Bab 8

732 13 4
                                    

'Sampai hati Zaf, kan? Tergamak Zaf kahwin dengan perempuan lain? Kan kita dah janji nak kahwin lepas Hana habis study? Kenapa Zaf tak tunggu Hana?'  Pesanan whatsapp yang diterima daripada Raihana tadi, dibaca semula. 

"Maafkan Zaf, Hana. Zaf bukan nak mungkir janji. Tapi Zaf tak ada pilihan lain, sayang. Zaf mintak maaf," bisik Zafran. Dia yang masih duduk di gazebo di halaman rumah, memandang langit malam.

Keluhan berat dilepaskan. Terasa beban bertambah setelah selesai akad nikah petang tadi. Ya, dia sudah sah bergelar suami kepada gadis bernama Nia Adellia. Gadis yang dianggap sebagai adik selama ini, kini telah bertukar status sebagai isterinya.

"Ya Allah, stressnya aku!" luah Zafran.

"Baru jadi suami orang dah stress ke?" Zafran menoleh ke arah suara yang menegurnya. Zafril berjalan menghampiri adiknya. Bahu adiknya ditepuk lembut.

"Abang long faham perasaan Zaf. Zaf tak cintakan Nia, tapi Zaf terpaksa kahwin dengan dia sebab mama ugut nak jadikan Zaf anak derhaka kan?" ujar Zafril. Zafran mengangguk sambil memejamkan mata.

Berkali-kali dia cuba membatalkan pernikahan ini, namun ugutan Datin Zahra terus mematikan niatnya. Dia rela buat apa sahaja, asalkan dia tidak dilabel sebagai anak derhaka. Dia takut pada balasan Allah pada anak-anak yang derhaka pada orang tuanya.

"Zaf, tak ikut kehendak orang tua, tak menjadikan kita anak derhaka. Sepatutnya Zaf kena berterus terang dengan mama yang Zaf tak nak kahwin dengan Nia. Zaf kena pujuk mama," tegur Zafril.

"Dah banyak kali Zaf cakap dengan mama, abang long. Tapi abang long pun kenal mama kan? Setiap keputusan yang dia buat, dia rasa itu yang terbaik. Dia takkan terima pendapat orang lain, abang long," luah Zafran, kesal. Dia menyedut nafas seketika.

"Sekarang ni apa lagi yang Zaf boleh cakap, abang long? Zaf dah kahwin dengan Nia dah pun. Perempuan yang Zaf tak pernah cinta, dah jadi isteri Zaf. Zaf tak tahu macam mana Zaf nak lalui hidup berumah tangga dengan perempuan yang tak pernah ada dalam hati Zaf, abang long."

Jeda. Zafril tidak tahu bagaimana hendak memujuk hati adiknya. Jodoh dia sendiri pun diatur oleh mama. Dia cuma mampu berdoa semoga rumah tangga Zafran dan Nia tidak berakhir sepertinya.

"Hah, buat apa duduk kat luar tu? Zafran, pergi masuk bilik kamu tu. Kesian Nia tunggu kamu," arah Datin Zahra sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Zafran sekali lagi menghela nafas berat.

"Sabarlah, Zaf. Abang long cuma boleh cakap, Zaf cuba terima Nia sebagai isteri. Insya-Allah, kalau Nia tu memang jodoh yang ditetapkan untuk Zaf, Zaf akan bahagia," pesan Zafril. Dia terus masuk ke dalam rumah, meninggalkan Zafran yang masih cuba menenangkan diri itu.

"Jodoh? Atau bodoh ke aku sebab teruskan jugak pernikahan ni?" soal Zafran sendiri. Matanya ditala ke arah tingkap biliknya. Lampu masih belum terpadam, pasti Nia belum masuk tidur.

Zafran masih berdiri di luar rumah. Sengaja dia hendak membiarkan Nia menunggunya sehingga tertidur. Seram pula apabila dia teringat cara Nia merenungnya sepanjang majlis akad nikah tadi. Zafran tahu, Nia cintakannya. Namun, cara Nia itu buatkan Zafran tidak selesa.

Sementara itu, Nia masih menunggu encik suami masuk ke dalam bilik tidur mereka. Jam di di dinding dikerling. Jarum sudah menginjak ke angka 12, namun kelibat Zafran masih tidak kelihatan. Nia memandang baju tidur yang dipakainya.

"Mana abang ni? Lambatnya dia nak masuk bilik. Aku dah mengantuk ni, tapi arghh! Aku tak boleh mengalah. Mata, please jangan mengantuk. Penat aje aku pakai baju tidur ni tapi abang tak sempat tengok. Jangan tidur, Nia. Jangan tidur..." pesan Nia pada diri sendiri.

Namun, perlahan-lahan matanya mula memberat. Entah kali keberapa dia menguap, Nia tidak sedar dia tertidur sambil menyandarkan kepalanya di kepala katil. Zafran masuk ke dalam biliknya tidak berapa lama selepas itu.

Tatkala dia melihat Nia yang tersengguk-sengguk itu, timbul rasa bersalah dalam dirinya. Nia, kenapa Nia sanggup terima lamaran mama? Nia tahu kan abang tak cintakan Nia? Persoalan yang hanya mampu ditanya pada hatinya sendiri.

Zafran melangkah ke arah Nia sebelum membetulkan kedudukan isterinya. Usai membaringkan Nia, dia merenung lama wajah polos gadis itu. Nyenyak betul lenanya sehingga tidak sedar batang tubuhnya dialih tadi.

"Maafkan Zaf, Hana. Zaf janji, hanya Hana dalam hati Zaf. Tak ada perempuan lain dalam hati Zaf selain Hana," gumam Zafran. Dia melangkah ke arah bilik air. 

Tanpa dia sedari, Nia sebenarnya sudah terjaga namun dia berpura-pura tidur. Dia duduk di atas katil sambil memandang ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat itu.

"Hana? Siapa Hana? Girlfriend abang Zaf ke?" soalnya sendiri. Hati terus dihimpit rasa cemburu. Takkan pada malam pertama mereka Zafran boleh sebut nama perempuan lain? 

Yang membuatkan Nia lebih cemburu, Zafran mengakui cintanya pada perempuan bernama Hana itu. Tak boleh! Zafran milik Nia, bukan perempuan lain!

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now