Bab 60

1.1K 17 4
                                    

Kelas berjalan seperti biasa. Tetapi pagi itu, wajah Nia tidak ceria seperti selalu. Kelas bersama encik suami terasa lama sangat pada hari itu. Zafran meneruskan sesi pembelajaran sambil sesekali matanya tidak berhenti mencuri pandang ke arah isterinya. 

Rimas pula Nia dengan pandangan suaminya itu. 'Lambatnya nak tunggu next class. Ya Allah, cepatlah masa berjalan,' doa Nia di dalam hati.

Nia terasa darah berderau ke seluruh wajahnya apabila dia terasa Zafran sudah berdiri di sisi mejanya. Lama pula dia berdiri di situ. Nia bimbang jika rakan sekelasnya yang lain perasan akan tingkah Zafran itu. Nanti tak pasal-pasal kantoi pula status mereka berdua.

Menyedari suaminya masih berdiri di sisi mejanya, Nia menguis hujung kaki Zafran dengan kakinya sambil memberi isyarat supaya beredar dari situ. Namun Zafran hanya buat tidak faham. Dia tetap meneruskan kuliah tanpa beredar dari tempat Nia.

Maya yang perasan akan raut wajah Nia yang jelas nampak tidak selesa itu, mengangkat tangan kanannya. "Sir, I would like to ask you some question. How are we going to figure out the difference between those two factors? I thought that every details given are the same with each other?" tanya Maya.

Zafran mengangguk sebelum menghampiri papan putih. Dia menerangkan jawapan kepada persoalan Maya itu. Nia menghela nafas lega. "Thanks, Maya. Kau tau tak, aku rimas betul bila dia berdiri kat sebelah aku tadi," bisik Nia.

"Ya, aku nampak. Angau betul eh, suami kau dengan kau ni?" komen Maya.

"So, I hope you understand with my explanation, Maya. Yes, those details might seems similar with each other. But if you manage to distiguish the difference between them, I'm sure you can differentiate them," jawab Zafran.

"Thank you, sir Zafran." Maya mengukir senyuman. Zafran mengerling jam di tangan. Masih berbaki 15 minit sebelum kelas tamat. Haih, tak puas rasanya dia melepas rindu pada Nia.

"Okay, is there any other questions you guys might want to asked before we end our class for today?" tanya Zafran. Dia sempat mengerling ke arah Nia yang sudah mengemas barang-barangnya. Ewah, tak sabar betul Nia hendak keluar dari bilik kuliah itu ya?

Melihatkan tiada pelajar lain yang bertanya, Zafran mengangguk. "Alright, if there is no more question, you guys may dismiss. Nia Adellia, I want to see you after this class. I hope you can stay for a while," arah Zafran sambil tersenyum manis pada cik isteri.

Nia mencebikkan bibirnya. Baru sahaja dia hendak menarik nafas lega, Zafran boleh pula menyuruh dia untuk menunggu di situ seketika. Maya terpaksa bergerak tanpa Nia. "Nia, aku gerak dululah. Kau layanlah kejap laki kau tu, aku rasa dia rindu kat kaulah. Yelah, dah dua hari tak jumpa kau kan," usik Maya dengan suara yang dibisikkan.

"Maya, kau tunggu dengan aku kat sini. Maya!" Nia memanggil Maya namun gadis itu sudah meloloskan diri di sebalik pintu bilik kuliah. Keadaan bilik kuliah itu sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi alat penghawa dingin sahaja. Zafran masih lagi merenung Nia sedari tadi.

Nia yang mula berasa tidak selesa itu terus bangun sambil menggalas begnya. Zafran pantas bangun dari kerusi sebelum menghampiri tubuh isterinya. Tangan kanannya melingkari pinggang Nia.

"Awak buat apa ni? Lepaslah, nanti orang nampak," tegur Nia.

"Abang rindu kat Nia. Dua hari tak jumpa isteri abang ni, abang tak dapat tanggung dah rasa rindu ni tau," ujar Zafran sambil mengukir senyuman manis. Nia membuat muka bosan.

"Dua hari aje kan? Bukannya dua tahun," perli Nia.

"Sayang, dua hari tak jumpa sayang, abang rasa macam 20 tahun tau? Sayang bayangkan kalau 10 hari abang tak jumpa buah hati abang ni. Uish, abang rasa macam seribu tahun tak jumpa Nia tau?" usik Zafran. Kali ini, tangan kirinya pula mendarat di pinggang Nia.

Nia kini benar-benar di dalam pelukan Zafran. Dia menolak dada bidang suaminya. "Awak, nanti orang lain nampaklah!" marah Nia.

"Biarlah orang lain nampak. Lagi bagus kalau Farhan tu yang nampak. Biar dia tahu yang sayang ni isteri abang. Barulah dia tak mengorat sayang lagi," balas Zafran.

"Awak jangan nak mengada-ngada eh? Dulu awak ada peluang untuk bagitahu semua orang yang saya ni isteri awak. Tapi apa awak buat? Awak sendiri yang tak nak orang lain tahu pasal kita kan? Sekarang ni baru awak terfikir nak hebohkan pasal kita?

Dah terlambat, Encik Zafran. Semua tu tak ada makna lagi dah. Kita akan bercerai jugak nanti," ujar Nia. Zafran terasa ngilu di hati setiap kali Nia membangkitkan isu cerai.

"Sayang, nanti kita lunch sama-sama kat kafe okey? Sayang ada gap pukul 11 sampai 12 nanti kan? Sejam aje, jadi abang ingat kita makan dekat dalam kawasan kampus aje," ajak Zafran.

"Tak nak!" tolak Nia seraya meleraikan pelukan suaminya. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhatikan tingkah mereka berdua. Apa sebenarnya hubungan Nia dengan Zafran?

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now