Bab 58

980 16 2
                                    

"Alamak, tinggilah pulak bekas gula ni! Ah, tak kuasa aku nak panggil dia tolong aku. Nanti tak pasal-pasal, dia hina aku lagi," omel Nia sendirian. Matanya tertancap pada kerusi meja makan. Dia mengambil kerusi tersebut sebelum memanjat ke atasnya. 

Namun, walaupun Nia sudah memanjat kerusi, tangannya masih tidak dapat mencapai bekas gula dari atas kabinet.

Nia menggigit bibir bawahnya sambil menjengket kedua-dua kakinya. Jauh lagi ke ni? Soal Nia sendirian. Nia cuba memanjat kabinet dapur namun tanpa disedari kakinya terpijak meja kabinet yang basah, menyebabkan dia hilang keseimbangan.

Tubuh Nia hampir menyembah lantai apabila Zafran menangkap tubuh kecilnya dari terjatuh. "Ya Allah, sayang! Kenapa sayang panjat kerusi ni? Bahayalah," tegur Zafran. Nia terus menolak tubuh Zafran yang begitu rapat dengannya.

"Saya nak ambik bekas gula kat atas tu. Tapi tak sampai, sebab tu saya panjat kerusi," balas Nia. Sekali lagi dia memanjat kerusi untuk mengambil semula bekas gula itu. Zafran terus menarik Nia turun dari kerusi.

"Dah, tak payah panjat. Biar abang ambikkan," ujar Zafran seraya mengambil bekas gula dari kabinet dapur. Saat Nia mengambil bekas itu dari tangannya, Zafran mengangkat tangan kanannya sebelum mengusap ubun-ubun Nia.

Nia sedikit tersentak dengan tingkah Zafran itu. Sangkanya Zafran mahu menjentik dahinya seperti sebelum ini, namun sangkaannya meleset. Zafran tahu, mengapa isterinya seperti takut-takut kala itu.

"Lain kali kalau Nia nak mintak tolong dengan abang, cakap aje. Abang takkan marah sayang lagi, okey? Nasib baik Nia tak apa-apa, kalau tak abang tak tahu macam mana abang nak maafkan diri abang sebab gagal jaga Nia sekali lagi, sayang," ujar Zafran.

Nia hanya membiarkan Zafran mengusap kepalanya. Tetapi hanya seketika. Nia menepis tangan Zafran sebelum kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Zafran agak kecewa apabila menyedari Nia masih belum mampu memaafkan perbuatannya.

Tetapi dia cuba untuk bersabar. Dia memerhatikan gelagat Nia yang sedang menyiapkan makan malam mereka. "Sayang masak apa?" tanya Zafran, cuba memecah kesunyiaan antara mereka.

"Tak payah sibuklah. Saya masak apapun, kalau awak nak makan, awak makan. Kalau awak tak nak makan, awak boleh makan kat luar. Selama ni pun awak buat macam tu kan?" sindir Nia.

"Ya, abang mengaku. Abang tak jaga langsung hati dan perasaan Nia, sayang. Tapi percayalah abang rindu sangat dengan masakan Nia. Masakan Nia yang penuh dengan kasih sayang untuk abang," bisik Zafran sambil memeluk pinggang Nia dari belakang.

"Lepas boleh tak? Saya nak memasak pun tak senanglah macam ni," marah Nia.

"Kejap aje, sayang. Kejap aje...." bisik Zafran lagi. Nia tidak mampu berbuat apa-apa. Melihat isterinya tidak lagi meronta-ronta seperti tadi, Zafran mencium haruman bau rambut Nia, lama. Kemudian bibirnya beralih ke arah leher Nia. Melampau dah ni.

Nia terus menolak tubuh Zafran supaya menjauhinya. "Melampau pulak awak eh? Saya diam, awak ambik kesempatan pulak kat saya," marah Nia sebelum menutup api dapur. Dia hendak berlalu dari situ namun Zafran kembali memeluk pinggang Nia.

Tangan Zafran mengunci kedua-dua tangan Nia menyebabkan isterinya tidak berdaya hendak menolaknya. "Kejap aje, sayang. Please? Abang rindu kat isteri abang ni," luah Zafran, ikhlas. Benar, dia rindukan Nia Adellia.

Nia Adellia yang manja, yang manis senyumannya, yang mencintainya tanpa mempedulikan apapun yang Zafran lakukan padanya sebelum ini. Nia membuat muka meluatnya. Nia bagaikan patung kala itu.

Zafran mengucup pipi Nia dari arah belakang sebelum beralih ke arah leher isterinya. Nia tidak mampu menolak. Pegangan Zafran terlalu kejap walaupun dia cuba meronta-ronta. Kucupan Zafran beralih pula pada bahunya.

Tangan kiri Zafran masih mengunci tangan Nia sementara tangan kanannya sudah masuk ke dalam baju t-shirt yang dipakai Nia itu. Berderau darah Nia apabila dia merasa tangan Zafran mengusap perutnya.

"Abang nak.....ada anak dengan Nia, sayang," ucap Zafran sambil mengalihkan tangan kirinya untuk membuka pakaian yang dipakai Nia. Menyedari tangannya sudah bebas dari pegangan encik suami, Nia menolak tubuh Zafran sekuat hatinya. 

Dia mengelap pipi dan lehernya yang menjadi mangsa kucupan Zafran tadi. Kepalanya digeleng sambil menahan air mata dari tumpah.

"Aku tak nak ada anak dengan kau. Aku tak nak mengandungkan anak kau! Aku tak nak ada anak dengan kau!" jerit Nia sekuat hati sebelum berlari masuk ke dalam bilik tetamu. Pintu dikunci sebelum air matanya mengalir laju.

'Alasan zuriat tu, betul memang aku nak zuriat. Tapi bukan dari rahim perempuan tak tahu malu macam kau.' Kata-kata Zafran dahulu masih terngiang-ngiang di dalam kotak memorinya. Nia menggelengkan kepalanya sambil menangis sepuas-puasnya.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now