Bab 26

772 11 0
                                    

Walaupun Nia memang mengimpikan untuk duduk berdua-duaan dengan Zafran, namun kali ini, dia tak nak. Sumpah dia tak nak. Renungan Zafran itu menyeramkan. Tak sama macam sebelum ni. Nia yang berdiri di hadapan meja pensyarah hanya menundukkan wajahnya. Zafran masih merenungnya tanpa sebarang kata menyebabkan Nia rasa tidak keruan.

"Kau tahu apa kesalahan kau sampai aku terpaksa denda kau macam tadi?" tanya Zafran.

"Tak tahu. Nia buat salah apa? Pasal assignment ke?" soal Nia semula. Assignment? Dia tak fikir ke yang aku.....ah! Aku bukan cemburu pun! 

Aku cuma tak nak dia bawak perangai tak semenggah dia kat kampus ni. Menggedik dengan jantan macam perempuan murah. Ego membela perbuatannya.

"Apa hubungan kau dengan budak lelaki tu?" tanya Zafran. Nia memberanikan diri memandang suaminya. Dahinya berkerut.

"Lelaki mana, abang?" Zafran bangun dari kerusi sebelum menghampiri isterinya. Matanya tajam menatap wajah cik isteri sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Lelaki yang bye-bye kat kau tadi tulah."

"Farhan?"

"Entah, aku tak tahu nama dia macam kau. Cepat aje mesra dengan dia," sindir Zafran. Nia mula mengerti mengapa Zafran berkelakuan begitu. Sedikit sebanyak, hatinya merasa bahagia.

"Abang jealous ke?" teka Nia sambil tersengih suka.

"Pleaselah. Tak ada maknanya aku nak jealous." Zafran membalas, angkuh.

"Eleh, kalau abang jealous, cakap ajelah. Abang dah mula cintakan Nia kan?"

"Kau tak payah nak perasan, boleh? Aku cuma tak nak kau bawak perangai tak semenggah kau kat sini. Jangan buat malulah," tegas Zafran.

"Nia bukan ada apa-apa hubungan pun dengan Farhan tu. Kitorang kawan aje. Abang ingat Nia ni jahil sangat ke, tak tahu hukum?" Geram pula dia dengan perangai ego Zafran itu. Cuba cakap, kalau tak cemburu, kenapa perlu marah-marah?

"Manalah tahu kan? Nanti tengah seronok bercinta, sampai terlanjur pulak. Aku tak nak jadi pak sanggup tau?" Tergamam Nia mendengar tuduhan tak berasas suaminya itu. Dia beristighfar dalam hati.

"Abang, demi Allah, Nia tak ada apa-apa hubungan pun dengan Farhan. Kalau Nia perlu jumpa dia sekalipun, Maya ada sekali. Kalau abang tak percaya, abang boleh tanya Maya."

"Tak payah. Kau mungkin dah berpakat dengan BFF kau tu untuk sorok rahsia kau, jadi aku takkan percaya cakap korang berdua," balas Zafran. Nia menarik nafas, cuba mengawal emosinya. Seketika, dia melemparkan senyuman ke arah Zafran.

"Abang, esok kan weekend? Kita balik rumah okey? Nia rindu kat abang. Tiga hari tak ada kelas dengan abang, makin menebal rasa rindu ni. Jom?" Nia menarik tangan Zafran untuk keluar dari dewan kuliah.

"Tak cukup kau nak menggatal dengan lelaki tu, kau nak menggatal dengan aku pulak?"

"Mana ada Nia menggatal dengan Farhan tu? Nia menggatal dengan abang aje. Lelaki yang halal untuk Nia. Kenapa Nia nak cari yang haram pulak?" Dalam diam, hati Zafran tersentuh dengan kata-kata Nia itu.

"Abang, nanti macam biasa tau. Abang jemput Nia kat depan asrama. Nia dah tak larat tau nak jalan sambil bawak beg baju ke office abang."

"Bukan hari ni kau ada aktiviti kokurikulum ke? Nak ponteng?" serkap Zafran.

"Eii, abang ni. Selalu fikir buruk-buruk pasal Nia kan? Hari ni tak ada aktiviti kokurikulum. Cancel, jadi Nia boleh balik awal ke rumah. Tak sabar nak bermanja dengan abang," usik Nia sebelum membuka pintu dewan.

Zafran hanya menjeling. Entahlah. Terlampau junjung ego sampai tak sedar sebenarnya cinta untuk Nia Adellia dah mula tumbuh dalam hati. Mungkin juga, kan?

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now