Bab 89

962 15 0
                                    

"Aku ego ke, Maya?" tanya Nia. Waktu itu mereka baru selesai kelas bersama Zafran. Maya yang sedang mengemas barang-barangnya, menoleh ke arah sahabatnya. Mereka mengakhiri kelas agak awal pada hari itu kerana Zafran terpaksa menghadiri mesyuarat. 

"Pada aku, ya kau ego. Keras kepala. Degil sampai nak semua orang ikut kepala kau." Selamba Maya mengutuk Nia.

"Kau ni, tak payahlah jujur sangat mengutuk aku," rajuk Nia sambil memuncungkan mulutnya. Maya mencebik.

"Tak payahlah kau nak sentap dengan aku, Nia. Aku nasihat kat kau, sebab aku tak nak kau menyesal, Nia. Bahagia dah ada depan mata. Ini bahagia yang kau tunggu selama ni. Kenapa kau masih nak pertahankan ego kau?" tanya Maya.

"Eh, korang ni kenapa?" Farhan yang baru hendak keluar dari dewan kuliah, menghampiri Nia dan Maya yang masih duduk di atas kerusi.

"Nia ni. Saya kadang-kadang tak faham, kenapa dia masih nak pertahankan ego dia, sedangkan dia cintakan husband dia," cerita Maya.

"Ya, aku sayangkan suami aku. Aku cintakan dia. Tapi perbuatan dia terlalu kejam untuk aku lupakan, Maya. Salah ke kalau aku buat keputusan untuk pergi dari hidup dia?" luah Nia.

"Nia, takkan langsung tak ada peluang untuk suami kau? Takkan kau langsung tak rasa bahagia dengan perubahan dia selama ni?" soal Maya.

"Aku bahagia, Maya. Aku bahagia sangat bila dapat tahu yang dia akhirnya balas cinta aku. Tapi kenapa waktu hati aku dah terlalu terluka dengan perbuatan dia? Hati aku sakit sangat, Maya. Kau tak faham apa yang aku tanggung selama ni."

"Kalau awak bahagia, maksudnya awak dah boleh terima dia, Nia. Tak guna awak biarkan ego awak tu hancurkan kebahagiaan awak," nasihat Farhan pula.

"Nia, kau tengok perut kau. Kau tak kesian ke kat Airin? Sanggup kau nak berpisah dengan dia, dengan papa dia?"

"Aku mengaku, sejak Airin ada dalam ni, aku dapat rasa cinta aku yang pernah hilang untuk suami aku tu dah kembali. Kehadiran Airin, dah rapatkan semula hubungan aku dengan suami aku. Aku tak sanggup, Maya, nak berpisah dengan anak aku. Walaupun aku pernah benci dia."

"Kau tak sanggup nak berpisah dengan Airin. Macam mana dengan suami kau? Kau sanggup berpisah dengan dia?" tanya Maya lagi. Nia menggeleng sambil menahan air mata daripada jatuh.

Namun, dia gagal. Gugur juga air mata yang cuba ditahan. Maya menggenggam tangan sahabatnya. "Nia, dengar nasihat aku ni. Kalau kau tak nak menyesal, buang ego kau jauh-jauh."

PETANG itu, Nia berdiri di hadapan pejabat Zafran. Teragak-agak dia hendak mengetuk pintu. Baru sahaja dia hendak berlalu dari situ, Zafran membuka pintu. "Nia sayang? Kenapa Nia berdiri kat luar ni? Sayang dah habis kelas?" tanya Zafran.

"Dah. Sebab tu saya datang sini. Saya nak balik," jawab Nia sambil menahan malu. Zafran tersenyum.

"Kenapa sayang datang pejabat abang pulak? Kan abang dah pesan, tunggu abang kat blok kelas tu aje. Jauh kan blok tu dengan pejabat abang ni," tegur Zafran. Tangan kiri Nia diraih sebelum mengusapnya lembut.

"Saya boleh jalan lagilah. Belum sarat pun lagi," balas Nia.

"Memanglah belum sarat. Tapi penat kan nak berjalan? Tak apa, nanti balik abang urut kaki sayang okey? Jom, kita balik?" Zafran menutup pintu pejabat sebelum menguncinya. Tangan Nia masih tidak dilepaskan dan Nia hanya membiarkan.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Nia hanya diam membisu sambil memandang ke luar tingkap. Sesekali Zafran menoleh ke arah isterinya yang termenung jauh itu. Pelik dengan tingkah cik isteri, Zafran meraih tangan Nia.

"Sayang, sayang okey tak?" tanya Zafran.

"Okey," jawab Nia sepatah.

"Kalau sayang sakit, bagitahu abang? Abang tak nak jadi apa-apa kat sayang dengan Airin. Abang sayang Nia dengan Airin, tau," ucap Zafran.

Nia tersentuh mendengar ucapan Zafran itu. Tangannya yang berada di dalam genggaman Zafran, dibiarkan. Terasa bahagia apabila suaminya menggenggam erat tangannya begitu.

Adakah nasihat Maya tadi sudah menusuk ke dalam hati Nia sehingga hati Nia yang keras itu boleh jadi lembut untuk memaafkan suaminya? 

Allah hendak menjentik hati hamba-Nya dengan pelbagai cara. Kadang-kadang, cara itu agak kasar pada pandangan mata manusia. Tetapi siapa tahu, teguran itu yang merubah segala-galanya.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now