Nia menyarung t-shirt lengan panjang dan kain batik. Memang taklah dia nak pakai baju seksi tadi apabila Zafran sudah berada di dalam rumahnya. Seram betul cara pandangan Zafran tadi. Macam nak telan dia hidup-hidup.
Sewaktu Zafran mengunci pintu rumahnya tadi, elok elektrik terpasang semula. Apalagi, mata Zafran meliar ke batang tubuh Nia bagaikan hendak tercabut mata itu dari soketnya.
Rambutnya yang diikat ponytail tadi dilepaskan. Terurai rambut panjangnya yang separas pinggang itu. Zafran membuka pintu bilik isterinya. Nia tergamam.
Aduh, macam mana aku boleh lupa kunci pintu ni? Marah akal Nia. Dengan lampu bilik yang masih terbuka, Zafran menatap rambut Nia yang panjang terurai itu. Isterinya juga sudah menukar pakaian.
"Kenapa Nia tukar baju?" tanya Zafran.
"Suka hati sayalah nak pakai baju apapun. Kenapa awak masuk bilik saya ni?" tanya Nia. Zafran dengan selambanya menutup lampu bilik isterinya. Nia terlopong dengan tindakan suaminya itu.
"Abang nak tidur dengan sayanglah," balas Zafran seraya membaringkan tubuhnya di atas katil Nia. Nia mengetap gigi, menahan geram. Dia menarik tangan Zafran, cuba menghalaunya keluar.
"Ish, awak tidur kat ruang tamu dahlah. Tak payah nak tidur dengan saya," halau Nia. Amboi, garang betul Nia sekarang ya? Itulah, bila hati dah tawar, kau taburlah 10 lori gula pun, manis tu dah tak ada.
Zafran mengambil peluang itu dengan menarik kembali tangan Nia. Nia terus jatuh di atas badan suaminya. Zafran terus mengukir senyuman nakal. Pinggang Nia dipeluk erat, bagaikan tidak mahu dilepas lagi.
"Lepaslah!" marah Nia. Dia menolak dada Zafran sambil cuba meleraikan pelukan encik suami. Zafran hanya buat tidak peduli sebelum menarik Nia merapatinya. Kali ini, jarak wajah mereka hanya seinci sahaja.
"Abang suka peluk Nia macam ni, sayang," bisik Zafran di telinga Nia.
"Awak lepaskan saya sekarang! Lepaslah, kain saya nak terlondeh ni," beritahu Nia. Zafran tersengih nakal.
"Apa kata sayang bukak aje kain tu? Bukan dosa pun abang tengok kan? Tulah, dah elok-elok pakai seluar pendek depan suami, pergi tukar kain batik pulak." Merah padam wajah Nia apabila Zafran berkata begitu.
"Kalau awak tak lepaskan saya, saya jerit," ugut Nia.
"Kalau sayang jerit, abang kiss sayang. Sayang nak jerit, jeritlah. Abang tak rugi apa-apa. Untung lagi ada," balas Zafran. Nia mengetap bibir. Akhirnya dia mengalah. Terpaksalah dia tidur dengan gaya itu.
Tetapi untuk melabuhkan kepala di atas dada Zafran, memang taklah. Nia mengalihkan pandangan ke arah lain apabila menyedari Zafran tidak henti-henti merenungnya. Tangan kanan Zafran merayap ke belakang tubuh Nia sambil tangan kirinya masih mengunci Nia dalam pelukannya.
Nia menjegilkan matanya ke arah Zafran. Zafran hanya membuat riak wajah tidak bersalah. "Awak ni nak tidur ke nak apa?" tanya Nia. Zafran mengangkat kening, pura-pura tidak mengerti.
"Nak apa, apa tu?" Seronok pula dia mengusik isterinya.
"Tak payah nak buat-buat tak faham bahasalah, Encik Zafran. Tangan awak tu, kenapa tak reti duduk diam eh?" soal Nia.
"Entah, sebab Nia comel sangat kot. Jadi mata tak puas pandang sampai tangan pun nak berjalan sekali," balas Zafran.
"Kalau awak nak tidur dalam bilik saya, awak behave. Kalau tak, awak keluar!" Terus sahaja Zafran berhenti meraba belakang isterinya. Zafran terus memejamkan mata sambil memeluk tubuh Nia yang masih lagi berada di atas badannya.
Nia pula yang sukar melelapkan mata. Susah juga hendak tidur dalam keadaan begini. Mahu terteleng lehernya esok pagi. Nia menguap entah ke berapa kali. Akhirnya kepalanya dilabuhkan juga di atas dada bidang Zafran sambil tangannya juga tanpa sedar memeluk suaminya.
Zafran membuka sedikit matanya. Apabila dia pasti isterinya sudah terlelap, dia mengucup ubun-ubun rambut Nia lama. "Abang mintak maaf, Nia. Abang janji, abang takkan sia-siakan hidup sayang lagi," bisik Zafran.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...