Laju langkah Zafran meninggalkan Nia yang terjengket-jengket keluar dari kawasan hospital itu. "Abang! Abang tunggulah Nia. Kaki Nia kan sakit, Nia tak boleh jalan laju," tegur Nia. Zafran hanya memekakkan telinganya. Bengang betul dia. Melecur sikit aje kat buku lali, mengada aje lebih, marah Zafran dalam hati.
"Abang~ tunggulah Nia," panggil Nia lagi. Waktu itu mereka sudah berada di tempat parkir hospital. Zafran menoleh dengan raut wajah meluat.
"Kau nak apa lagi? Kau mintak aku hantarkan kau ke hospital kan? Aku dah hantar kau, jadi kerja aku dah selesai," balas Zafran, kasar.
"Maaf. Abang jalan laju sangat, Nia sampai tertinggal jauh kat belakang. Tulah, kaki abang tu panjang sangat," usik Nia sambil tersenyum ke arah suaminya.
"Apa-apa ajelah." Zafran baru hendak membuka pintu kereta apabila dia terlihat Nia juga berbuat yang sama.
"Eh, kau nak buat apa ni?" soal Zafran. Dia menghampiri Nia sebelum menutup kembali pintu kereta yang dibuka isterinya. Nia terpinga-pinga memandang tingkah suaminya.
"Kita nak balik kan? Tapi, boleh tak Nia balik rumah ki- rumah abang? Dah pukul 11 malam ni mesti guard tak bagi masuk kolej dah," balas Nia. Zafran tersenyum sinis.
"Kau dah lupa? Aku tak izinkan kau tinggal kat rumah aku lagi. Even untuk satu malam pun. Aku tak nak bila Hana nampak kau, hati dia jadi sedih.
Dan kalau kau dah tak boleh masuk kawasan kampus waktu macam ni, itu bukan masalah aku. Aku dah jalankan tanggungjawab aku untuk hantar kau ke hospital macam yang kau mintak tu.
Jadi kalau kau nak balik, pandai-pandailah naik teksi ke, grab ke," balas Zafran, dingin. Nia cuba menahan hati. Sudahlah kakinya pedih, ditambah lagi pedih di hati.
"Tak apalah. Nia boleh balik naik teksi atau grab. Tapi boleh tak kalau abang bagi sikit duit tambang? Nia tak ada duit, abang. Duit mas kahwin yang abang bagi dulu, Nia dah guna separuh untuk bayar yuran UiTM.
Lagi separuh, Nia guna untuk keperluan Nia kat asrama. Yang ada pun tak berapa banyak, itupun Nia nak simpan sikit untuk kegunaan emergency. Abang pun tak pernah bagi nafkah sejak kita kahwin." Zafran mengerutkan dahi.
"Nafkah? Kau siapa yang aku nak kena bagi nafkah ni?" Terkedu Nia mendengar balasan daripada suaminya.
"Nia kan isteri abang?"
"Aku tak suruh pun kau jadi isteri aku, Nia. Kau yang tergedik-gedik nak jadi isteri aku."
"Tapi beri nafkah tu kan tanggungjawab abang pada Nia, walaupun abang kahwin dengan Nia tanpa rela," ujar Nia sebak.
"Aku tak peduli. Pandai-pandai kaulah nak bayar duit tambang macam mana. Kalau kau perlu jual diri pun, buat ajelah. Kau jangan nak masuk dalam kereta aku pulak eh," larang Zafran sebelum masuk ke dalam kereta.
Enjin kereta terus dihidupkan sebelum dia memecut keretanya, meninggalkan Nia sendirian di tempat parkir hospital itu. Nia mencengkam dada yang terasa sempit.
Ya Allah, tergamaknya abang cakap macam tu? Kalau abang memang tak nak hantar Nia balik pun, perlu ke abang cakap macam tu? Ya Allah, hati aku tak kuat. Benci sangat ke abang pada aku? Nia menyoal sendiri.
Nia terlalu melayan perasaan sedih sehingga tidak sedar ada seseorang sedang menghampirinya. "Adik?" tegur seseorang. Nia menyeka air mata sebelum menoleh ke arah tuan punya suara. Senyuman cuba diukir pada seorang wanita di hadapannya.
"Adik okey dak? Awat adik dok sorang-sorang ni? Bahaya tau," tegur wanita itu.
"Saya okey kak. Cuma saya..." Takkan dia hendak memberitahu orang luar yang suaminya tinggalkan dia bersendirian di sini? Tak, maruah suami tetap kena jaga.
"Tadi saya tahan teksi. Tapi tak sempat nak naik dah ada orang lain naik dulu," balas Nia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Adik dok kat mana? Akak boleh hantaq adik balik," pelawa wanita baik hati itu.
"Eh, tak apa, kak. Buat susahkan akak aje. Nanti adalah kot teksi yang lalu," tolak Nia sopan.
"Bahaya dik dok sorang-sorang. Takpa, akak boleh hantaq adik. Tak menyusahkan pun,"
"Err, saya tinggal kat kolej UiTM Merbok. Tapi kalau akak tak boleh, tak apa. Saya boleh cuba cari grab," balas Nia.
"Oh, student UiTM la ni. Takpa, kak boleh hantaq adik. Meh, ikut akak." Dengan wajah yang segan, Nia mengekori langkah wanita itu. Alhamdulillah, di saat dia diabaikan suami sendiri, masih ada insan yang baik hati sanggup menolongnya.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...