Bab 90

1K 17 2
                                    

Zafran yang sedang memasak di dapur itu, dihampiri. Nia memicit-micit pinggangnya yang terasa sengal itu. Sesekali dia terasa anaknya menendang. Sejak usia kandungannya memasuki usia enam bulan ini, anaknya terlalu kerap menendang-nendang perutnya. 

Nia perasan, anaknya bertingkah begitu hanya sewaktu dia bersikap dingin dengan Zafran. Selepas Zafran memujuk, baru anaknya duduk diam. 

Kerana itu, Nia sudah membuat keputusan. Dia mahu lupakan semua kenangan pahit di antara dia dengan Zafran. Lagipun, dia masih sayang dan cintakan Zafran. Tak mungkin perasaan itu hilang sekelip mata.

"A-abang," panggil Nia. Zafran menoleh ke arah Nia tatkala dia mendengar panggilan yang disebut Nia itu. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu meniti di bibir Nia.

"Abang, Nia nak mintak maaf dengan abang. Sebab Nia dah sakitkan hati abang," ucap Nia seraya meraih kedua-dua tangan Zafran lalu mengucupnya. Zafran yang masih tergamam dengan sikap mendadak isterinya, hanya terkaku.

"Abang, Nia dah fikir masak-masak. Nia tak nak tinggalkan abang. Nia nak hidup dengan abang sebagai suami isteri yang sebenarnya. Nia nak besarkan anak kita sama-sama dengan abang."

"Ya Allah, Nia. Terima kasih, sayang sebab sudi bagi peluang pada abang. Abang janji, dengan nama Allah abang takkan sia-siakan sayang lagi," ujar Zafran sambil mengucup tangan Nia. 

Mereka terlalu leka melepas rindu sehingga tidak sedar, ikan di dalam kuali sudah hangit. Pantas Zafran menutup api dapur.

"Alamak! Hangitlah pulak," ujar Zafran sambil tersengih. Nia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Salahnya juga sebab masa suaminya tengah memasak jugalah dia hendak meluahkan perasaannya.

"Sayang kena makan ikan hangit sebelah ni tau," arah Zafran.

"Kenapa Nia nak kena makan pulak? Abang yang masak sampai hangit kan, abanglah kena makan," balas Nia.

"Sebab sayang kacau abang masak tadi."

"Tapi abang yang tak tutup api dapur. Bukan salah Nia," balas Nia sambil mengusap perutnya.

"Sayang sengaja aje kan, nak kenakan abang?" Zafran terus mencempung tubuh Nia sebelum membawa isterinya masuk ke dalam bilik. Bahagia sungguh mereka berdua waktu itu. 

Nia nekad, dia akan cuba melupakan segala perkara yang menyakitkan. Dia hanya mahu membina kenangan manis bersama suaminya.

Kata-kata Maya dan Farhan siang tadi juga membuatkan Nia berfikir semula akan keputusannya ini.

"Kau tak kesiankan anak kau ke, kalau kau berpisah dengan suami kau tu nanti? Kau nak anak kau membesar dalam keadaan keluarga yang tak sempurna?" tanya Maya.

"Aku tak nak, Maya. Tapi aku tak boleh terima dia lagi dalam hidup aku," balas Nia.

"Nia, betul cakap Maya tu. Awak cuba fikir balik. Setiap kali awak nak bercerai dengan dia, ada aje halangan. Itu maknanya Allah dah tetapkan jodoh awak dengan sir Zafran," pujuk Farhan.

"Lagi satu, anak kau ni. Aku tengok setiap kali dia tendang-tendang perut kau, mesti sebab kau buat papa dia sedih. Lepas papa dia pujuk dia, baru dia duduk diam kan? Sanggup ke, kau nak pisahkan dia dengan papa dia?" soal Maya.

Ya, Nia perasan juga akan hal itu.

"Tapi aku takut. Aku takut kalau aku dikecewakan lagi. Aku takut kalau dia cuma mainkan hati dan perasaan aku," luah Nia.

"Nia, kenapa awak nak takut dengan benda yang tak pasti? Awak nak biarkan ketakutan awak tu menghalang kebahagiaan awak ke?" tegur Farhan.

"Jangan disebabkan takut pada sesuatu yang tak pasti, kau akan kehilangan orang yang paling kau cinta, Nia. Dengar nasihat kitorang ni, kalau kau betul sayangkan abang Zaf kau dan anak korang ni. Campak ego kau jauh-jauh, Nia.

Ego tu cuma akan hancurkan hidup kau aje. Kau tengok sendiri kan, macam mana ego suami kau tu makan diri dia? Kau nak menyesal macam dia ke?" Nia menggelengkan kepalanya.

"Nia sayang abang," ucap Nia sambil membalas kucupan Zafran.

"Abang pun sayang isteri abang ni. I love you so much, Nia Adellia," balas Zafran.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now