Bab 71

1K 15 6
                                    

"Nia, makanlah sikit. Time berbuka tadi kau tak makan apapun. Kesianlah anak dalam perut kau tu," pujuk Maya. Nia mengalihkan wajahnya. Maya mengeluh perlahan sambil meletakkan semula sudu ke dalam mangkuk berisi bubur nasi segera itu. "Dah dua hari sejak kau tahu kau mengandung. Kau tak nak bagitahu suami kau ke?" tanya Maya.

"Aku sengaja tak nak bagitahu dia," balas Nia sambil wajahnya masih berpaling menghadap dinding.

"Kenapa? Dia berhak tahu, Nia. Ni anak dia jugak," tegur Maya.

"Sebab ini anak dialah, aku nak biar aje budak dalam perut ni mati. Aku sengaja tak nak makan, biar budak ni mati kebulur," ujar Nia tanpa perasaan. Maya beristighfar panjang.

"Astaghfirullahalazim. Nia, bawak mengucap boleh? Kau sedar tak yang kau cakap tu pasal anak kau? Tergamak kau doa dia mati?" Geram pula Maya dengan perangai keras kepala Nia itu.

"Aku tak nak mengandungkan anak dia, Maya. Aku benci dia, dan aku benci anak dia dalam ni. Kau dengar kan masa kat dewan makan tadi? Dah tersebar luas gosip pasal aku mengandung anak luar nikah. Disebabkan budak ni ada dalam perut aku, aku kena fitnah sampai macam tu sekali."

"Pedulilah diorang semua tu. Diorang tak tahu kau dah kahwin."

"Betullah, maruah aku tak pernah ada nilai pada dia. Masa dia ambik kesempatan kat aku, dia ada terfikir tak kalau aku mengandungkan anak dia? Ada dia fikir apa yang orang akan kata pasal aku? Tak, Maya. Yang dia fikir nafsu binatang dia aje," selar Nia.

"Ya Allah, Nia! Tak baiklah kau cakap suami kau macam tu. Aku rasa, mungkin ni petunjuk dari Allah, yang jodoh kau memang dengan abang Zaf."

"Kau diamlah, Maya. Aku tak nak jadi isteri dia, dan aku tak nak ada anak dengan dia."

"Nia, kau cubalah bukak ruang dalam hati kau untuk beri peluang pada abang Zaf tu. Aku yakin dia memang betul-betul cintakan kau. Dia memang ikhlas sayangkan kau." Nia memejamkan mata seraya menggeleng.

"Tak, Maya. Aku takkan sesekali percaya dengan dia. Kau keluarlah. Aku nak bersendirian. Please," rayu Nia. Maya menghela nafas panjang sebelum berlalu keluar dari bilik Nia. Nia memerhatikan segenap ruang bilik yang sunyi itu.

Sejak heboh satu kolej dengan gosip yang menimpanya, rakan sebilik Nia terus berjumpa dengan pihak kolej untuk permohonan pertukaran bilik. Semua orang pulaukan dia, kerana pada mereka, Nia adalah gadis murahan.

Nia menghamburkan tangisannya. Ya Allah, kenapa berat sangat ujian yang Kau beri ni? Aku tak kuat, ya Allah... Nia menyentuh perutnya.

"Kenapa kau mesti wujud dalam rahim aku? Kenapa? Kau sama aje dengan ayah kau. Menyakitkan hati. Aku harap kau mati dalam ni. Aku nak kau mati!" gumam Nia.

MAYA mendial nombor Zafran. Dia perlu memberitahu berita itu pada Zafran. Kalau harapkan Nia, memang sampai ke sudah Nia tidak akan mengaku. Bukannya Zafran tidak menghubungi Nia selama tiga minggu ini, namun Nia enggan diganggu. Di dalam kelas pun, Nia asyik mengelak sahaja dari bercakap dengan suaminya.

"Assalamualaikum. Abang Zaf, Maya nak cakap dengan abang Zaf sikit. Pasal Nia," beritahu Maya.

"Waalaikumussalam. Kenapa dengan Nia, Maya? Dia okey ke?" tanya Zafran dari hujung talian. Jelas kedengaran nada kerisauan dalam pertanyaannya.

"Dia, tak okey, abang Zaf. Nia tak sihat dah tiga minggu, sebab dia pregnant," beritahu Maya. Zafran merasakan hatinya berbunga bahagia apabila mendengar berita yang diberitahu oleh Maya itu.

"She's pregnant? Betul ke, Maya?" soal Zafran teruja.

"Haah, dia mengandung dah sebulan lebih. Tapi, dia macam tak boleh terima anak tu. Maya rasa, elok kalau abang Zaf pujuk Nia tinggal dengan abang Zaf semula. Lagipun, sekarang Nia duduk sorang-sorang kat dalam bilik. Roommate dia dah pindah bilik," beritahu Maya lagi.

"Kenapa roommate dia pindah bilik pulak?"

"Sebab diorang gosip yang bukan-bukan pasal Nia. Diorang tuduh Nia mengandung anak luar nikah." Mengucap panjang Zafran mendengar kata-kata Maya itu. Semua ini salahnya. Kalaulah dulu dia tidak merahsiakan perkahwinan mereka, pasti Nia tidak akan difitnah begitu.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now