Bab 83

930 16 0
                                    

Zafran baru hendak melangkah pulang ke rumah arwah ayah mertuanya apabila dia disapa seseorang. "Adik abang long ni sihat ke?" tegur Zafril. Zafran memeluk tubuh abangnya. 

"Sihat, alhamdulillah. Abang long sihat?" tanya Zafran pula. Zafril mengangguk seraya tersenyum. "Zaf, kenapa tak balik rumah mama?" soal Zafril.

"Nia tak sedia lagi nak balik sana, abang long. Abang long pun tau kan apa yang dah jadi sebelum ni?" Zafril menganggukkan kepalanya.

"Abang long faham. Nia tu mesti terasa hati dengan mama, samalah macam apa yang Kak Fiya kau tu rasa dulu," balas Zafril.

"Abang long tiba-tiba sebut nama Kak Fiya ni, ada apa-apa ke?" usik Zafran.

"Abang long dah bernikah semula dengan dia. Baru lagi, tapi mama tak tahu."

"Tahniah, abang long. Zaf doakan kali ni, perkahwinan abang long dengan Kak Fiya kekal sampai bila-bila," ucap Zafran.

"Thanks. Zaf dengan Nia macam mana? Nia masih marahkan Zaf ke?" soal Zafril.

"Siapa aje yang tak marah dengan perangai jahat Zaf ni, abang long? Nia tu manusia biasa, ada hati dan perasaan. Walaupun Zaf happy sebab Zaf tahu Nia masih cintakan Zaf, tapi bukan mudah untuk Zaf ubat luka dalam hati dia, abang long."

"Zaf bagilah dia masa. Insya-Allah, abang long yakin, Nia tu jodoh Zaf."

"Zaf pun harap macam tu jugak. Dan Zaf harap sangat, bila anak kami dah lahir nanti, Nia akan terbuka hati untuk terima Zaf semula dalam hidup dia."

"ASSALAMUALAIKUM." Kedengaran suara orang memberi salam. Nia dan Maya menjenguk ke arah pintu sambil menjawab salam. Zafran menanggalkan sandal sebelum masuk ke dalam rumah. "Eh, Maya? Dah kenapa muka masam aje tu?" tegur Zafran sebelum melabuhkan duduk di sisi isterinya.

"Abang Zaf pun sama macam Nia kan, nak perli-perli orang pulak," marah Maya. Zafran memandang ke arah isterinya.

"Dia marah, sebab mak dengan ayah dia terima pinangan orang, tak tanya dia dulu," beritahu Nia. Zafran mengangguk faham. Kes merajuk rupanya.

"Maya, kau trylah pujuk mak kau. Bagitahu dia kenapa kau tolak lamaran Izwan tu. Kalau kau memang tak suka dia, takkan kau nak kahwin jugak dengan dia? Buat seksa diri kau tu je," ujar Nia. Zafran menoleh ke arah isterinya. Terasa seperti isterinya sedang menyindir dia sahaja.

"Sayang sindir abang ke ni?" soal Zafran. Nia mengerutkan dahi sambil memandang suaminya.

"Mana ada. Perasan aje. Saya tak sebut pun nama awak, awak yang terasa sendiri," balas Nia.

"Aku suka orang lain," luah Maya. Nia dan Zafran kembali memandang ke arahnya.

"Tengok, kau dah ada pilihan hati sendiri kan? Apa kata kau cakap aje kat mak kau macam tu," balas Nia.

"Tapi lelaki tu tak tahu aku suka dia." Nia berbalas pandang dengan suaminya.

"Farhan ke?" teka Nia. Wajah Maya terus merona merah.

"Weh, mana kau tahu?!" Nia menyimpul senyuman mengusik.

"Aku dah boleh agaklah. Kau mana ada kawan lelaki lain? Farhan aje kan? Lagipun sepanjang aku kawan dengan kau, kau tak pernah cerita pasal lelaki." Nia membalas. Zafran mengukir senyuman ke arah Maya yang sudah malu-malu itu. Sengaja mahu ikut mengusik.

"Eh, pernah aje aku cerita pasal lelaki. Tu, laki kau tu. Lelaki kan?" Zafran memandang ke arah Nia.

"Weh, ni cerita pasal Farhan tau. Bukan pasal laki aku. Apahal kau nak sebut-sebut pasal laki aku pulak?

Kau jangan nak over eh. Kalau kau nak dengan Farhan tu, pergilah cakap yang kau suka kat dia," ujar Nia sambil membaling bantal ke arah Maya. Cemburu juga Nia ya? Dalam diam, hati Zafran berbunga riang. Maya mencebik.

"Eleh, jealouslah tu. Nasihat orang pandai. Tapi kau tu? Tak sayang suami kau ke?" Maya bertanya soalan cepumas pada Nia. Nia menoleh ke arah Zafran yang menantikan jawapannya itu.

"Kalau aku sayang sekalipun, tak payah kot aku nak tunjuk depan kau. Sibuk aje," balas Nia. Zafran mengukir senyuman mendengar jawapan Nia itu. Ada harapan untuk dia memiliki hati Nia Adellia semula. Jangan putus asa, Izz Zafran.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now