Bab 101

838 10 2
                                    

Sesekali Nia menoleh ke arah Airin yang sedang tidur di atas katil, sambil ditemani Fiya, kakak iparnya. "Cantik Nia malam ni. Mesti Zaf tak berkelip pandang Nia nanti," usik Fiya. 

Nia berpura-pura membetulkan tudung, menahan malu. "Ish, akak ni. Nia bukannya cantik sangat pun. Cantik sebab make-up dengan baju aje," balas Nia, merendah diri.

Dia melangkah sebelum melabuhkan duduk di atas katil. Rambut Airin yang lebat, diusap lembut. "Akak, terima kasih tau sebab sudi tengok-tengokkan Airin hari ni. Kalau boleh Nia tak nak susahkan akak dengan abang Ril jagakan Airin," ucap Nia.

"Tak apalah, Nia. Airin ni pun bukannya orang lain. Anak saudara akak dengan abang Ril jugak kan?" ujar Fiya.

"Ya, Nia tahu. Tapi akak pun kena jaga diri elok-elok jugak. Akak pun tengah sarat kan?" Fiya mengusap perutnya.

"Akak okey ajelah, Nia. Nia fokus aje untuk majlis malam ni. Airin ni budak baik, Nia. Dia tahu mama dengan papa dia nak bersanding malam ni," usik Fiya.

"Kalau akak dah cakap macam tu, Nia nak cakap apa lagi kan? Terima kasih banyak-banyak akak. Tapi, akak jangan risau. Nia dah susukan Airin ni awal-awal lagi. Pampers dia pun Nia dah tukar sebelum mak andam datang. Nia janji, Airin takkan susahkan akak dengan abang Ril," ujar Nia.

Bunyi ketukan di pintu bilik hotel, menghentikan perbualan kedua-dua biras itu. Nia membuka pintu dan kelihatan Datin Zahra dan Zafril berdiri di hadapannya.

"Nia, majlis dah nak start dah. Jomlah? Zaf dah tunggu kat lif," beritahu Datin Zahra. Fiya mendukung tubuh Airin. Nia memberi laluan untuk Fiya keluar dari bilik terlebih dahulu.

Saat pintu bilik ditutup, jantung Nia berdegup kencang. Datin Zahra menepuk-nepuk belakang tangan menantunya. "Nia nervous ke, sayang?" soal Datin Zahra. Nia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Nervous sikit, mama. Walaupun dah lama kahwin, tapi Nia rasa macam baru kahwin pulak," jawab Nia. Datin Zahra tersenyum.

"Insya-Allah, semua akan berjalan lancar. Jangan nervous sangat, tau," pesan Datin Zahra. Nia mengangguk. Kala itu, mereka sudah tiba di hadapan pintu lif di mana Zafran sedang menunggu. Tidak berkelip mata Zafran memandang isterinya yang cantik berbaju kebarung songket itu.

Nia juga begitu. Tidak lepas matanya memandang wajah tampan suaminya. Zafran menghulurkan tangan kanannya pada Nia. Nia menyambut huluran tangan Zafran sambil tersenyum manis.

"Sayang cantik sangat malam ni. Abang rasa macam nak terkam aje tau," bisik Zafran, nakal.

"Tak payah nak miang sangatlah. Airin tu kecik lagi. Tak sesuai nak ada adik lagi," balas Nia sambil mengetap giginya. Zafran tersengih.

MAYA dan Farhan menghampiri kedua mempelai itu. Tubuh Nia, Maya peluk seeratnya. "Alhamdulillah, kembar aku ni bahagia jugak dengan cinta hati dia," bisik Maya. Nia mengeratkan pelukan sahabatnya.

"Thanks, Maya." Nia membalas.

"Amboi, sakan berpeluk? Dengan saya awak tak peluk macam tu pun?" tegur Farhan pada isterinya. Maya tersengih macam kerang busuk manakala Nia sudah senyum mengusik ke arah mereka berdua.

Alhamdulillah, Maya dan Farhan sudah bergelar suami isteri dua bulan yang lepas. Mereka buat majlis kecil-kecilan sahaja. Hanya jemput saudara mara dan rakan rapat sahaja. Cuma Nia tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis mereka kerana sedang berpantang.

"Tak apa, Farhan. Balik nanti boleh peluk puas-puas," usik Zafran sambil menepuk-nepuk bahu Farhan. Mereka ketawa mendengar usikan Zafran itu.

"Eh, mana Airin?" tanya Maya.

"Tu, tengah main dengan auntie dengan uncle dia." Nia memuncungkan mulutnya ke arah Fiya dan Zafril yang sedang duduk di sebuah meja berhampiran pelamin sambil bermain dengan Airin. Farhan mencuit bahu Maya.

"Amboi, seronok sakan Airin tu eh? Jom, sayang? Kita pergi kacau pulak," ajak Farhan.

"Haah kan? Tak naklah kacau pengantin baru nak bermesraan. Kitorang pergi kacau anak pengantin dululah eh?" sokong Maya sebelum berlalu bersama Farhan. Airin kelihatan seronok benar apabila melihat Maya dan Farhan menghampirinya.

Nia menggelengkan kepala melihat kerenah anaknya. Zafran mencuit-cuit bahu Nia, menggamit cik isteri memandangnya. "Boleh kan, malam ni kita sambung honeymoon terus? Ramai orang tolong jaga Airin tu?" bisik Zafran.

"Mengadalah abang ni. Habis majlis ni, Nia nak tidur. Tak larat," balas Nia.

"Kalau sayang tak larat, abang boleh urutkan. Urut lebih-lebih pun abang tak kisah tau," usik Zafran lagi. Merona merah wajah Nia kala itu. Pinggang Zafran dicubit, manja.

"Malulah sikit kalau ada orang terdengar macam mana?" marah Nia.

"Jadi, bolehlah kan? Malam ni?"

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now