Bab 39

861 14 2
                                    

Raihana datang menemui Nia di kolej tanpa pengetahuan Zafran. Setiap hari Jumaat memang Raihana akan datang melawat Nia di kolej sewaktu Zafran menunaikan solat Jumaat. 

Dia tahu Zafran tidak pernah mengambil peduli akan kebajikan Nia. Kasihan Raihana melihat nasib madunya itu. "Nia sihat?" tanya Raihana. Nia mengangguk seraya tersenyum.

"Alhamdulillah, sihat Kak Hana," balas Nia, sopan. Tersentuh Raihana dengan kesopanan Nia itu. Rasa bersalah masih lagi menghantui diri Raihana.

"Nia, akak datang ni nak ajak Nia temankan akak pergi klinik. Nia free tak sekarang?" tanya Raihana.

"Pergi klinik? Akak tak sihat ke? Abang Zaf tahu tak akak tak sihat?" tanya Nia bertalu-talu.

"Dia tak tahu. Akak nak pergi checkup dengan doktor sebab akak dah 3 minggu tak datang period. Jadi akak nak check kalau-kalau akak dah pregnant ke belum," balas Raihana.

Tiba-tiba hati Nia terasa sebak. Dia mula berfikiran negatif pada niat sebenar Raihana itu. Raihana perasan akan raut wajah Nia lalu dia menggenggam erat tangan gadis itu.

"Nia, Nia jangan salah faham dengan akak ya? Akak ajak Nia sebab nanti akak nak bawak Nia balik rumah abang. Akak tahu, Nia rindukan abang kan? Dah lama Nia tak jumpa dia. Kalau jumpa pun dalam kelas aje kan?

Akak rasa, abang tu tak adil pada Nia. Sebab tu akak nak bawak Nia balik, jumpa dengan dia. Lepaskan rindu," balas Raihana sambil tersenyum.

"Akak tak kisah ke, kalau Nia jumpa abang?" tanya Nia.

"Tak, akak tak kisah. Lagipun dari awal lagi, Nia yang lebih berhak. Betul cakap mama. Akak yang rampas suami Nia."

"Akak, akak tak rampas apapun daripada Nia. Abang Zaf tu sepatutnya dari dulu lagi milik akak. Tapi Nia dah...." Ayatnya tergantung di situ. Raihana mengusap kepala Nia yang dibaluti tudung hitam itu.

"Nia pergilah kemas baju dulu. Akak tunggu Nia, nanti kita sama-sama surprisekan abang," ujar Raihana, teruja. Nia mengangguk sebelum naik ke bilik asrama untuk mengemas pakaian. Rasa rindu pada suami sudah tidak dapat dibendung lagi.

"NIA! Guess what? Akak pregnant!" beritahu Raihana dengan penuh keterujaan. Nia menekup mulutnya. "Ya Allah, tahniah akak. Mesti abang happy kan dengan berita ni? Alhamdulillah," ucap Nia, ikhlas. Raihana menggenggam erat tangan Nia.

"Sebab tu akak berani nak ajak Nia balik rumah. Akak yakin, bila abang happy dengan berita ni, mesti tak ada masalah untuk Nia balik rumah kita," jelas Raihana. Nia tersenyum hambar mendengar ayat terakhir Raihana itu.

Rumah kita? Tak, itu bukan rumah aku. Itu rumah abang dengan Kak Hana. Aku tak ada hak langsung, bisik hati Nia. Bunyi macam Nia Adellia benar-benar berjauh hati dengan kata-kata suaminya dulu.

"Jomlah, kita balik. Tak sabar akak nak share berita ni dengan abang," ujar Raihana.

Sewaktu mereka hendak melintasi jalan raya, Nia yang terleka terus berjalan ke seberang jalan tanpa menyedari ada kereta sedang meluncur laju ke arahnya. Raihana perasan akan kehadiran kereta itu terus sahaja dia memanggil nama Nia.

"NIA!!!" Nia yang bagaikan tersedar, hanya mampu memandang kereta yang hampir merempuh tubuhnya. Tiba-tiba dia terasa tubuhnya ditolak ke tepi. Bunyi hentakan yang kuat membuatkan Nia memejamkan mata. Dia hanya membuka mata apabila terdengar bunyi tayar kereta diseret.

"Kak Hana!!!" jerit Nia apabila dia terlihat tubuh Raihana kaku di atas jalan raya dengan kepala dan tubuh berlumuran dengan darah merah. Nia terus mendapatkan Raihana.

"Kak Hana, bangun kak?! Kenapa akak selamatkan Nia? Ya Allah, tolong, tolong call ambulans. Tolong!" Nia meminta pertolongan daripada orang awam yang mengerumuni mereka.

"Kak, bangun kak! Tolonglah, bangun kak," panggil Nia sambil menepuk-nepuk pipi Raihana, namun wanita itu hanya diam tidak berkutik.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now