Bab 42

1K 16 0
                                    

Telefon bimbit disimpan semula ke dalam poket seluar. Dengan bukti-bukti gambar Nia dan Farhan yang diambil tadi, dia yakin Datin Zahra tidak akan menghalangnya jika dia menceraikan Nia nanti. 

"Kau tahu nasib kau esok, Nia Adellia. Aku akan pastikan kau menderita sama macam apa yang aku rasa selama ni," bisik Zafran penuh dendam.

Enjin kereta dihidupkan sebelum dia memandu meninggalkan kawasan foodcourt itu. Dia akan pastikan dendamnya pada Nia Adellia akan terlerai esok. Bukan hanya Datin Zahra akan membencinya. Silap hari bulan, ayah kandung Nia sendiri akan membuangnya.

Sementara itu, Nia dan Farhan menikmati makanan yang terhidang di meja makan. Maya pulang ke asrama seketika kerana tiba-tiba sahaja perutnya memulas.

"Kelakarlah saya tengok Maya tu. Dalam tengah makan pun, boleh perut dia memulas," komen Farhan. Nia tergelak kecil mendengarnya.

"Saya dah pesan dah dengan dia. Jangan makan jajan. Tapi dia pun spesis degil, mendapatlah," balas Nia sebelum menghirup sup.

"Nia, awak nak tambah apa-apa lagi tak? Awak order aje, saya ikhlas belanja awak dengan Maya," tegur Farhan apabila dia melihat makanan Nia hampir habis.

"Eh, tak apa, Farhan. Saya dah kenyang. Thank you, sebab belanja saya dengan Maya," ucap Nia, ikhlas. Farhan mengukir senyuman. Jujur Nia katakan, Farhan memiliki paras rupa yang tampan. Bukannya tak ada perempuan yang sukakan Farhan. Tetapi hati Farhan seakan tertutup untuk perempuan lain.

"Sorry, guys. Aku lama sikit. Perut aku sakit gila tadi," tegur Maya seraya melabuhkan duduk di sebelah Nia.

"Itulah, makan tak berhenti. Tak pasal-pasal kena melawat toilet," usik Farhan sambil mengukir senyuman buat gadis gempal itu. Maya hanya menayang muka tidak bersalah.

"Alah, dah aku lapar. So aku makan ajelah," balas Maya. Nia menggelengkan kepala mendengar alasan Maya itu.

"Betullah tu. Tapi kau kawallah sikit pemakanan kau. Nia cakap kau makan jajan kan tadi? Jajan tu kan tak elok? Lagipun kan aku dah janji nak belanja korang hari ni," tegur Farhan.

"Kau dengar tu, Maya? Makan kena jaga. Balik ni, kau jangan nak cari jajan kat kedai pulak," pesan Nia pula. Maya mencebik.

"Nia, awak tengok tu. Mulut itik dah keluar," usik Farhan lagi.

"Itulah. Weh, kau merajuk eh?" Nia memegang lengan Maya. Maya diam membisu.

"Alololo, kawan aku ni comellah kalau merajuk. Tapi kalau kau senyum, lagi comel. Kan, Farhan?" pujuk Nia. Farhan mengangguk, setuju.

"Mana ada aku merajuk."

"Tak merajuk ke? Tapi keluar muncung itik tu." Makin galak Farhan mengusik.

"Weh, kau, muncung itik jangan mention eh. Aku sensitif tau," balas Maya sambil menaikkan jari telunjuknya ke arah Farhan.

Farhan mengangkat kedua-dua tangannya, mengaku kalah. Sedikit sebanyak, hati Nia terhibur dengan keletah dua sahabatnya. Tiba-tiba dia terasa rindu hendak gaduh-gaduh manja dengan suaminya.

Walaupun hubungan mereka bukanlah seperti suami isteri yang lain, namun Nia bahagia bersama Zafran. Zafran buatlah apapun padanya, Nia tidak kisah.

"Hah! Berangan!" Nia tersentak dari lamunan apabila Maya menjerkahnya.

"Kau ni! Buat terkejut aku ajelah," marah Nia.

"Awak okey tak, Nia? Saya tengok awak macam ada masalah aje," tegur Farhan. Dia juga menyedari Nia seakan memikirkan sesuatu.

"Saya okey." Nia membalas. Baru sahaja mereka hendak bangun dari situ, Nia menerima pesanan whatsapp daripada Zafran.

-Kau balik KL esok kan? Pukul 8 pagi, kau tunggu aku kat pintu utama asrama. Aku datang ambik kau.- Berkerut dahi Nia apabila dia selesai membaca pesanan itu. Kenapa tiba-tiba Zafran baik hati sangat hendak tumpangkan dia balik ke Kuala Lumpur?

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now