Memang kerja gila. Tepat jam 12 tengah malam, Zafran tiba di rumah pusaka arwah ayah mertuanya. Enjin kereta dimatikan sebelum dia keluar dari perut kereta. Lampu rumah sudah dimatikan, pasti isterinya sudah tidur.
Tak apalah. Zafran naik ke beranda rumah sebelum melabuhkan duduk di situ. Tak dapat tengok wajah Nia, tengok luar rumah pun jadilah.
Angau betul Zafran dengan Nia ya? Sedangkan sebelum ini, nak pandang wajah comel Nia pun dia tak nak. Dalam fikirannya hanya ada Raihana sahaja. Mata yang masih segar-bugar itu cuba dipejam, namun tidak berjaya.
Mana tidaknya, tadi dia dah teguk air kopi kaw memang matanya yang mengantuk terus segar. Akhirnya Zafran mengambil keputusan untuk melayan TikTok sahaja.
Nia yang terjaga kerana berasa haus itu, terdengar seperti ada orang di luar rumahnya. Jantungnya berdegup kencang. Perompak ke? Takkan perompak main TikTok pulak? Nia menyarung tudung sebelum mengambil batang penyapu sebagai langkah berjaga-jaga.
Kalau perompak ni, mampus aku. Dahlah rumah blackout, memang senang kena aimlah kan? Menyesal pulak tak mintak Maya temankan aku tadi, bisik Nia. Penuh berhati-hati, Nia membuka pintu rumah sambil bersedia untuk memukul perompak.
Namun apabila matanya tertancap pada wajah tampan Zafran yang juga terkejut melihatnya, Nia menurunkan batang penyapu. "Eh, sayang! Sayang nak pukul abang ke?" tanya Zafran sambil tersengih.
"Ish! Awak buat apa kat sini? Saya ingatkan ada perompak ke apa tadi," marah Nia. Zafran tergelak mendengar ayat isterinya.
"Abang rindu kat Nialah. Kan abang dah whatsapp tadi? Sayang tak baca eh?" soal Zafran.
"Suka hati sayalah nak baca ke tak. Penting sangat ke whatsapp awak tu?"
"Pentinglah. Kalau sayang baca, mesti sayang tunggu abang kan? Tak adalah abang kena tidur kat luar malam ni," balas Zafran sebelum melangkah ke arah pintu. Nia pantas menghalang dengan batang penyapu.
"Awak nak pergi mana?"
"Nak tidur dengan sayang," balas Zafran, nakal.
"Tidur ajelah kat luar rumah. Apa masalahnya?"
"Masalahlah. Abang tak boleh tidur kalau tak peluk Nia abang ni."
"Sejak bila eh, kita tidur berpeluk-peluk ni? Sebelum ni saya tidur sekatil dengan awak pun, awak letak bantal peluk kat tengah-tengah katil. Tiba-tiba malam ni nak peluk saya pulak?" tempelak Nia. Zafran memandang Nia atas bawah tanpa berkelip.
Walaupun dalam keadaan gelap, namun biasan cahaya lampu jalan cukup terang untuk Zafran menatap tubuh Nia yang hanya berbaju baby-T dan seluar pendek.
Yang membuatkan Zafran geli hati, isterinya menyarung tudung. Tanpa dapat dikawal lagi, Zafran tertawa kecil sambil mata tidak lepas memandang tubuh isterinya.
"Dah kenapa awak tiba-tiba ketawa pulak ni?" tanya Nia.
"Abang tak tahu pulak, Nia dah terikut fesyen tutup atas tapi bawah terdedah ni," usik Zafran. Nia mengerutkan dahi. Dia memandang ke arah tubuhnya. Membulat matanya. Fesyen apa macam ni? Tudung dia pakai tapi pakaian bukan main seksi.
Pantas Nia membuka tudung. Dah tu, takkan nak bukak baju pulak? Biarlah. Lagipun ikutkan hukum, Zafran masih suaminya. Nia berdehem sambil berpura-pura membetulkan rambutnya yang diikat ponytail itu.
"Saya tak perasanlah. Tadi panik sangat sebab ingatkan ada perompak," balas Nia.
"Perompak hati Nia, kan?" Zafran mendekatkan jarak wajah mereka. Nia terus menarik wajahnya menjauhi Zafran.
"Kalau perompak tu, dah lama dah saya tanam dia. Dia dah mati dalam hati saya." Zafran terdiam mendengarnya. Nia betul-betul membencinya.
"Sayang, boleh kan abang tidur kat sini?" tanya Zafran. Rasa sebak yang hadir tadi, ditepis.
"Rumah mama awak tak jauh kan? Pergilah balik sana," halau Nia.
"Abang tak kira, abang nak tidur dengan isteri abang jugak," balas Zafran seraya masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditutup sebelum menyelak kunci. Nia tidak mampu berbuat apa-apa.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Любовные романы⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...