Nia membaringkan tubuhnya di atas sofa selepas pulang ke rumah. Seharian ini, dia berkejar ke sana-sini untuk menyiapkan assignment. Malam pula, dia sibuk dengan ujian untuk beberapa subjek.
Zafran yang sedang mendukung Airin, menghampiri isterinya. "Kesian isteri abang ni penat. Sayang nak abang urutkan tak?" tanya Zafran. Nia menggeleng perlahan.
"Tak payahlah, abang. Abang pun penat kan? Sepatutnya abang boleh aje terus balik lepas pukul lima. Tapi abang terpaksa tunggu Nia sampai malam. Sorry tau, abang," ucap Nia sambil menggenggam tangan Zafran.
"Abang tak kisah pasal diri abang. Abang kisahkan Nia. Abang risau sayang sakit," tegur Zafran. Sesekali dia memujuk Airin yang sudah merengek itu. Pasti anaknya lapar. Nia bangun sebelum mengambil Airin dari pegangan suaminya.
"Nia okey aje, abang. Cuma penat sikit. Tak tahu pulak, lecturer nak buat quiz malam ni. Nia ingatkan malam esok. Tapi Nia salah tengok tarikh. Nasib baik Maya dengan Farhan ingatkan Nia," balas Nia sambil menyusukan Airin. Zafran mengusap rambut Airin.
"Sayang penat sangat ni. Kejap, pasal assignment yang sayang terkejar-kejar nak buat tu, bukan assignment subjek abang ke?" soal Zafran.
"Haah. Abang kan nak student hantar dua minggu lagi? Jadi Nia siapkanlah awal-awal," balas Nia.
"Sayang, lama lagi due date untuk submit. Abang baru bagi assignment tu semalam. Kenapa sayang terkejar-kejar nak buat?" tanya Zafran.
"Tak naklah buat last minute. Nanti jadi macam kes assignment yang satu lagi tu. Sebabkan Nia buat last minute, nyaris-nyaris nak kena potong markah. Nasib baik Nia sempat hantar sebelum masa terakhir."
Nia menepuk-nepuk belakang badan Airin yang baru selesai menyusu itu. "Tak apa, abang tolong Nia." Zafran mengambil Airin dari pegangan Nia sebelum menepuk perlahan belakang badan si kecil itu.
Nia membetulkan kedudukan bajunya sambil memerhatikan Zafran. "Abang, terima kasih, sebab abang selalu tolong Nia. Nia tahu, abang yang habiskan assignment Nia yang tu. Kalau harapkan Nia, memang lambat Nia nak siapkan." Zafran menoleh ke arah isterinya.
"Macam mana sayang tahu abang yang siapkan?"
"Habis tu, abang ingat siapa yang buatkan? Airin?" Nia mengangkat keningnya. Zafran tersengih ke arah isterinya.
"Abang kesian tengok sayang. Siang penat dengan kelas, kadang-kadang ada kelas sampai malam. Lepas balik rumah, kena masak, jaga Airin, siapkan assignment. Setakat tolong sayang buatkan assignment tak ada apalah," balas Zafran.
"Tapi macam tak fairlah untuk student lain. Assignment Nia lecturer yang buatkan."
"Aip, silap tu. Husband Nia yang buatkan," ujar Zafran.
"Husband Nia tu lecturerlah."
"Kalau lecturer Nia tu tanya, sayang jawab ajelah husband sayang yang buatkan."
"Tak naklah. Elok-elok boleh dapat full mark, nanti tak dapat apa langsung," ujar Nia.
"Tau pun. Sayang tak payahlah risau pasal tu. Abang tak ada pun plagiate dari mana-mana. Semua idea abang sendiri," balas Zafran.
"Betul ni?"
"Betul."
"Kalau Nia kantoi, siap abang eh?"
"Takkan kantoi. Ni Izz Zafranlah. Kan Airin sayang?" Zafran mencuit-cuit pipi gebu Airin. Mengekek tawa Airin.
"Tapi Nia tak naklah abang tolong Nia macam tu lagi. Kalau abang betul nak tolong, apa kata kalau abang, tolong masak? Tiba-tiba rindu masakan abang," ujar Nia. Zafran memandang isterinya sebelum beralih ke arah perut Nia.
"Sayang? Sayang dah...." Nia turut melabuhkan pandangan pada perutnya.
"Eh, abang jangan nak fikir lain pulak eh? Nak refill makanan aje ni. Tak ada maksud lain pun," balas Nia. Merona merah wajahnya apabila menyedari pandangan suaminya yang lain macam tadi.
"Alah, papa ingatkan ada isi adik Airin," usik Zafran sambil mengenyitkan mata ke arah isterinya. Nia pantas mencubit lengan Zafran sebelum berlalu ke bilik untuk mandi. Zafran menyeringai menahan sakit sebelum perlahan-lahan mengukir senyuman.
"Airin nak adik ke?" soal Zafran pada anaknya. Airin tersenyum ke arahnya bagaikan setuju dengan soalan papanya.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romantik⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...