Raihana mengukir senyuman apabila kelibat Zafran menerjah deria penglihatannya. Rindunya dia pada lelaki itu hanya Allah sahaja yang tahu. Zafran duduk berhadapan dengan gadis itu. "Sorry Zaf terlambat sikit, Hana. Tadi tengah ada discussion dengan student," ujar Zafran sambil tersengih.
"Oh, Hana kacau Zaf ke? Maaflah sebab tiba-tiba Hana ajak Zaf jumpa ni," ucap Raihana.
"Eh, tak apa. Lagipun discussion tu memang dah selesai lama. Cuma budak-budak tu biasalah. Nak bersembang dengan Zaf," beritahu Zafran.
"Zaf sihat? Hana tengok Zaf macam makin kurus aje. Takkan pengantin baru tak happy kot?" risik Raihana. Tatkala itu, pelayan restoran menghantar makanan yang sudah siap dipesan Raihana sebentar tadi.
"Zaf sihat, alhamdulillah. Hana order untuk Zaf ke ni?" soal Zafran. Raihana mengangguk.
"Tak sangka, Hana masih ingat makanan favourite Zaf."
"Hana tak pernah lupa semua tentang Zaf. Zaf, Hana tahu Zaf dah jadi suami orang. Tapi Hana, tak boleh lupakan Zaf. Hana terseksa sangat bila teringat yang Zaf sebenarnya milik orang lain, bukan Hana," luah Raihana, jujur.
"Hana, maafkan Zaf, sayang. Zaf sendiri pun terseksa dengan perkahwinan Zaf ni. Zaf tak berdaya nak tolak bila mama ugut nak jadikan Zaf anak derhaka kalau Zaf tak kahwin dengan adik sepupu Zaf tu," balas Zafran.
"Jadi, Zaf memang tak cintakan dia?" soal Raihana.
"Tak. Dulu Zaf sayang dia macam adik Zaf sendiri. Tapi sejak dia jadi isteri Zaf, Zaf jadi benci dengan dia. Even nak tengok muka dia pun, Zaf tak nak. Sebab tulah Hana tengok Zaf makin kurus sekarang ni," balas Zafran.
"Kesian Zaf. Zaf makanlah. Hana memang order favourite Zaf dan Hana, supaya kita boleh imbau balik kenangan kita dulu. Hana rindu hubungan kita yang dulu."
"Hana, kalau Zaf nak kita sambung balik hubungan kita, Hana nak tak?" tanya Zafran.
"Betul ke ni? Tapi nanti apa kata isteri dan mama Zaf?" Dalam gembira, timbul juga rasa risau.
"Zaf serius. Pasal mama tu, tak payah risau. Mama cuma larang Zaf ceraikan isteri Zaf aje. Dia tak cakap yang Zaf tak boleh kahwin lain. Zaf dah lama tunggu nak disatukan dengan Hana. Itupun kalau Hana tak kisah jadi isteri nombor dua," ujar Zafran.
"Hana tak kisah. Walaupun Zaf suami orang, Hana tetap nak kahwin dengan Zaf, sebab hanya Zaf yang Hana cinta. Tak ada lelaki lain dalam hati Hana, Zaf," ucap Raihana.
"Tapi, kita kena tunggu sikit masa lagi sebelum kita boleh kahwin. Hana masih belajar lagi kan?" Raihana mengangguk.
"Ya, lambat pulak nak tunggu tiga bulan lagi. Tak sabar Hana nak kahwin dengan Zaf."
"Zaf lagilah tak sabar nak kahwin dengan Hana. Zaf akan pastikan janji Zaf pada Hana akan tertunai nanti. Zaf sayangkan Hana," ucap Zafran.
"Hana pun sayangkan Zaf. Sayang sangat-sangat," balas Raihana. Perbualan mereka terhenti apabila telefon bimbit Zafran berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia menutup telefonnya.
Dia tidak mahu momennya bersama Raihana terganggu dengan panggilan tidak penting daripada Nia itu. Buat hilang mood aje. Benci betul Zafran pada Nia ya?
"Isteri Zaf ke?" teka Raihana.
"Tak penting pun. Dahlah, jom kita makan," balas Zafran sebelum membaca doa makan.
Mereka menikmati makanan yang terhidang dengan perasaan yang bahagia. Sudah lama Zafran tidak merasa bahagia begini. Hadirnya Raihana kembali dalam hidupnya, bagaikan lenyap terus masalah yang dihadapi selama ini.
Hanya Raihana penawar hatinya. Hanya Raihana yang dia cintai sampai akhir hayatnya. Hanya Raihana, Raihana dan Raihana sahaja. Tidak sabar Zafran hendak menunggu Raihana tamat belajar. Kala itu, impiannya untuk membina mahligai bersama gadis yang dicintai akan tercapai.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...