Bab 43

1.1K 19 2
                                    

Maya sudah pulang dijemput orang tuanya. Nia mengerling jam di tangan. Jarum sudah menginjak jam lapan setengah pagi namun kelibat kereta Zafran masih belum kelihatan. Dia ni nak main-mainkan aku ke? Suruh aku tunggu pukul lapan, tapi dia tak muncul-muncul pun, desis hati Nia. 

Kalaulah dia tahu Zafran hanya main-main sahaja, pasti dia sudah tumpang kereta orang tua Maya.

Keluhan dilepaskan. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg sandangnya. Nak whatsapp ke tak? Dalam Nia berkira-kira hendak menghantar pesanan pada Zafran, dia dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang datang dari arah kanannya.

Nia pantas mengambil beg pakaiannya menuju ke arah kereta suaminya. Zafran membuka bonet belakang kereta dan Nia terus meletakkan barang-barangnya. Sewaktu Nia hendak membuka pintu di sebelah tempat duduk sebelah pemandu, tingkahnya terhenti seketika.

Zafran yang perasan akan tingkah isterinya, menurunkan cermin kereta. "Kau tunggu apa lagi? Masuklah! Kau ingat aku ni driver kau ke sampai nak kena bukakan pintu untuk kau?" herdik Zafran.

Nia terus membuka pintu sebelum masuk ke dalam perut kereta. Sebaik sahaja pintu ditutup, Zafran terus memecut keretanya meninggalkan kawasan kolej.

"Abang, kenapa hari ni abang jemput Nia?" tanya Nia. Zafran menjeling tajam ke arahnya.

"Err. Nia faham kalau abang busy, sebab tu Nia ingat nak balik dengan Maya aje hari ni," sambung Nia. Takut pula dia dengan jelingan suaminya itu.

"Kau jangan banyak cakap boleh tak? Aku dah jemput kau, kira nasib baik tau? Kau duduk aje diam-diam. Tak payah nak membebel, tak payah nak bersuara," marah Zafran. Nia terus mengunci mulut.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam membisu. Dah macam masuk dalam gua pula. Nia mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Waktu itu, Zafran mengerling seketika ke arah Nia. Tidak sabar dia hendak kenakan Nia di rumah mama nanti.

GAMBAR-GAMBAR Nia dan Farhan, Zafran campak ke atas meja. Bukan hanya Nia yang terkejut, malah Datin Zahra dan Pak Ngah Adli turut sama tergamam. Nia nampak mesra dengan seorang lelaki di dalam gambar. Nia memandang ke arah Zafran.

"Apa semua ni, abang?" tanya Nia. Zafran tidak mengendahkan Nia.

"Mama dengan ayah nampak sendiri kan, perangai Nia yang sebenarnya? Kalau mama dengan ayah nak tahu, Nia ni perempuan tak ada maruah. Dah tahu ada suami tapi masih ada hubungan dengan lelaki lain," tuduh Zafran.

"Abang! Tergamak abang fitnah Nia macam ni sekali?!" Nia meninggikan suara pada suaminya. Hilang sudah sabarnya dengan tuduhan Zafran kali ini. Pak Ngah Adli pantas menampar pipi anak tunggalnya sehingga Nia hampir tersungkur di atas lantai. Nia memandang Pak Ngah Adli dengan riak wajah tidak percaya.

"Ayah~" lirih suara Nia memanggil ayahnya. Wajah Pak Ngah Adli tegang. Tangan kanannya memegang bahagian dada.

"Kau dah curang dengan suami kau sendiri, lepas tu kau boleh nak tinggikan suara pada dia pulak?!" marah Pak Ngah Adli. Nia menggelengkan kepalanya sambil menahan air mata dari tumpah.

"Tak, ayah. Nia tak salah. Tuduhan ni tak betul, ayah." Nia membela diri. Zafran hanya mengorak senyuman sinis. Matanya dikerling pula ke arah Datin Zahra. Dia yakin, mamanya juga marah dengan apa yang dilihatnya.

"Tak betul? Tak betul kau cakap?!" Pak Ngah Adli mengambil kepingan gambar-gambar dari atas meja sebelum melemparkannya ke muka Nia. Pedih wajahnya, namun hatinya lebih pedih. Lagi sakit.

"Gambar-gambar ni apa, Nia Adellia?! Ni bukan bukti ke?" jerkah Pak Ngah Adli. Nia menggeleng lagi.

"Ayah, percayalah cakap Nia. Nia tak buat semua ni. Mama, mama tolonglah percayakan Nia," rayu Nia bersama air mata merembes di pipi. Nia tewas dengan emosi. Datin Zahra bangun dari sofa sambil memandang Zafran.

"Zaf, kalau Zaf nak ceraikan perempuan ni, mama takkan halang dah. Mama tak nak menantu yang memalukan keluarga," putus Datin Zahra sebelum berlalu dari situ. Tergamak Nia menghancurkan harapannya.

"Mama~ Ayah, ayah tolonglah percaya cakap Nia. Nia tak buat semua tu." Lirih suaranya. Pak Ngah Adli berasa sesak nafas. Tiba-tiba sahaja dia rebah. Nia pantas mendapatkan ayahnya sementara Zafran hanya terpaku melihatnya.

"Ayah... Ayah, jangan macam ni, ayah. Nia mintak maaf.. Nia mintak maaf..." Hanya itu yang mampu Nia ucapkan. Pak Ngah Adli menolak tangan Nia yang berada di tubuhnya.

"Zaf, ayah terima kalau kamu ceraikan Nia. Sebab dia bukan isteri yang baik untuk kamu. Dan kau. Kau bukan anak aku lagi, Nia Adellia." Nia menggelengkan kepalanya. Nafas ayahnya semakin perlahan. Mata terpejam rapat.

Nia meraung memanggil ayahnya. Zafran hanya memerhati. Tiba-tiba dia berasa bersalah. Dia tidak berniat hendak membuat ayah mertuanya meninggal. Sumpah, dia tidak berniat.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now