Bab 59

952 16 2
                                    

Sudah seminggu Zafran tidak bertegur sapa dengan Nia. Puas dia memujuk dan merayu pada Nia, namun isterinya itu memang keras hati. Sejak peristiwa dia cuba mengambil kesempatan pada Nia, isterinya itu hanya berkurung di dalam bilik tetamu. 

Dia keluar sekadar mahu makan dan menggunakan bilik air sahaja. Zafran juga sudah seminggu tidur beralaskan lantai marmar di hadapan bilik tetamu itu.

Nia membuka pintu bilik dan saat figura Zafran yang sedang berbaring di hadapan pintu menerjah deria penglihatannya, Nia terus berlalu ke arah dapur. Zafran bangun sebelum mendapatkan isterinya yang berada di ruang dapur itu.

"Sayang, abang nak mintak maaf. Abang tahu abang tak patut buat Nia macam tu, sayang. Abang tak dapat kawal nafsu abang. Abang mintak maaf, Nia," ucap Zafran. Nia meneguk air tanpa berminat untuk membalas kata-kata suaminya.

Usai mencuci gelas, Nia berpaling untuk kembali ke bilik. Zafran pantas menghadang langkahnya. "Sayang, please? Abang tak tenang selagi sayang tak maafkan abang," ujar Zafran. Nia memeluk tubuhnya.

"Tepilah, saya mengantuk ni."

"Please, sayang abang?"

"Okey, saya boleh maafkan awak. Tapi dengan satu syarat. Awak hantar saya balik asrama esok. Kalau awak setuju, saya akan anggap apa yang jadi hari tu tak pernah terjadi pun," putus Nia sebelum menolak tangan Zafran yang menghadangnya.

Zafran tiada pilihan. Dia meraup wajahnya sebelum memandang pintu bilik tetamu yang sudah tertutup rapat itu. Hati Nia memang dah tertutup rapat untuk abang ke, sayang? Tak ada ke peluang untuk abang pikat hati Nia semula?

Tak, aku takkan putus asa! Aku takkan mengalah untuk dapatkan semula cinta isteri aku. Aku tak nak kehilangan Nia Adellia. Nia Adellia untuk Izz Zafran, sampai bila-bila. Tekad Zafran.

NIA mengemas barang-barang yang hendak dibawa ke asrama petang nanti. Penuh beg pakaiannya. Zafran yang melalui hadapan bilik itu, menghentikan langkahnya.

"Sayang, banyaknya baju yang sayang pack tu. Kalau sayang bawak semua baju-baju ni, macam mana abang nak lepaskan rindu kat sayang nanti?" tegur Zafran. Nia menjeling ke arah suaminya.

"Rindu? Selama ni awak tak rindu kat saya pun? Kenapa sekarang sibuk nak rindu-rindu bagai? Dulu, awak siap suruh saya bawak semua barang-barang saya kan? Kalau boleh, awak tak nak satu pun barang saya dalam rumah awak ni. Lupa?" bidas Nia.

"Abang tahu, abang kejam sangat dengan Nia." Zafran jeda seketika. Dia melangkah masuk ke dalam bilik sebelum melabuhkan duduk di atas katil, menghadap isterinya.

"Tapi abang dah menyesal, Nia. Abang sayangkan Nia, abang cintakan Nia." Zafran meraih tangan Nia yang lincah mengemas pakaian itu. Tangan Nia dibawa ke bibir sebelum dikucup lama.

"I love you so much, Nia Adellia. You are my everything, and I don't want to lose you," ucap Zafran. Nia hanya memandang wajah suaminya dengan pandangan kosong.

"Awak tak rindu arwah Kak Hana?" Tiba-tiba sahaja Nia bertanya.

"Rindu, tapi tak sama dengan rindu abang pada Nia," balas Zafran. Nia tersenyum sinis sebelum menarik semula tangannya dari pegangan Zafran.

"Tak sama? Arwah tu isteri awak tau? Saya bukan sesiapapun pada awak. Macam mana awak boleh kata awak akan rindukan pembunuh isteri awak ni? Hm?"

"Sayang bukan pembunuh. Abang tahu, Nia tak bersalah pun. Nia tak bunuh arwah Hana. Abang silap, sayang." Nia mengeluh kecil.

"Kenapa awak tak bunuh aje saya, Encik Zafran? Arwah Kak Hana meninggal disebabkan saya. Kalau saya tak cuai masa tu, mesti arwah Kak Hana masih hidup. Dan awak pun mesti tak sabar nak tunggu kelahiran baby awak kan?" Zafran menggelengkan kepalanya.

"Abang dah redha terima ajal arwah. Nia tak ada kena mengena pun dengan kematian arwah. Dah ajal arwah, Allah dah tentukan."

"Dengan situasi sekarang, kalau saya yang mati. Awak mesti takkan sedih kan?" uji Nia.

"Kalau macam tu, abang rela gantikan nyawa abang untuk Nia, asalkan Nia selamat, sayang. Abang tak sanggup nak kehilangan Nia, macam abang kehilangan arwah Hana. 

Abang tak sanggup nak lalui saat kehilangan orang yang abang cinta sekali lagi. Abang-" Belumpun sempat Zafran menghabiskan ayatnya, Nia menyampuk.

"Saya dah agak dah." Zafran mengerutkan dahi.

"Apa yang sayang agak?"

"Awak cuma anggap saya ni sebagai pengganti arwah aje kan? Awak tak ikhlas pun cintakan saya. Awak buat baik dengan saya, sebab awak rasa bersalah aje. Bukan sebab awak cintakan saya pun. Nasib baik saya tak terpedaya dengan tipu helah awak tu, Encik Zafran."

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now