Bab 3

851 17 4
                                    

Majlis doa selamat berjalan dengan lancar. Tetamu-tetamu yang hadir tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada Zafran. Zafran begitu leka melayani tetamu sehingga dia tidak sedar ada seseorang sedang melangkah menghampirinya. Bahu Zafran ditepuk perlahan, membuatkan anak muda itu berpaling.

"Assalamualaikum," tegur seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an. Zafran mengukir senyuman seraya menyalami tangan lelaki tersebut.

"Waalaikumussalam, Pak Ngah. Pak Ngah sihat?" tanya Zafran. Pak Ngah Adli menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah, sihat. Tapi kadang-kadang sakit semput Pak Ngah ni datang jugak," beritahu Pak Ngah Adli. Zafran mengangguk tanda mengerti.

"Nia tak ikut sekali ke, Pak Ngah?" soal Zafran walhal dia sudah tahu Nia tiada pada malam itu.

"Dia ada kat asrama. Minggu ni sampailah dia habis periksa, dia tak balik ke rumah. Maklumlah, kena focus study untuk SPM," balas Pak Ngah Adli. Zafran mengangguk tanda mengerti.

"Zaf, Pak Ngah nak tanya sesuatu dengan kamu, kamu jangan ambik hati pulak ya?" Pak Ngah Adli memulakan bicara.

"Tanya apa, Pak Ngah? Takkan Zaf nak marah pulak." Zafran tergelak kecil.

"Zaf sayangkan Nia tak?" Tersentak Zafran mendengar soalan daripada bapa saudaranya itu.

"Eh, mestilah Zaf sayang dia. Dia kan adik Zaf, abang mana yang tak sayangkan adik dia kan?" balas Zafran, jujur.

Dia tidak mahu bapa saudaranya salah anggap akan perasaannya pada Nia. Biarlah dia berterus terang tentang hati dan perasaannya. Lagipun dia yakin, pasti Nia ada beritahu Pak Ngah Adli tentang perasaannya itu. Kalau tak, takkan Pak Ngah Adli bertanya soalan itu padanya.

"Sebagai adik aje ye? Tak lebih daripada tu?" Zafran sudah mula tidak selesa apabila diajukan soalan itu. Namun dia cuba mengawal riak wajah.

"Betul, Pak Ngah. Tak lebih daripada seorang abang menyayangi adiknya."

"Tak apalah. Pak Ngah cuma tanya aje tau. Tak bermaksud apa-apa," ujar Pak Ngah Adli seraya menepuk lembut bahu anak saudaranya. Zafran mengukir senyuman nipis.

"Zaf tahu, Pak Ngah tak maksudkan apa-apa. Cuma tulah, Zaf rasa serba-salah sebab tolak cinta Nia dulu. Zaf takut kalau Pak Ngah akan terasa hati dengan Zaf."

"Celah mana pulak Pak Ngah nak terasa hati dengan kamu? Kamu pun ada hati dan perasaan, yang mana kita tak boleh paksa untuk cintakan seseorang.

Pasal Nia tu, kamu tak payah risaulah. Selagi Pak Ngah tak izinkan dia kahwin dengan kamu, dia takkan boleh kahwin dengan kamu," seloroh Pak Ngah Adli.

"Ada-ada ajelah Pak Ngah ni. Walaupun Nia tu keras kepala, tapi Zaf tahu, dia takkan senekad tu. Lagipun dah lapan tahun berlalu. Dia pun mesti dah move on." Zafran membalas. Sempat lagi dia komen tentang perangai Nia yang degil itu.

Perbualan mereka terhenti apabila kelibat Datin Zahra datang mendekati. Di tangannya memegang kemas telefon bimbit. "Ngah, ni Nia nak cakap dengan kamu. Dia kata dia video call kamu tapi tak dapat," ujar Datin Zahra.

"Yeke? Handphone tertinggal kat rumahlah, long." Serentak itu telefon bimbit jenama iPhone 15 Pro itu bertukar tangan.

"Assalamualaikum, ayah!" Kedengaran suara ceria Nia di gegendang telinga Zafran. Zafran hanya memerhatikan bapa saudaranya yang rancak berbual dengan Nia.

Entah mengapa dia terasa hendak melihat wajah adik kesayangannya yang sudah lapan tahun tidak berjumpa itu. Rindu agaknya.

Dia mengatur langkah ke arah belakang Pak Ngah Adli dan tatkala dia perasan Nia sedang memandang ke arahnya, senyuman manis terukir di bibir merahnya.

"Abang Zaf ke tu?!" jerit Nia, teruja. Zafran melebarkan lagi senyumannya. Zafran perasan wajah Nia memerah tatkala dia melemparkan senyuman ke arah gadis itu.

'Nia dah tak ada perasaan apa-apa kat abang lagi kan?' Bimbang betul dia jika dia menyakiti hati gadis seperti Nia Adellia. Gadis yang disayangi seperti adik kandung sendiri.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now