Bab 44

1.1K 21 0
                                    

Nia memandang sayu ke arah kubur ayahnya. Sekelip mata, dia menjadi anak yatim piatu. Maya menggosok-gosok bahu sahabatnya, cuba menyalurkan kekuatan. "Nia, sabar banyak-banyak okey? Aku yakin kau kuat untuk hadap dugaan ni," pujuk Maya sambil menahan sebak. Berat betul dugaan Nia. Nia memandang ke arah sahabatnya.

"Maya, aku dah jadi anak yatim piatu. Arwah ayah aku meninggal, dalam keadaan dia tak mengaku aku ni anak dia. Aku tak.... Aku tak kuat, Maya...." Nia menangis di bahu Maya. Maya menggosok belakang tubuh Nia.

Zafran menghampiri isterinya. "Nia..." panggil Zafran, lembut. Nia melepaskan pelukan Maya tanpa memandang ke arah Zafran. Riak wajah Nia kosong sahaja waktu itu. Zafran melutut di sisi Nia.

"Abang mintak maaf. Abang tak sangka yang-" Belum sempat Zafran menghabiskan ayatnya, Nia terus bangun dari tikar. Maya turut sama bangun.

"Ayah, nanti Nia datang melawat kubur ayah lagi ya? Walaupun ayah dah tak anggap Nia sebagai anak ayah, Nia tetap sayangkan ayah. Assalamualaikum." Nia terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan suaminya yang masih dalam posisi melutut itu.

"Ayah, maafkan Zaf. Apa yang Nia cakap tu betul, ayah. Dia tak curang pun dengan Zaf. Zaf yang kenakan dia. Maafkan Zaf, ayah," ucap Zafran sambil memegang kubur ayah mertuanya. Kekesalannya sudah tiada apa-apa makna lagi.

"Abang Zaf," panggil Maya. Zafran menoleh ke arah Maya sambil menyeka air matanya.

"Maya tak sangka, abang Zaf sanggup fitnah Nia sampai macam tu sekali. Sampai ayah Nia meninggal dalam keadaan dia tak mengaku Nia tu anak dia. Tergamak betul abang Zaf kan? Nia dah redha kalau abang Zaf nak ceraikan dia, tapi kenapa dengan cara fitnah dia? Sekarang ni abang Zaf nak menyesal pun dah tak guna dah. Dah terlambat," maki Maya sebelum berlalu dari situ.

Zafran sedar. Segala-galanya sudah terlewat. Rasa bersalah pada Nia Adellia mula menerjah di ruang hati.

"KAU betul ke okey duduk sorang-sorang ni, Nia?" tanya Maya, risau. Nia menganggukkan kepalanya. "Betul. Kau baliklah, Maya. Kau dengan family kau dah banyak sangat tolong aku. Tak terbalas jasa korang satu family pada aku," ucap Nia. Maya mengusap kepala Nia yang dibaluti tudung putih.

"Kau saudara aku dunia akhirat, Nia. Takkan aku nak tengok kau tanggung semua ni sorang-sorang? Aku akan selalu ada untuk kau tau?" pujuk Maya. Nia berasa terharu mendengarnya.

"Thanks, Maya. Kalau aku perlukan apa-apa, aku contact kau," balas Nia. Mereka saling berbalas pelukan. "Kau kuat tau, Nia. Aku tahu kembar aku ni kuat," bisik Maya. Nia terus menghamburkan tangisan di bahu Maya.

Sebaik sahaja kelibat Maya semakin menjauh meninggalkan kawasan rumah pusaka arwah ayahnya, Nia mengambil kunci rumah dari beg sandangnya. Belumpun sempat dia membuka pintu, kereta Toyota Harrier milik Zafran tiba di perkarangan rumah.

Nia hanya menoleh seketika sebelum membuka pintu. "Nia," panggil Zafran sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta. Namun Nia hanya memekakkan telinganya. Zafran terus menaiki tangga rumah arwah ayah mertuanya sebelum menahan pintu.

"Nia, kejap. Boleh abang masuk?" pinta Zafran. Nia mencuba menutup pintu namun apa daya dia sebagai seorang perempuan? Zafran dengan mudah menolak semula pintu kayu itu sebelum masuk ke dalam rumah.

"Awak nak apa ni?" Berubah sudah cara panggilannya. Mereka berdua seakan bertukar karakter. Nia sekarang sudah menjadi seperti diri Zafran sebelum ini. Cuma Nia belum sampai tahap hendak ber'kau'-'aku' dengan suaminya. Zafran sudah menjangka perubahan isterinya.

"Nia, abang nak mintak maaf dengan sayang." Nia mengerutkan dahi sambil memandang suaminya.

"Abang? Sayang? Awak sedar tak awak tengah bercakap dengan siapa ni, Encik Zafran?" soal Nia. Zafran menunduk memandang lantai kayu.

"Abang sedar. Abang tengah cakap dengan Nia Adellia, isteri abang," balas Zafran.

"Sejak bila saya jadi isteri awak? Layak ke saya jadi isteri awak? Layak ke orang hati busuk macam saya ni dengan awak?" hambur Nia. Zafran cuba menahan sebak. Kata-katanya pada Nia sebelum ini terngiang-ngiang di telinga.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now