Bab 77

939 14 0
                                    

Kuliah berjalan seperti biasa hari itu. Maya dan Farhan menghampiri Nia yang sudah duduk di kerusi. "Nia, kau dah sihat ke?" tegur Maya. "Dah, alhamdulillah. Alahan aku dah kurang sikit sejak dua tiga hari ni," balas Nia sambil tersenyum. 

"Mesti sebab sir Zafran jaga awak dengan baik kan?" teka Farhan. Nia cuba mengawal riak wajahnya.

"Hm, anak dia ni, manja sangat dengan dia. Entahlah, bila aku dekat dengan dia, aku rasa alahan aku ni hilang tiba-tiba. Pelik sangatlah," cerita Nia. Maya dan Farhan gembira mendengarnya.

Memang mereka mengharapkan dengan kehadiran si kecil itu, rumah tangga Nia dan Zafran dapat diselamatkan. Maya menjongketkan keningnya ke arah Farhan.

Nia memandang ke arah kedua-dua sahabatnya yang sedari tadi asyik berbalas isyarat mata. "Weh, tak payah nak buat signal-signal macam tu boleh? Ingat aku tak nampak ke?" tegur Nia sambil mengusap perutnya. Entah mengapa, sejak pagi tadi, dia bagaikan tidak boleh berhenti mengusap perutnya.

"Nia, kitorang nak story kat kau ni. Pasal gosip yang melanda kau baru-baru nilah," ujar Maya. Nia membuat muka bosannya.

"Apalagi yang diorang gosipkan pasal aku?" soal Nia.

"Tak ada pun. Gosip tu dah berhenti. Abang Zaf kaulah, dia ugut akak senior yang sebarkan cerita pasal kau tu. Hari tu jugak, semua orang tahu kau tu sebenarnya wife dia," beritahu Maya. Nia terus membeliakkan matanya.

"Hah?! Semua orang dah tahu?" ulang Nia.

"Ya, Nia. Dia mintak tolong saya dengan Maya untuk cari orang yang bertanggungjawab sebarkan cerita pasal awak. Dia ugut nak ambik tindakan disiplin pada senior tu kalau dia tak betulkan salah faham yang jadi tu," sampuk Farhan pula.

"Nia, laki kau tu betul-betul sayangkan kau. Aku rasa, tak salah kalau kau bagi peluang kedua pada dia. Okeylah, kalau kau tak percaya dengan cerita propa aku ni, kau boleh tanya Farhan."

"Betul, Nia. Saya ni lelaki, dan saya tahu sir Zafran tu betul-betul cintakan awak. Nia, awak dah nak ada anak dengan dia. Takkan awak nak anak awak nanti membesar tanpa ibu bapa yang sempurna?" Farhan turut memujuk Nia.

Nia membisu. Bukannya dia tidak berasa terharu dengan tindakan Zafran itu, tetapi luka di hatinya terlalu dalam. Bukan boleh sembuh dalam masa yang singkat.

"Korang tak tahu apa yang aku tanggung selama ni. Aku tebalkan muka aku, aku campak rasa malu aku ke tepi semata-mata nak goda dia. Untuk buat dia jatuh cinta dengan aku. Aku telan aje segala caci maki dia pada aku dari awal aku kahwin dengan dia.

Aku sanggup orang anggap aku mandul, asalkan dia boleh hidup bahagia dengan perempuan yang dia cinta. Aku sanggup kongsi kasih, tapi akhirnya aku diabaikan. Aku sakit, dia tak peduli pun. Masa arwah Kak Hana meninggal, dia siap persoalkan kenapa bukan aku yang mati.

Waktu dia nak ceraikan aku, dia fitnah aku curang dengan dia. Sampai arwah ayah aku...... arwah ayah aku meninggal dalam keadaan dia nafikan aku sebagai anak kandung dia.

Lepas tu, dia rog-" Nia tidak dapat meneruskan lagi kata-katanya. Terus sahaja Nia menghamburkan tangisannya. Maya terus memeluk bahu Nia. Farhan hanya memandang ke arah sahabatnya dengan perasaan simpati.

"Dah, Nia. Tak apalah, kalau kau memang tak boleh terima dia lagi. Tapi janganlah lepaskan pada anak kau ni. Dia tak salah, Nia," ujar Maya. Nia memegang perutnya.

"Dia ada dalam ni, tanpa aku mintak pun, Maya. Tapi kenapa aku tak boleh terus benci anak ni macam masa awal-awal aku dapat tahu aku mengandung? Kenapa wujud sayang untuk anak ni?" soal Nia sendiri.

"Sebab dia anak kau, Nia. Kau ibu dia, dan kasih sayang seorang ibu tu, tiada ternilai. Seorang ibu sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan anak dia. Kan?" Air mata Nia mengalir lebih deras.

'Ya kerana aku sayangkan anak aku, aku rela berpisah dengan dia. Asalkan dia dapat kehidupan yang lebih sempurna. Aku tak mampu nak bahagiakan anak aku dengan kemewahan.'

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now