Minggu orientasi memang memenatkan. Setiap hari kena bangun seawal jam empat pagi untuk mandi dan bersiap. Kemudian setiap waktu padat dengan pelbagai aktiviti, pulang pula ketika jam hampir menunjukkan jam 12 tengah malam.
Hari ini, hari terakhir minggu orientasi. Jadi mereka selesai semua aktiviti agak awal pada hari itu. Selepas sahaja makan tengah hari, semua pelajar boleh berehat di kolej masing-masing.
Nia membaringkan batang tubuh di atas katil. Lega, apabila selesai satu minggu di kampus. Suasana di Kolej Murni agak riuh dengan suara-suara pelajar yang pastinya tidak puas bercerita tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu orientasi. Tidak kurang juga sesi perkenalan antara warga kolej.
Nia membuat keputusan untuk membiarkan sahaja. Bukannya dia mahu bersikap sombong, tetapi badannya agak letih kerana sepanjang minggu orientasi, dia agak bergiat aktif. Pantang ada aktiviti yang melibatkan penyertaan pelajar, pasti Nia akan menyertainya.
Telefon bimbit dicapai. Tiba-tiba terasa rindu pada encik suami. Dia mendail nombor telefon Zafran. Lama dia menunggu, akhirnya panggilan berjawab.
"Kau nak apa?" Mak aihh! Salam pun tak ada, terus kena sembur?
"Assalamualaikum, abang sayang~!" ucap Nia, manja. Kedengaran suara Zafran mengeluh.
"Waalaikumussalam. Kau nak apa?" Zafran mengulangi soalannya.
"Ala, abang. Janganlah kasar macam tu. Nia rindu kat abang. Abang tak rindu kat Nia ke? Dah seminggu kita tak jumpa," ujar Nia sambil jemarinya menari-nari di atas katil. Zafran membuat muka meluat walaupun dia sedar Nia tidak nampak reaksinya.
"Allah, baru seminggu. Bukannya berkurun tak jumpa," tempelak Zafran.
"Seminggu bagi Nia dah macam berkurun tau, abang. Kalau ikutkan hati Nia, setiap hari Nia nak call abang. Tapi tulah. Time orientasi tu kena bangun awal-awal pagi, balik pun dah tengah malam. Mata Nia ni dah macam mata panda dah, abang tahu?" adu Nia.
"Ada aku kisah ke?" Dingin lagi suara itu.
"Abang~ boleh kan abang ambik Nia kat kolej lepas Asar nanti? Kita balik rumah kita?"
"Excuse me? Rumah kita? Itu rumah aku, bukan rumah kau," balas Zafran.
"Tak kisahlah rumah siapa pun. Nia nak balik rumah, boleh?" tanya Nia sambil cuba menahan hati yang pedih. Nampak sangat Zafran tidak menginginkan dia untuk menjadi suri dalam rumah itu.
"Kau duduk ajelah kat kolej tu. Ahad ni dah start kelas kan?" bantah Zafran.
"Abang lupa ke, syarat yang Nia bagi tu?" Nia mengingatkan.
"Fine! Kau duduk kat kolej mana? Aku ambik kau pukul lima petang nanti sebab aku ada discussion dengan student." Zafran mengalah. Nia menahan tawa. Padan muka!
"Nia duduk kat kolej Murni. Abang tunggu aje kat pintu utama kolej, nanti Nia datang kat situ. Eh, okeylah abang. Nia nak tidur kejap, mengantuk pulak. Bye, abang. I love you so much... Muahhh!" Nia mengucup telefonnya seolah-olah dia sedang mencium Zafran.
Panggilan terus dimatikan tanpa sebarang balasan daripada Zafran. Tak apalah, yang penting aku dah lepaskan rindu bila dengar suara tadi. Tunggu petang nanti pulak, bisik hati Nia sebelum terlelap dengan sendiri.
SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah, Nia tidak henti-henti bercerita tentang semua aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu orientasi. Zafran hanya memekakkan telinga, tidak berminat hendak mendengarnya.
"Hmm, abang? Abang dengar tak Nia cerita ni? Boringlah abang ni. Nia beriya-iya cerita kat abang tapi abang buat dunno aje," rajuk Nia.
"Ada aku mintak kau cerita ke semua benda tu kat aku? Tak, kan? Jadi baik kau diam, sebab aku nak fokus drive. Aku tak minat nak dengar cerita kau tu," ujar Zafran. Nia memuncungkan bibirnya.
Zafran mengerling ke arah isterinya yang sudah muncung panjang sedepa itu. Ingat comellah tu? Meluat! Merajuklah kau, tak ingin aku nak pujuk, desis hati Zafran.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...