Zafran mengeluh perlahan. Fikirannya melayang mengingati pengakuan jujur daripada Nia Adellia lapan tahun yang lalu. "Dah lapan tahun, harap-harap dia dah putus asa dengan aku. Abang mintak maaf, Nia. Abang cuma anggap Nia macam adik kandung abang aje. Tak lebih dari tu," gumam Zafran.
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Zafran dari lamunannya. "Zaf, boleh mama masuk?" Kedengaran suara Datin Zahra dari luar bilik.
"Masuklah, ma. Zaf tak kunci pintu pun," balas Zafran sebelum duduk di atas sofa yang tersedia di dalam biliknya.
Datin Zahra masuk ke dalam bilik anak bujangnya. Zafran mengukir senyuman buat wanita kesayangannya. Zafran memang kacak, ada iras arwah papanya.
"Zaf tahu kan, mama nak buat kenduri doa selamat malam ni? Zaf jangan nak keluar rumah pulak tau," pesan Datin Zahra. Zafran tergelak kecil.
"Tak adalah, ma. Tapi, perlu ke mama susahkan diri nak buat kenduri ni? Zaf tak nak susahkan mama," tegur Zafran.
"Mana ada susah. Alang-alang tu, mama ingat kita buat sekali bacaan Yaasin untuk Nia. Dia kan nak ambik SPM dua minggu lagi," balas Datin Zahra.
"Dah besar budak Nia tu. Dah nak ambik SPM dah."
"Itulah. Cepat betul masa berjalan. Kamu tahu, dia ambik course yang sama dengan kamu?" tanya Datin Zahra. Zafran menoleh ke arah mamanya.
"Seriouslah, ma? Nia ambik aliran perakaunan?" ulang Zafran. Datin Zahra menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan senyuman terukir di wajahnya.
"Mama tahu, dia suka sangat dengan kamu, Zaf. Mama pun tak sangka, rasa suka dia tu, masih ada sampai sekarang," beritahu Datin Zahra.
"Mama ni merepek ajelah. Zaf cuma anggap dia macam adik Zaf sendiri. Zaf kan anak bongsu. Memanglah abang long ada, tapi mama pun kenal abang long macam mana kan?
Dari kecik, abang long tak pernah layan Zaf. Cuma Nia aje, yang sudi nak bermain dengan Zaf. Sayang Zaf kat dia, tak pernah lebih dari seorang abang," balas Zafran.
"Kamu yakin?"
"Kenapa mama tanya macam tu?"
"Kalau kamu memang sukakan Nia, lepas Nia habis SPM, mama boleh masuk meminang dia," usik Datin Zahra. Zafran menggelengkan kepalanya.
"Mama ni, mana boleh seorang abang kahwin dengan adik dia?" Zafran tetap dengan pendiriannya. Namun, senyuman Datin Zahra seakan menyimpan agenda tersembunyi.
"Suka hati kamulah. Kamu dah dapat tahu kat mana kamu nak lapor diri sebagai lecturer nanti?" Datin Zahra mengubah topik perbualan.
"Dah, ma. Jauh jugak, kat Kedah. Zaf mesti rindu mama nanti," usik Zafran. Datin Zahra menepuk bahu anak bujangnya.
"Tak payahlah nak mengada sangat. Awak tu dah besar panjang. Kalau kahwin pun dah boleh jadi bapak budak," komen Datin Zahra.
"Zaf muda lagi okey? Biarlah Zaf kejar impian Zaf untuk jadi lecturer. Zaf tak terfikir pun soal kahwin ni. Itu kan kerja Tuhan."
"Betul, jodoh tu kerja Allah. Tapi kita kena usaha." Seraya itu, Datin Zahra bangun dari sofa. Tahu Zafran tidak suka apabila isu kahwin dibangkitkan.
'Kahwin? Macam mana aku nak kahwin sedangkan cinta hati aku masih belajar lagi? Aku nak dia capai cita-cita dia dulu. Zaf akan tunggu Hana, sayang,' bisik hati Zafran.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...