Habis tu, papa dia? Kau sayang tak?" uji Maya. Nia terdiam seketika. Sayangkah dia pada Zafran?
"Aku sayang suami aku, Maya. Tapi aku-" Kata-kata Nia terhenti apabila Farhan tiba di meja mereka sambil membawa makanan untuk dia dan Maya.
"Amboi, sweet betul awak ni, Farhan? Siap ambikkan makanan untuk Maya lagi," usik Nia sambil mengerling ke arah Maya.
"Mestilah. Lagipun Maya ni tak boleh dibiarkan ambik makanan sendiri. Nanti yang bukan-bukan aje dicedoknya," balas Farhan. Sempat dia membahan Maya. Maya memuncungkan bibirnya. Tergelak Nia melihat kerenah sahabatnya.
"Lah, merajuk pulak cik Maya kita ni. Kau ni, sensitif sangatlah, Maya. Farhan tu bergurau aje," ujar Nia.
"Haah lah, tunang kesayangan saya. Janganlah merajuk. Saya ni tak nak awak makan yang bukan-bukan lagi. Semalam awak makan rojak buah kan? Sampai sakit perut. So mulai hari ni, awak tak boleh makan makanan yang tak sihat lagi," pujuk Farhan.
Nia terjeda apabila melihat cara Farhan melayani Maya. Cara Farhan mengambil berat tentang Maya, sama seperti cara Zafran mengambil berat akan dirinya.
Benarkah suaminya benar-benar mencintainya seperti mana yang Zafran selalu ucapkan itu? Nia menggelengkan kepalanya, cuba menyahkan perasaan yang mula hadir.
"Aku nak pergi ambik makanan kejap. Kau tolong tengok-tengokkan barang aku tau, Maya?" Baru sahaja Nia hendak bangun dari kerusi, dia merasakan ada seseorang memegang bahunya. Menghalang dia dari bangun.
"Tak apa, sayang. Abang ambikkan makanan untuk sayang," ujar Zafran sambil mengukir senyuman ke arah isterinya. Nia terkedu. Sejak bila suaminya tiba di dewan makan itu? Dia memandang ke arah kedua-dua sahabat baiknya.
Maya dan Farhan sudah tersengih-sengih ke arah Nia. Beberapa ketika kemudian, Zafran tiba di meja mereka sebelum meletakkan sepinggan nasi berisi lauk kegemaran Nia di atas meja. Zafran mengambil tempat di sebelah isterinya.
"Makanlah, sayang. Nanti sayang ada kelas lagi kan? Tak elok biar perut tu kosong. Lagipun, Airin mesti lapar kan? Penat eh, hari ni teman mama belajar?" ujar Zafran.
"Sweetnya laki kau, Nia. Awak, awak kena sweet dengan saya macam sir Zafran layan Nia tau lepas kita kahwin nanti. Barulah makin dalam sayang saya pada awak nanti," usik Maya sebelum mengenyitkan mata ke arah Nia yang sudah menjeling tajam ke arahnya.
'E'eh, Maya ni kan! Sengaja nak membahan aku ke apa?' gumam hati Nia.
ZAFRAN fokus mengajar di hadapan dewan kuliah. Nia cuba memfokuskan diri, namun jantung yang berdegup laju membuatkan fokusnya sedikit hilang. Anak yang berada di dalam kandungannya, sedari tadi tidak henti-henti bergerak. Seronok sangat nampaknya.
"Nia, kau okey tak?" tanya Maya apabila dia perasan Nia seperti tidak selesa itu.
"Airin ni tak henti-henti bergeraklah dari tadi. Seronok sangat dia dengar papa dia mengajar kat depan tu," balas Nia. Maya tersengih sebelum memegang perut sahabatnya.
"Baby Airin excited betul ya masuk kelas papa? Nanti, auntie Maya suggest kat uncle Farhan supaya kita selalu buat kelas extra dengan papa awak okey?" usik Maya.
"Kau ni, kalau tak kenakan aku, tak sah kan?" marah Nia namun dia masih mengawal suaranya, tidak mahu mengganggu perjalanan kelas.
"Eleh, kau sebenarnya suka kan bila selalu dekat dengan encik shuben kau tu? Tak payah ego sangatlah Nia. Nanti kau menyesal," pesan Maya sebelum kembali fokus pada kuliah.
Nia terkedu seketika. Ego? Ya, dia ego. Tapi salahkah keputusan yang dia buat sebelum ini? Perutnya diusap lagi. Sanggupkah dia berpisah dengan anaknya, dengan suaminya, kerana ego? Berbaloi ke?
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romansa⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...