Bab 85

975 19 0
                                    

Beberapa bulan kemudian.

Nia keluar dari bilik pemeriksaan. Gambar ultrasound scan dipandang lagi. Comelnya anak mama. Nia mengusap perutnya yang sudah membesar itu. Tubuh Nia yang kecil tidak menampakkan Nia sedang mengandung enam bulan. 

Nia melangkah ke arah farmasi apabila terdengar namanya dipanggil. Selesai mengambil ubat, Nia terus keluar dari klinik.

Nia leka berjalan sehingga ke tengah jalan tanpa menyedari ada sebuah motorsikal yang sedang meluncur laju ke arahnya. Nia hanya tersedar apabila terdengar bunyi hon motorsikal tersebut. Kenangan lama terus terimbau dalam kotak ingatannya.

Nia terasa seperti tubuhnya ditarik ke dalam pelukan seseorang. Penunggang motorsikal itu terus meluncur laju tanpa meminta maaf. Zafran memandang ke arah isterinya.

"Nia, sayang okey tak?" tanya Zafran. Tubuh Nia menggigil.

"Sayang?" panggil Zafran lagi. Nia memanggungkan kepalanya dan saat dia terpandang wajah Zafran, dia terus menangis.

"Nia, kenapa sayang menangis? Sayang ada sakit kat mana-mana ke?"

"Awak, awak tampar saya masa tu. Saya bunuh arwah Kak Hana," ujar Nia. Zafran terkedu mendengarnya.

"Sayang, abang mintak maaf." Nia menepis tangan Zafran yang memegang kedua-dua lengannya. Dia cuba membuang memori lama yang menyakitkan itu. Kenapa setiap kali dia cuba menyayangi Zafran kembali, pasti dia akan teringat segala perbuatan kejam Zafran?

"Saya nak balik," ujar Nia sambil melangkah ke arah kereta suaminya. Sekali lagi, memori hitam itu bermain di kotak fikirannya.

"Aku tak peduli. Pandai-pandai kaulah nak bayar duit tambang macam mana. Kalau kau perlu jual diri pun, buat ajelah. Kau jangan nak masuk dalam kereta aku pulak eh."

Nia melepaskan pegangan pada pintu kereta. "Saya nak balik naik teksi aje," ujar Nia. Zafran menoleh ke arah isterinya.

"Kenapa ni, sayang? Kenapa nak naik teksi pulak? Abang kan ada?"

"Awak pernah tak bagi saya naik kereta awak lepas saya accident motor hari tu kan?"

"Sayang, masa tu abang-"

"Saya tak tahu kenapa sejak perut saya makin membesar ni, saya selalu sangat teringat segala benda kejam yang awak pernah buat pada saya. Saya tak boleh, Encik Zafran. Saya tak boleh hidup macam ni. Awak lepaskan saya. Saya tak nak hidup dengan awak."

NIA membuka matanya. Peluh merenik di dahi. Dia melihat keadaan sekeliling. Mimpi rupanya. Tapi macam betul aje. Perutnya yang besar itu, diusap perlahan. Sejak kandungannya memasuki usia enam bulan ini, Nia sering mendapat mimpi ngeri.

Mimpi yang mengingatkan dia pada setiap perbuatan kejam Zafran padanya. Adakah ini petanda dari Allah atau sekadar mainan dari syaitan? Nia buntu. Dia akui, sejak perutnya makin membesar ini, dia mula merasakan kembali cinta yang pernah wujud untuk Zafran.

Namun, sejak itu jugalah setiap memori pahit yang pernah berlaku bermain semula di fikirannya. "Nia?" tegur Zafran yang baru keluar dari bilik air itu.

"Kenapa ni? Sayang mimpi buruk ke?" tanya Zafran. Walaupun hubungan mereka belum pulih sepenuhnya, namun Zafran tetap bersyukur kerana sedikit demi sedikit, isterinya seperti sudah boleh menerimanya kembali.

"Saya mimpi lagi. Tak tahu kenapa, saya asyik mimpi benda yang sama aje sejak nak masuk enam bulan ni," luah Nia. Zafran tahu apa yang isterinya mimpikan.

"Sayang, sayang masih belum dapat maafkan abang sepenuhnya ke?" tanya Zafran tiba-tiba.

"Saya tak nak cakap pasal hal tu."

"Nia, Nia bagitahu abang, apa yang abang boleh buat untuk tolong Nia lupakan semua kenangan pahit tu, sayang? Sayang, kalau abang boleh undurkan balik masa, abang takkan buat Nia macam tu.

Tapi semua benda tu dah jadi. Abang dah insaf. Abang cintakan Nia, sayang," ucap Zafran.

"Bukan mudah saya nak lupa, dan bukan mudah saya nak maafkan awak. Saya bertahan sampai hari ni, sebab janji saya pada awak dulu."

"Sayang cuma, izinkan abang jaga sayang sampai sayang bersalin aje kan?" Nia mengangguk.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now