Bab 61

989 17 2
                                    

Waktu rehat yang terhad selama sejam sebelum kelas seterusnya bermula, dimanfaatkan sebaiknya oleh tiga sahabat itu. Nia, Maya dan Farhan menikmati makanan tengah hari di foodcourt

Sedang mereka leka menikmati makanan masing-masing, mereka disapa oleh Zafran yang kebetulan berada di situ. Iya ke kebetulan? Mestilah tidak. Zafran memang mengekori Nia sedari dia habis kelas pukul 11 tadi.

"Assalamualaikum. Boleh saya join?" tanya Zafran. Nia dan Maya berpandangan sesama sendiri sementara Farhan kelihatan agak kekok dengan kehadiran Zafran. Mestilah dia kekok. Tiba-tiba sahaja ada pensyarah mereka hendak duduk bersama mereka.

"Waalaikumussalam. Boleh, sir. Duduk-" Farhan menghentikan ayatnya apabila melihat Zafran sudah melabuhkan duduk di sebelah Nia. Zafran memandang ke arah Nia sambil menyimpul senyuman nakal. Farhan tengok Maya, Maya tengok Farhan.

Mestilah Farhan pelik. Dia tidak tahu akan status hubungan Nia dengan Zafran. Zafran berdehem sambil meletakkan lengan kirinya di atas kerusi Nia. "Makan roti coklat aje? Kenyang ke?" tegur Zafran. Nia menjeling tajam ke arah Zafran.

"Ni je yang saya mampu beli sekarang ni, sir Zafran. Saya bukannya anak orang kaya, setiap bulan ada orang masukkan duit dalam akaun saya." Dalam diam, sempat Nia menyindir suaminya di sebelah.

"Eh, Nia. Kenapa awak tak cakap tadi yang awak tak cukup duit nak beli makanan? Saya ingatkan awak memang nak diet sebab awak kata macam tu tadi. Kalau awak memang tak cukup duit, saya boleh aje belanja awak," ujar Farhan. Zafran sudah membuat muka tak puas hati.

Maya yang sedari tadi menjadi pemerhati, hanya mampu menahan tawa. Makin best drama ni. Dua orang jejaka dah berebutkan gadis idaman, tawa Maya dalam hati.

"Tak apa, Farhan. Awak simpan aje duit awak, saya tak nak susahkan awak," balas Nia seraya tersenyum. Lagilah encik suami di sebelah panas hati. Lengan kiri yang sedari tadi diletakkan di atas kerusi Nia, beralih ke bawah meja.

Dari bawah meja, Zafran menggenggam erat tangan Nia bagaikan tidak mahu dilepaskan. Nia menjeling ke arah Zafran. "Baik betul ya hati kamu, Farhan. Sudi belanja kawan-kawan awak. Awak memang kawan yang baik." Dalam memuji, Zafran sempat memerli Farhan.

'Macam dah tak ada orang lain nak belanja makan. Bini aku jugak dia nak belanja!' gumam hati Zafran, geram. Nia masih mencuba meleraikan pegangan suaminya.

"Awak boleh lepaskan tangan saya tak?" marah Nia melalui celah-celah giginya.

"Tak nak, abang suka pegang tangan Nia macam ni," balas Zafran, juga melalui celah-celah giginya. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja dia menjerit yang Nia Adellia adalah haknya. Namun, dia sedar, Nia masih marahkannya.

Farhan perasan akan tingkah laku pelik Nia bersama pensyarah mereka itu. Dia mengerling ke bawah meja sedikit. Walaupun dia hanya melihat sepintas lalu, dia yakin dia nampak tangan Nia berada di dalam genggaman tangan Zafran.

FARHAN berdiri di hadapan Nia, menghalang gadis itu daripada keluar dari kelas. "Farhan, kenapa ni? Awak okey ke?" Nia bertanya sebelum memandang sekeliling. Suasana di blok kuliah itu semakin sepi. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang berada di situ. Jam hampir menunjukkan jam 6 petang.

"Nia, saya nak tanya something pada awak. Saya harap awak jujur dengan saya," ujar Farhan. Nia mengerutkan dahi.

"Jujur? Awak nak tanya apa? Macam serious aje bunyinya?"

"Apa hubungan awak dengan sir Zafran?" tanya Farhan. Nia membeliakkan matanya.

"Hubungan? Saya-saya tak fahamlah, Farhan."

"Nia, please. Pagi tadi lepas kelas sir Zafran, saya nampak dia peluk awak. Lepas tu masa kita lunch pun, saya nampak dia pegang tangan awak dari bawah meja. Awak ada hubungan apa-apa ke dengan dia?" tanya Farhan lagi.

Nia tahu, tiada guna dia menafikan lagi. Farhan sudah nampak semuanya. Lagipun, dia tidak mahu Farhan terus berharap padanya. "Dia, dia suami saya, Farhan." Jawapan Nia itu cukup membuatkan jantung Farhan berhenti berdegup. Jadi selama ini, dia mencintai isteri orang?

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now